Makluman Terkini !!!
Ikan Keli Masak Lemak Cekur
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dipotong menjadi 2 bahagian
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
10 biji cili api (ikut suka)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Biji Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.
4 helai daun limau purut
asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
1 mangkuk santan kelapa
Cara menyediakannya:
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.
3. Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.
4. Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.
5. Masukkan daun limau purut & masak di atas api sampai menggelegak.
Note :
Pada sesiapa yang rajin sikit, Ikan keli tersebut di panggang dulu. Dan dimasukkan kedalam kuah sekiranya kuah dah menggelegak. Tak perlu dimasukkan awal2 nanti ikan tu hancur. Cara ni lagi menyelerakan.
dipetik dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1346.0
1 ulasan:
hi ikan keli! boleh aja tukarbanner..let me know after u posted my banner,,,i will do the same also..thnak