Masukkan Email Untuk Update Terkini Dari Ratu KeLi:

Delivered by FeedBurner

Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1)

Makluman Terkini !!!

Perluang Perniagaan KEROPOK LEKOR jenama "AROMA" : Lekor Special KEROPOK LEKOR Keluaran Ainul Agrobased....hubungi kami...untuk info dan peluang niaga...

Pengasingan Ikan Keli Secara GRADING

Label:

Grading amat penting bagi penternakan melalui kaedah Kanvas, Tong Plastik mahupun Fiberglas. Grading perlu dilakukan selang 12 @ 14 hari. Ini bagi mengasingkan saiz ikan yang tidak sekata sama ada kecil, sederhana mahupun besar.
Ada diantara penternak yang mengadu ikan mereka berkurangan. Apabila ditanya, rupanya mereka tidak membuat GRADING yang sepatutnya. Ada pula yang membuat grading selepas 1 bulan menternak.
Apabila tidak dilakukan grading, ikan yang membesar secara tidak sekata akan memakan ikan yang kecil. Ya, ikan yang lebih besar akan memakan ikan yang lebih kecil kerana sifat keli adalah "pemangsa".Ini lah yang menyebabkan ikan yang besar semakin besar dan ikan yang kecil berkurangan dalam kolam ternakan anda.
Untuk itu, para penternak perlu menyediakan sekurangnya 3 tempat ternakan iaitu untuk ikan yang bersaiz kecil, sederhana dan besar (selepas dibuat grading).
Ingat!!!sila GRADING ikan anda sebelum terlambat...
Moga maju jaya.....selamat menternak
Read More..



Kolam Baru Untuk Pembenihan Ikan Keli

Label:

Permintaan untuk anak benih ikan keli dalam 2 bulan kebelakangan ini sememangnya amat menggalakkan sehinggakan kebanyakan pengeluar utama anak ikan keli tidak dapat menampung jumlah permintaan yang begitu tinggi di Sarawak. Kebanyakan pengeluar tidak dapat melakukan usaha pembenihan ini disebabkan oleh kematian bibit-bibit ikan kerana faktor hujan.

Dalam 2 minggu kebelakangan ini, barulah para pengeluar dapat menghasilkan/melakukan pembenihan anak ikan semula. Di Ainul AgroBased pun perkara yang sama berlaku. Bagi menampung keperluan yang tinggi bagi anak ikan keli, pihak Ainul AgroBased telah berusaha menambahkan KOLAM PEMBENIHAN yang baru di samping sebagai hub untuk Pertanian Secara Integrasi "Integrated Farming". Kolam baru ini akan terletak di Kawasan Matang iaitu di Kawasan Loba Cermin. Moga dengan adanya kolam baru ini dapat menampung permintaan yang begitu tinggi di seluruh Sarawak.
Tapak Kolam Pembenihan Berdekatan Jalan Raya Dan Berdekatan Dengan Sumber Air Semulajadi

Memeriksa Kesesuaian Tanah Dan Lokasi Untuk Membuat Kolam Pembenihan Secara Ekonomik

Nampaknya Tapak Di Loba Cermin Sesuai Untuk Membuat Kolam Pembenihan dan bagi tujuan "Integrated Farming" Oleh Ainul AgroBased Selepas Ini

Read More..

EBook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1)

Label:

Akan berada di Pasaran.......29 Feb 2009......
Bagi peminat @ penternak ikan keli yang tidak mempunyai sebarang ilmu berkenaan ikan keli atau yang tidak berkesempatan untuk menghadiri Kursus Asas Ternakan Ikan Keli, kini anda mempunyai peluang mendapatkan ilmu berkenaan asas ternakan ikan keli daripada pihak kami dengan adanya ebok Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (siri 1)
Ebook Panduan Asas ini bakal membimbing anda untuk memulakan usaha ternakan dengan kos yang paling minima. Kandungan ebook dipilih dari kaedah yang amat diperlukan oleh para penternak dan meliputi dari kaedah mengenalpasti jenis air yang sesuai untuk ternakan dan rawatan air sehinggalah kepada kaedah tuaian ternakan. Pembaca akan didedahkan dengan Rahsia Ternakan cepat membesar dan kaedah ternakan bagi pelbagai jenis kolam yang sesuai digunapakai dengan kos yang paling minima.
Dengan kemunculan ebook Panduan Asas ini, bakal menjadi azimat berguna untuk anda berkecimpung dalam ternakan ikan keli sama ada secara kecilan mahupun secara komersil. Pemilik ebook Panduan Asas yang Sah juga akan diberikan Konsultasi secara percuma oleh syarikat bagi mempastikan kejayaan dalam usaha ternakan ikan keli.
Nantikan kemunculan buku ini di http://www.ratukeli.com/ dan anda juga memperolehnya semasa Kursus Asas Ternakan Ikan Keli diadakan.
Harga Pengenalan Untuk 33 pembeli yang pertama: RM 40.00 sahaja (Harga Pasaran : RM50.00)
Mulai dijual pada 28 Februari 2009
Read More..

Lawatan Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri Ke Pusat Ternakan Ainul AgroBased

Label:

Pada 19 Februari 2009, Yang Berhormat Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri,YB Hj Bollhassan Bin Hj Di telah meluangkan masa ke Pusat Ternakan Ikan Keli Ainul AgroBased di Kampung Semerah Padi,Kuching.

Beliau telah meluangkan masa dalam 1/2 jam bagi meninjau sendiri perjalanan projek ternakan ikan keli yang telah diusahakan oleh Ainul AgroBased. Pengarah Urusan Ainul AgroBased telah memberikan maklumat dan penerangan kepada YB Menteri Muda berkenaan projek yang telah diusahakan dan projek hiliran yang dalam perancangan dan bagaimana usaha ternakan ikan keli boleh membangunkan ekonomi bumiputera.

Penternakan ikan keli telah menarik minat YB Menteri Muda, dan beliau sendiri telah menyatakan minat beliau untuk memelihara ikan keli dikawasan kediaman beliau sebagai dorongan dan sokongan dalam usaha ternakan ikan keli yang kian rancak diusahakan diseluruh Negeri Sarawak. Terima Kasih YB atas minat dan kunjungan YB ke Pusat Ternakan Ainul AgroBased



Pengarah Urusan Sedang Menunjukkan Kaedah Ternakan Ikan Keli Kepada YB Menteri Muda

YB Menteri Muda Di Berikan Penerangan Oleh Pengarah Urusan Ainul AgroBased
Read More..

Lawatan Dan Khidmat Nasihat Kepada Peserta Kursus

Label:

Pengarah Urusan Memberikan Penerangan Kepada Encik Daniel Lim (paling kanan)

Disekitar kawasan kolam yang baru dibina

Kolam Yang Dibina Nampak Kukuh Dan Sesuai

Pandangan Hadapan Kolam

Pada 15 Februari 2009 (ahad), satu sesi lawatan dan khidmat nasihat dari Team RatuKeli ke Tapak Projek Ternakan Ikan Keli Encik Daniel Lim telah diadakan. Ini bagi membantu para peserta yang telah menghadiri kursus dan yang benar-benar mahu berjaya dalam usaha ternakan ikan keli mencapai kejayaan dengan bimbingan yang betul. Sesi lawatan dan Khidmat Nasihat "consultation" secara percuma ini diberikan kepada peserta kursus asas ternakan ikan keli yang telah dikendalikan oleh syarikat.
Kita begitu berbangga dan begitu takjub dengan kesungguhan Encik Daniel Lim untuk mengusahakan ternakan ikan keli. Walaupun telah menjangkau usia mencecah hampir 80-an, tapi masih giat berusaha dalam dunia pertanian. Ini sepatutnya menjadi contoh kepada semua lapisan masyarakat bahawa usia tidak menjadi penghalang untuk kita terus maju dalam kehidupan terutama dalam bidang pertanian/perternakan. Belia yang masih muda seharuusnya menjadikan ini sebagai penyuntik semangat untuk berusaha lebih tekun.

Encik Daniel Lim telah membina satu kolam simen besar dengan mempunyai 6 kolam kecil didalamnya. Walaupun, kolam telah direndam dengan air tetapi kami mensarankan agar kolam di cucikan lagi dengan Tanah dikeseluruhan kolam atau dicuci dengan cuka. Kemudian dibiarkan air selama seminggu beserta dengan batang pisang yang telah dibelah 2 sebagai penyrap bahan kima yang masih tinggal. Ini kerana, masih terasa kesan bahan kimia/simen didalam air tersebut. Setelah dicuci kelak, insyaAllah pelepasan benih anak ikan keli boleh dilakukan terus oleh Encik Daniel Lim. Syabas!!!!!buat En Daniel dan isteri.....

Read More..

Kursus Intensif Pembenihan Ikan Keli

Label:

Acapkali kita ditanya berkenaan dengan Kursus Intensif Pembenihan Ikan Keli yang akan kita adakan pada tahun 2009 ini. Buat masa sekarang, pihak kami sedang mengusahakan se-segera yang mungkin diadakan kursus tersebut agar para penternak yang bersungguh untuk membenih sendiri anak ikan dapat melakukannya dengan berjaya.
Buat masa sekarang stok induk-induk yang sesuai untuk membenihan dan bagi tujuan kursus sedang dalam proses pengawalseliaan dan ternakan. Apabila telah sedia digunapakai dan mencukupi bagi menampung keseluruhan peserta kursus barulah akan diadakan. Ini kerana setiap peserta kursus akan mengawal selia sendiri ikan masing-masing sehinggalah berjaya.
Bagi kursus intensif pembenihan anak ikan, ianya akan diadakan selama 3 - 5 hari. Ini kerana kita hendak mempastikan setiap peserta kursus benar-benar mahir dan mampu menjalankan pembenihan selepas kursus. Ianya dimulakan dengan Teori di Bilik Latihan Di Pejabat Urusan Di Matang dan kemudian dilaksanakan praktikal di Pusat Penternakan Ainul AgroBased Di Semerah Padi dari pelbagai kaedah pembenihan sehinggalah anak ikan telah menetas dan dikawalselia.
Jadual Kursus akan dimaklumkan melalui laman web ini www.ratukeli.com dan akan diadakan selang 3 bulan sekali bergantung kepada keperluan dan permintaan,insyaAllah..Nantikan...
Read More..

Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi-15

Label: ,

Penyampaian Sijil

Sesi Ujian Air Untuk Ternakan


Penyampaian Sijil Kepada Salah Seorang Peserta Kursus dari Sambas, Indonesia


Gambar Kenang-Kenangan Bersama Peserta Kursus



Gambar Kenang-Kenangan Bersama Peserta Kursus

Suasana Semasa Kursus


Sesi Praktikal Mengenal Jantina Ikan


Taklimat Kontrak Perladangan Dari Panel Peguam


Taklimat Daripada MARA



Kursus Asas Ternakan Ikan Keli Sesi Ke-15 telah dengan jayanya diadakan pada 14 Februari 2009. Peserta dari seluruh Sarawak menghadirkan diri dan yang istimewanya kali ini salah seorang peserta kursus berasal dari Sambas, Indonesia. Syabas!!!

Kursus kali ini telah mendapat sokongan daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) . En Rajali daripada MARA daerah Kuching, Sarawak telah memberikan taklimat beliau kepada para peserta berkenaan dengan pembiayaan dan kaedah memohon pembiayaan dengan pihak MARA kepada penternak ikan keli. Disamping itu, wakil dari Panel Peguam Syarikat, iaitu Cik Harizan dari Tetuan Awang Bujang, Hamzah and Co. turut hadir bagi memberikan penerangan berkenaan dengan Terma dalam Kontrak Perladangan Syarikat kepada peserta kursus.
Read More..

Pejabat Urusan RaTu KeLi

Label:


Alhamdulilah, signboard Pejabat Urusan Ainul AgroBased atau dikenali juga sebagai RaTu Keli telah dinaikkan. Kursus Sesi Ke-15 pada 14 feb 2009 akan diadakan disini. Ini merupakan kali ke-2 kursus di adakan di pejabat urusan. Bagi yang berminat untuk ikuti kursus @ membeli atau menjadi pengedar baja RatuKeli,anda boleh dapatkan di sini..
Read More..

Stokis @ Agen Pengedar Baja RaTu KeLi Di Cari????

Label:

InsyaAllah, dalam masa terdekat Baja RaTu KeLi akan berada di Pasaran Sarawak. Sasaran pengedaran makanan keli yang HALAL kita adalah sehingga ke Sabah dan Ke Negara Brunei Darussalam.

Antara Keistimewaan Baja Ratu Keli :
  1. Sumber HALAL dan dipantau oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia
  2. Bersih dan Suci
  3. Mengandungi Protein Tinggi dan bukan dari darah
  4. Mengandungi Azomite yang baik untuk pembesaran ikan keli
  5. Tidak mengandungi bahan pengawet
  6. dan banyak lagi (artikel berkenaan baja RATUKELI ini akan diterbitkan dalam web)

Bagi para penternak atau perniaga yang mempunyai perhatian kepada Industri Makanan HALAL dan secara khususnya Ikan Keli yang HALAL secara menyeluruh, maka kami menawarkan peluang kepada semua untuk menjadi agen pengedar kami @ Stokis bagi MAKAN HALAL untuk Ikan Keli

Bagi memohon untuk menjadi agen pengedar @ stokis dan mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi En Bollhassan 012-8802565 , Nazri 012-8896321

Read More..

Adakah Ikan Keli Banyak Makan?????

