Makluman Terkini !!!
EM untuk cepatkan ikan membesar?! (Info dari lawatan kami)
Seperti yang dimakumkan sebelum ini,kami telah pergi melawat perniagaan/ternakan/usaha rakan baru kami dan perkara yang menjadi fokus adalah berkenaan EM.
Apabila bertemu kembali dengan beliau,kami dimaklumkan bahawa EM mereka (harga RM100+) mampu memulihkan air dan dinyatakan tidak MATI atau boleh hidup lama.
Meleset keinginan kami yang ingin melihat EM yang dapat membantu mempercepat pembesaran ikan,rupanya fungsi EM tersebut sama seperti yang kami miliki. Yang menarik hati kami cuma apabila diberitahu EM juga dapat diguna untuk membuat Moina (kami menunggu jemputan untuk belajar dengan mereka tentang ini). MOGA perkara ini benar dan jika benar maka mudahlah untuk kita semua membiak moina untuk makanan semulajadi ikan keli.
P.s. EM yang kami jual boleh didapati dengan harga RM10 (200 gram)
0 ulasan: