Makluman Terkini !!!
KaRi ikaN
300 g [1/2] kati ikan (blh gn mana2 jenis ikan) [ perlu la dipotong dan dibersihkan dahulu ]
1/2 biji kelapa ( 5000 ml {1pt} santan )
2 biji terung bulat ( dipotong 4 dan direndam dalam air )
atau
4 batang kacang bendi dipotong sepanjang 5 cm [ 2 in ]
bahan-bahan
1 tangkai daun kari ( dipetik )
1/2 camt halba campur ( dibasuh )
4 ulas bawang merah ( dihiris )
2 ulas bawang putih ( dicencang )
[keempat-empat bahan di atas di gunakan sebagai bhn tumis]
30 g ( 1 camb ) penuh rempah kari ikan [dibancuh dgn 3-4 camb air menjadi pes cair]
1 camb asam jawa [ diramas dlm santan dan ditapis ]
3 camb minyak
garam secukup rasa
cara penyediaannya :
1. menyediakan bahan - ikan , santan , sayuran dan pes kari
(a) bersihkan dan potong ikan menjadi 4/5 kerat mengikut saiz
2. memasak kari ikan
(a) panaskan minyak dalam sospan / belanga .
tumis bawang merah dan bawang putih hingga kuning
(b) masukkan halba dan daun kari
(c) kacau pes kari ke dalam sospan / belanga dan masak hingga pecah minyak dan berbau
wangi.
(d) masukkan campuran santan
(e) masukkan garam dan biarkan mendidih atas api yang sederhana . Apabila mendidih
masukkan ikan dan terung / bendi . Tutup dan biarkan kari mereneh hingga ikan dan
sayur empuk dan terbit minyak .suaikan rasa.
3. menghidang kari ikan
(a) hidangkan dalam mangkuk lauk bersama dengan nasi putih dan masakan sayur.
0 ulasan: