Makluman Terkini !!!
Penternakan Ikan Keli
Bagaimana dengan ikan keli anda ?????
Banyak yang mati atau masih banyak yang hidup?????
Kematian ikan keli memang tidak dapat dielakkan TETAPI dapat dikurangkan..Almaklum, benda hidup....
So, bagaimana?
Kaedah utama yang perlu diambil perhatian adalah penjagaan Kualiti Air. Ikan keli merupakan ikan yang tahan lasak tetapi sensitif. Maka oleh itu, perhatian keatas kualiti air seperti tahap pH, Ammonia (NH3), Oksigen Terlarut (DO), Klorin, dan Suhu WAJIB diambil perhatian serius.
Berikut merupakan tahap/parameter yang sesuai bagi yang dimaklumkan diatas:
pH (6.5-8.5)
NH3 (0 - 0.025)
DO (> 4 ppt)
Klorin (zero @ o)
Suhu (26 - 32 darjah celsius)
Selain itu, makanan ikan keli perlu dipastikan tidak terlebih dan terlampau kurang. Jika terlebih, sila buang lebihan makanan dari dasar kolam atau yang terampai dipermukaan kolam..
Selamat Maju Jaya
Ratukeli.com
p.s.
1.Kursus Asas Ternakan Ikan Keli pada 15 Ogos 2009 (RM150)
2.Kursus Asas Pembenihan Ikan Keli pada 15-16 Ogos 2009 (RM450)
3.Jika ambil ke dua-dua Kursus (RM550)
0 ulasan: