Makluman Terkini !!!
BONUS RAYA RM100 untuk ANDA
Sempena Syawal yang bakal tiba,kami akan memberi RM100 sebagai Bonus Raya kepada Ahli Affiliate EBook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli yang berjaya menjual setiap selang 10 buah ebook mulai 01-18 September 2009. Ini bermakna jika anda jual 20 ebook maka BONUS RAYA anda adalah RM200.
Disamping itu juga, komisyen jualan akan dinaikkan kepada RM20 bagi setiap jualan.
Jika anda berjaya menjual 10 ebook maka anda akan menerima RM200 komisyen (10xRM20) + Bonus Raya RM100 = RM300, jika dapat jual 30 ebook maka anda dapa RM600 komisyen + Bonus Raya RM300 = RM900
Bagi yang belum menyertai Affiliate Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli,anda boleh mendaftar di www.ebook.ratukeli.com dan sila scrol ke bawah laman web dan klik JADI TEAM AFFILIATE KAMI.
'Hepi Selling' , 'Selamat berpuasa' & 'Selamat Hari Raya' Read More..
Jumaat, Ogos 28, 2009 | 0 Comments
EM untuk cepatkan ikan membesar?! (Info dari lawatan kami)
Seperti yang dimakumkan sebelum ini,kami telah pergi melawat perniagaan/ternakan/usaha rakan baru kami dan perkara yang menjadi fokus adalah berkenaan EM.
Apabila bertemu kembali dengan beliau,kami dimaklumkan bahawa EM mereka (harga RM100+) mampu memulihkan air dan dinyatakan tidak MATI atau boleh hidup lama.
Meleset keinginan kami yang ingin melihat EM yang dapat membantu mempercepat pembesaran ikan,rupanya fungsi EM tersebut sama seperti yang kami miliki. Yang menarik hati kami cuma apabila diberitahu EM juga dapat diguna untuk membuat Moina (kami menunggu jemputan untuk belajar dengan mereka tentang ini). MOGA perkara ini benar dan jika benar maka mudahlah untuk kita semua membiak moina untuk makanan semulajadi ikan keli.
P.s. EM yang kami jual boleh didapati dengan harga RM10 (200 gram) Read More..
Selasa, Ogos 25, 2009 | 0 Comments
Ikan Keli LAMBAT Membesar?!!
Lambat membesar?? Acapkali perkara ini kami dengar dan apabila di soal selidik benda yang hampir sama dijawab...
Kebiasaan soalan kami adalah berkaitan dengan Jenis Makanan terutama kandungan protein,air hijau, air selepas grading
& kualiti air.
Rata-rata yang memelihara ikan yang 'lambat membesar' gemar membeli makanan jenis palet yg murah. Kebiasaannya,semakin murah palet maka semakin kurang kandungan Protein. Semakin rendah protein, semakin lambatlah ikan membesar. PALET MURAH selalunya jenis Finisher. Jenis ini kebiasaannya 18% kandungan protein. Ianya adalah lebih sesuai untuk ikan bersaiz 500 gram keatas dan tidak sesuai untuk ikan yang bersaiz 1-3 inci mahupun yang belum sampai berat 200 gram. Kesilapan utama yang menyebabkan ikan lambat membesar adalah kerana faktor pemakanan ini. Penternak cuba untuk menjimatkan kos memberi makan yang akhirnya mengorbankan masa pembesaran. Sebaiknya ikan diberi makan makanan berprotein tinggi. Jika masih bersaiz 1-3 inci berilah yang berprotein 40% keatas. Jika 4 inci keatas berilah makanan berprotein 32%. Ini kerana ikan yang masih kecil amat perlukan protein untuk membesar. Semakin cepat ikan membesar, maka semakin kurang kos penternakan secara amnya. Perkara kedua adalah berkenaan air hijau. Air hijau membantu menghasilkan oksigen dalam air dan menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi seperti ZOOPLANKTON. Kandungan oksigen yang optima dan zooplankton yang banyak membantu pertumbuhan ikan dengan cepat. Tambahan pula air hijau dapat melindungi ikan dari terdedah dari pancaran terus cahaya matahari. Perlu diberi perhatian bahawa, setelah di grading pun,air hijau masih diperlukan dan dipastikan. JANGAN BIAR air yang tidak hijau diguna selepas grading. Ada dikalangan penternak membuang air hijau dan mengguna air paip setelah grading. Ini mengganggu pemakanan semulajadi ikan dan menyebabkan ikan kurang selera makan sehinggalah air kembali menjadi hijau. Disamping itu, kualiti air turut memain peranan. Air yang punya pH yang terlampau tinggi dan rendah akan menyebabkan ikan kurang selera makan. Paras Ammonia yang tinggi dan suhu yang rendah pun mengakibatkan kesan yang sama. Jika perkara yang disebutkan berlaku sudah tentu ikan lambat membesar dan yang paling parah adalah berlakunya kematian. Faktor diatas antara perkara yang boleh menyebabkan ikan keli lambat membesar selain kualiti anak benih ikan yang dibeli. Jika perkara diatas dapat diselesaikan dan dihindari khususnya soal peratus protein yang diberi dan air hijau, kebiasaannya ikan keli akan mencapai saiz 200-300 gram dalam tempoh 3 bulan sahaja. p.s. SEMPENA RAMADHAN DAN SYAWAL INI, pihak kami menawarkan harga istimewa untuk BAJA RATUKELI 20 KG di Sarawak, PreStarter 40% protein + Azomite (RM74), Starter 32% protein + Azomite (RM67). Di Semenanjung Malaysia,PreStarer (RM58),Starter (RM55)
Ahad, Ogos 23, 2009 | 0 Comments
Salam Ramadhan
Ramadhan telah tiba sekali lagi..Ada yang menanti nya dengan lapang hati dan ada yang berdebar hati..Bagi yang oportunis, ramadhan merupakan ruang untuk penambahan pendapatan.