Label: ,

Kedengaran desas desus bahawa ikan keli banyak makan. Ini ditambah pula dengan kecenderongan pengusaha mahupun ahli keluarga memberi ikan keli makan dek kerana keseronokan melihat ikan makan. Kecenderongan memberi makan lebih membuak-buak apabila ada tetamu yang bertandang dan ingin melihat ikan yang dipelihara.
Adakah ikan keli banyak makan?????Dan perlu makan banyak???
Berdasarkan kajian, ikan keli hanya makan semaksima 10% daripada berat badannya. Ya, hanya maksimum 10% daripada berat badan nya dalam sehari. Namun begitu, kita sarankan ianya diberi makan berperingkat mengikut saiz badannya dan diberi makan dari 2% - 10% daripada berat badan (Ilmu ini boleh didapati dalam Buku Nota Kursus Asas Ternakan Ikan Keli)
Bagi mengenalpasti jumlah memberi ikan makan sehari, maka ikan perlu dikenalpasti berat puratanya se-ekor terlebih dahulu. Jika berat ikan purata hanya 10 gram (jumlah ternakan 1000 ekor) maka jumlah keseluruhan ikan mempunyai berat 10 kg (10 gram x 1000 ekor). Ini bermaksud jika anda mempunyai 1000 ekor ikan, maka, 10 kg x 2%= 0.2 kg sahaja yang perlu ikan makan dalam sehari. Kaedah memberi makan dilakukan sebanyak minima 2 kali. Ini bermaksud setiap kali memberi makan, ikan akan makan 0.1 kg pada waktu pagi dan 0.1 kg pada waktu petang.
Read More..

Mutiara Arif eyeing Mideast markets for catfish products

Label:

DUBAI: Kuala Lumpur-based Mutiara Arif Sdn Bhd has set its sights on the United Arab Emirates and other countries in the region to market its catfish-based products.

Its international marketing director Farid Ibrahim said the supermarket chains in this Gulf states would be ideal to reach out to, due to the sizeable community of foreign workers as well as residents.

“Our halal catfish products are competitively priced and this I think, would be welcomed by the foreign workers who have to grapple with the high cost of living in the region,” he told Bernama recently.

Mutiara Arif which has catfish breeding operations in Alor Gajah, Melaka and Putrajaya, is capable of producing up to 500 tonnes of catfish every two months.

Farid said Mutiara Arif’s products are currently exported to China. — Bernama
source : theborneopost.com
Read More..

Bekalan Anak Ikan Keli

Label:

Sejak kebelakangan ini, proses pembenihan amat sukar dijalankan disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu.
Hacheri Ainul AgroBased pun turut terjejas oleh faktor cuaca yang menyebabkan bekalan anak ikan berkurangan untuk pasaran domestik.
Namun begitu, kami berusaha untuk memenuhi permintaan pengusaha dengan menambahkan bilangan Induk dan bilangan proses pembenihan. Bekalan dijangka dapat memenuhi permintaan pasaran pada Pertengahan Februari 2009.
Ikan Keli Yang Amat Sesuai Untuk Dilakukan Proses Pembenihan
Read More..

Lokasi Kursus Asas Ternakan Ikan Keli

Label:

Berikut merupakan Lokasi Kursus Asas Ternakan Ikan Keli Di Pejabat Urusan Ainul AgroBased di Batu 4, Jalan Matang (Lee Ling Commercial Centre) Berdekatan One Stop Centre Matang. Lokasi Pusat Ternakan Pula Di Kampung Semerah Padi Kuching. Sila KLIK SINI jika peta dibawah tidak kelihatan.
Read More..

KURSUS ASAS PENTERNAKAN IKAN KELI SESI 13 Siri-2 (Di Bilik Latihan Ainul AgroBased)

Label:

Kursus Asas Ternakan Ikan Keli Sesi 13 (Siri-2) telah disempurnakan buat julung kalinya di Bilik Latihan, Pejabat Urusan Ainul AgroBased Sdn Bhd di Tingkat 1, Sublot 31 (Survey Lot 9741), Batu 4, Jalan Matang, Kuching pada 31 Januari 2009.
Seramai 30 orang peserta daripada pelbagai kaum dan daerah serta bahagian di Negeri Sarawak telah menghadiri kursus yang julung kali diadakan di Pejabat Urusan ini.
Baja Halal Jenama RATUKELI telah diperkenalkan kepada semua peserta dan Pejabat Urusan merupakan Pusat bagi pengedaran Baja HALAL RatuKeli keseluruh Sarawak.


Tempat Kursus Di Tingkat 1

Banner Yang Dipasang DiHadapan Pejabat Urusan

Taklimat Oleh Pengarah Urusan Ainul AgroBased

Penyampaian Sijil Kepada Peserta Kursus

Suasana Semasa Kursus

Melayan Peserta Di Kaunter Ainul AgroBased

Sesi Taklimat Kontrak Peladangan

Gambar Kenangan Bersama Peserta Kursus
Read More..

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Powered by  MyPagerank.Net