Makluman Terkini !!!
Ikan Keli LAMBAT Membesar?!!
Lambat membesar?? Acapkali perkara ini kami dengar dan apabila di soal selidik benda yang hampir sama dijawab...
Kebiasaan soalan kami adalah berkaitan dengan Jenis Makanan terutama kandungan protein,air hijau, air selepas grading
& kualiti air.
Rata-rata yang memelihara ikan yang 'lambat membesar' gemar membeli makanan jenis palet yg murah. Kebiasaannya,semakin murah palet maka semakin kurang kandungan Protein. Semakin rendah protein, semakin lambatlah ikan membesar. PALET MURAH selalunya jenis Finisher. Jenis ini kebiasaannya 18% kandungan protein. Ianya adalah lebih sesuai untuk ikan bersaiz 500 gram keatas dan tidak sesuai untuk ikan yang bersaiz 1-3 inci mahupun yang belum sampai berat 200 gram. Kesilapan utama yang menyebabkan ikan lambat membesar adalah kerana faktor pemakanan ini. Penternak cuba untuk menjimatkan kos memberi makan yang akhirnya mengorbankan masa pembesaran. Sebaiknya ikan diberi makan makanan berprotein tinggi. Jika masih bersaiz 1-3 inci berilah yang berprotein 40% keatas. Jika 4 inci keatas berilah makanan berprotein 32%. Ini kerana ikan yang masih kecil amat perlukan protein untuk membesar. Semakin cepat ikan membesar, maka semakin kurang kos penternakan secara amnya. Perkara kedua adalah berkenaan air hijau. Air hijau membantu menghasilkan oksigen dalam air dan menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi seperti ZOOPLANKTON. Kandungan oksigen yang optima dan zooplankton yang banyak membantu pertumbuhan ikan dengan cepat. Tambahan pula air hijau dapat melindungi ikan dari terdedah dari pancaran terus cahaya matahari. Perlu diberi perhatian bahawa, setelah di grading pun,air hijau masih diperlukan dan dipastikan. JANGAN BIAR air yang tidak hijau diguna selepas grading. Ada dikalangan penternak membuang air hijau dan mengguna air paip setelah grading. Ini mengganggu pemakanan semulajadi ikan dan menyebabkan ikan kurang selera makan sehinggalah air kembali menjadi hijau. Disamping itu, kualiti air turut memain peranan. Air yang punya pH yang terlampau tinggi dan rendah akan menyebabkan ikan kurang selera makan. Paras Ammonia yang tinggi dan suhu yang rendah pun mengakibatkan kesan yang sama. Jika perkara yang disebutkan berlaku sudah tentu ikan lambat membesar dan yang paling parah adalah berlakunya kematian. Faktor diatas antara perkara yang boleh menyebabkan ikan keli lambat membesar selain kualiti anak benih ikan yang dibeli. Jika perkara diatas dapat diselesaikan dan dihindari khususnya soal peratus protein yang diberi dan air hijau, kebiasaannya ikan keli akan mencapai saiz 200-300 gram dalam tempoh 3 bulan sahaja. p.s. SEMPENA RAMADHAN DAN SYAWAL INI, pihak kami menawarkan harga istimewa untuk BAJA RATUKELI 20 KG di Sarawak, PreStarter 40% protein + Azomite (RM74), Starter 32% protein + Azomite (RM67). Di Semenanjung Malaysia,PreStarer (RM58),Starter (RM55)
0 ulasan: