Masukkan Email Untuk Update Terkini Dari Ratu KeLi:

Delivered by FeedBurner

Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1)

Makluman Terkini !!!

Perluang Perniagaan KEROPOK LEKOR jenama "AROMA" : Lekor Special KEROPOK LEKOR Keluaran Ainul Agrobased....hubungi kami...untuk info dan peluang niaga...

Berapa Banyak Ikan Boleh DiTernak ?

Readmore »»
Label: ,

Kaedah bagi membuat pengiraan berapa banyak ikan boleh diternak ada pelbagai. Jika berdasarkan maklumat daripada rakan di jabatan perikan darat setiap 1 meter per segi ikan boleh dimasukkan sebanyak 129 ekor. Ini bermakna jika anda mempunyai kolam berukuran 5 meter lebar dan 5 meter panjang maka ikan boleh dimasukkan sebanyak 5 x 5 x 129 ekor = 3225 ekor.

Ada juga kiraan berdasarkan bagi setiap 1 tan air dapat menampung tumbesaran bagi 1000 ekor ikan. Ini bermakna jika anda menggunakan tangki PVC yang 200 gallon, maka ianya hanya boleh menampung sebanyak lebih kurang 950 ikan sahaja.

Berdasarkan maklumat dari penternak komersial pula (yang kebiasaan nya membuat dalam kiraan kaki) setiap satu kaki persegi, boleh dimuatkan sebanyak 100 ekor ikan keli. Ini bermaksud jika anda mempunyai kolam seluas 10 kaki lebar dan 10 kaki panjang,maka sebanyak 10,000 ekor ikan keli boleh diternak disitu. Dengan erti kata lain pengiraan nya begini 10 x 10 x 100 = 10,000 ekor ikan keli.

Kaedah pengiraan bergantung kepada penternak dan teknologi yang digunapakai. Jika berdasarkan kaedah 129 ekor semeter persegi, maka ikan keli adalah lebih selesa dimana mempunyai ruang yang agak besar. Manakala, jika pengiraan berdasarkan kiraan komersial iaitu 1 kaki persegi 100 ekor, maka ikan akan lebih bermesraan dimana kurang mempunyai ruang.

Namun begitu, sebagai penternak komersial kaedah pengiraan 1 kaki persegi mungkin digunapakai. Bagi mengelakkan ikan kurang selesa, alternatif melalui kaedah pengaliran air boleh digunakan. Ini bagi meningkatkan kandungan oksigen terlarut dalam air dan bagi tujuan pembesaran ikan.



0 ulasan:

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Powered by  MyPagerank.Net