Moga ramadhan memberikan sinar baru dan harapan yang lebih baik. Moga jua pendapatan melalui ternakan keli terus mengkat,stabil dan berterusan..
Selamat berpuasa dari kami di ratukeli.com
ps. jangan beri ikan makan berlebihan krn makanan berlebihan punca ammonia..formula kiraan makanan yang perlu diberi makan sehari, berat purata seekor x jumlah ikan x peratus makanan yang hendak diberi ikut berat badan (cth: 10 gram x 1000 ekor x 4%) Read More..
Jumaat, Ogos 21, 2009 | 0 Comments
Awas Tentang Penggunaan "Malachite Green"
The threat comes after Government officials found that three per cent of farmed salmon contained residues of malachite green. The highly toxic chemical is used to protect salmon from fungal infections, but has been banned in Britain since June because it is both mutagenic and carcinogenic.
The Government says any residues found since June are not a breach of the law but are caused by salmon swimming in water which was polluted before the ban. However, both the EC and environmental groups argue that no residues should be found because the Government has been aware of the threat to health for up to a decade and was frequently warned that it was not authorised for use in Europe.
The British ban was only introduced after EC officials visited in April, and discovered malachite green in 20 per cent of farmed salmon.
Yesterday, the European Commission said Britain had "no time left" to sort out the problem.
If malachite green continued to be found in use, it would start infringement proceedings against Britain similar to those launched against the French when they refused to sell British beef.
A spokeswoman for David Byrne, the European Commissioner for Health and Consumer Protection, said they were tired of Britain failing to enforce the rules.
"Britain has no time left to sort this out," the spokeswoman said. "This substance should not have been around in the first place. If it continues to be used we will be forced to ban the export of salmon and start proceedings to fine Britain."
Environmental campaigners are furious that the Government allowed the health of consumers to be at risk. The US government banned malachite green in 1991 and the Department of Health is well aware of its dangers. But the cost of the chemical is 20 times less than other antifungal treatments, making it popular with many fish farmers.
Don Staniford, head of the Salmon Farm Protest Group (http://www.salmonfarmmonitor.org), believes consumers should avoid salmon products: "Shoppers should steer clear of cheap and nasty farmed salmon this Christmas," he said.
"With it contaminated with malachite green and a cocktail of other cancer-causing chemicals, consumers would get more than they bargained for."
Last night, the Food Standards Agency washed its hands of the issue.
However, the FSA has been concerned about the problem. An FSA statement in June read: Although we welcome the steps that have been taken we remain convinced this issue would have been sorted out much earlier if surveys had been carried out at a retail level and information provided so that consumers could see which products were likely to contain residues."
Last night, Defra said that the residue of malachite green could be found in water up to five years after it had stopped being used: "Since the ban in June, we have had four samples out of 119 salmon samples test positive. This does not mean the farmers were using it as it could be in the water from before the ban. We will prosecute anyone found breaking the law." Source : www.kenbryski.com/farmed-cancer.html
Canadian group issues warning about fish imported from Vietnam09/Dec/2005 newstarget.comDec 12, 2005 - 8:03:00 AM
The Consumer Association of Canada is urging the Canadian Food Inspection Agency to ban the import of Vietnamese fish found to be tainted with Malachite green, a fungicide suspected of causing cancer.
Ahad, Ogos 16, 2009 | 0 Comments
Stok Anak Ikan Keli Telah Mencukupi
Alhamdulillah....
Anak ikan keli :
1 inci : 10 sen
2 inci : 20 sen
3 inci : 30 sen Hubungi pihak kami bagi tujuan penghantaran stok di luar kawasan Kuching/luar Sarawak Read More..
Sabtu, Ogos 15, 2009 | 0 Comments
Effective Microbe (EM) Untuk Cepatkan Ikan BESAR ???
Jumaat, Ogos 14, 2009 | 0 Comments
Pembenihan Anak Ikan Keli
INDUSTRI TERNAKAN IKAN KELI terutama di Sarawak telah pergi ke satu fasa baru dimana permintaan untuk anak benih melampaui pengeluaran.
Ini didorong oleh minat dan kesedaran masyarakat berkenaan potensi daya maju serta pemasaran kendiri industri ini. Dari sudut negatif pula kekurangan anak benih disebabkan oleh kegagalan pembenihan disebabkan kekurangan ilmu dan kurangnya jumlah penternak yg mahir melakukan pembenihan sendiri.
Berdasarkan kesedaran bahawa anak benih amat sukar didapati dan harga anak benih yg kadangkala terlampau tinggi,maka Ainul Agrobased menawarkan Kursus Asas Pembenihan ikan keli selama 2 hari. KURSUS seterusnya diadakan pada 15-16 Ogos 2009. Kursus secara amali ini bakal menjadikan peserta kursus mampu melakukan sendiri setelah tamat kelak. Bagi yg berminat,anda bole mendaftarkan diri secara terus di www.daftar.ratukeli.com Hanya 10 peserta untuk setiap kursus.
Ahad, Ogos 09, 2009 | 0 Comments
Penternakan Ikan Keli
Bagaimana dengan ikan keli anda ?????
Banyak yang mati atau masih banyak yang hidup?????
Kematian ikan keli memang tidak dapat dielakkan TETAPI dapat dikurangkan..Almaklum, benda hidup....
So, bagaimana?
Kaedah utama yang perlu diambil perhatian adalah penjagaan Kualiti Air. Ikan keli merupakan ikan yang tahan lasak tetapi sensitif. Maka oleh itu, perhatian keatas kualiti air seperti tahap pH, Ammonia (NH3), Oksigen Terlarut (DO), Klorin, dan Suhu WAJIB diambil perhatian serius.
Berikut merupakan tahap/parameter yang sesuai bagi yang dimaklumkan diatas:
pH (6.5-8.5)
NH3 (0 - 0.025)
DO (> 4 ppt)
Klorin (zero @ o)
Suhu (26 - 32 darjah celsius)
Selain itu, makanan ikan keli perlu dipastikan tidak terlebih dan terlampau kurang. Jika terlebih, sila buang lebihan makanan dari dasar kolam atau yang terampai dipermukaan kolam..
Selamat Maju Jaya
Ratukeli.com
p.s.
1.Kursus Asas Ternakan Ikan Keli pada 15 Ogos 2009 (RM150)
2.Kursus Asas Pembenihan Ikan Keli pada 15-16 Ogos 2009 (RM450)
3.Jika ambil ke dua-dua Kursus (RM550)
Read More..
Khamis, Ogos 06, 2009 | 0 Comments
Kursus Asas Pembenihan
Pada 01-02 Ogos 09,kursus asas pembenihan yang pertama telah di adakan secara teori dan praktikal.
Pada hari pertama, kursus bermula pada jam 4ptg - 8mlm. Teori dan praktikal pembenihan dibuat. Peserta melakukan sendiri pemilihan ikan,suntikan hormon,penyediaan kolam dan peralatan perlu denagan bimbingan dari pihak Ainul Agrobased.
Pada hari ke 2,setelah ikan merembeskan telur, peserta secara praktikal menguruskan kolam dan pemindahan telur dan induk. Peserta juga di ajar berkenaan pemakanan larva ikan,kualiti air dan pengurusan anak ikan harian.
SYABAS kepada Puan Siti dan En Nadzari kerana telah berjaya mengikuti kursus julung kali ini. Pn Siti akan menjadi pengeluar anak benih ikan keli bagi pihak Ainul Agrobased di Sibu dan kawasan sekitar.
KURSUS ASAS PEMBENIHAN KE 2 akan di adakan pada 15-16 Ogos 09. YURAN RM450 shj. TERHAD KPD 10 PESERTA SAHAJA
Selasa, Ogos 04, 2009 | 0 Comments