Makluman Terkini !!!
Kerjasama Pengeluaran Baja RATUKELI
Dicatat oleh
RaTu KeLi
Label:
Baja RaTuKeLi
Bersama BOD FQ FeedMill Di Pejabat Ainul AgroBased
Lawatan sulung Syarikat Fq Feedmill Sdn Bhd kepada Pengurusan Syarikat Ainul AgroBased Sdn Bhd pada 29-30 Jan 2009 bagi mengerat silaturrahim dan memeterai kerjasama pengeluaran Baja RatuKeli telah memberi sinar baru kepada penghasilan Produk HALAL berasaskan ikan keli di Sarawak.
BAJA RATUKELI jenis PreStarter dan Starter bakal berada di Pasaran sebaik sahaja pengeluaran pertama sampai di Pejabat Urusan di Batu 4, Jalan Matang, Kuching pada Feb 2009.
Penternak kini mempunyai pilihan dalam memberi makanan kepada Ikan Keli dan makanan HALAL merupakan pilihan wajib bagi penghasilan Ikan Keli bagi menjamin KeHalalan dan KeSuciannya.
Bagi para penternak yang mahu mendapatkan bekalan Makanan HALAL RaTuKeLi ini, anda boleh memperolehinya terus dari Pejabat Urusan Ainul AgroBased ataupun boleh membelinya di Pusat Ternakan Ainul AgroBased di Kampung Semerah Padi.
Bagi Para Penternak yang berminat untuk menjadi AGEN RATUKELI dalam mengedar BAJA RATUKELI di Seluruh Sarawak dan Sabah, anda boleh menghubungi kami bagi tujuan berkenaan.
Read More..

Jumaat, Januari 30, 2009 | 0 Comments
DAFTAR KURSUS ASAS Secara ONLINE
Dicatat oleh
RaTu KeLi
Label:
Kursus Asas
Pendaftaran Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Kini Boleh Dilakukan Secara ONLINE !!!
Kepada Semua Yang Berminat Untuk Menghadiri Kursus/Latihan Penternakan Ikan Keli Kini Boleh Mendaftar Secara ONLine di www.DAFTAR.ratukeli.com atau KLIK BORANG KURSUS di Header laman web RaTuKeLi.Com.
Moga dengan adanya borang ini dapat memudahkan peminat/penternak ikan keli yang berada diluar daripada Kuching untuk mengikuti/mendaftar Kursus dengan mudah.
Selamat MenDaftar
admin
RaTuKeLi.Com
Read More..
Jumaat, Januari 23, 2009 | 0 Comments
E-BUKU PANDUAN ASAS TERNAKAN IKAN KELI (SIRI 1)
Dicatat oleh
RaTu KeLi
Label:
eBook Catfish
Bagi pembaca yang masih baru atau masih samar-samar dalam menternak ikan keli sebagai pemangkin ekonomi, E-Buku Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1) akan mula dipasarkan melalui laman web www.ratukeli.com sedikit masa lagi...
Dalam E-Buku Panduan Asas ini, para penternak akan mempunyai pengetahuan bagi memulakan perniagaan/penternakan ikan keli daripada asas sehinggalah keperingkat pemasaran.
Sila nantikan kemunculan E-Buku Panduan Asas Ternakan Ikan Keli di Pasaran/Melalui laman web ini..........................tunggu...............

Isnin, Januari 19, 2009 | 0 Comments
KURSUS ASAS PENTERNAKAN IKAN KELI SESI 12 & 13
Dicatat oleh
RaTu KeLi
Label:
Kursus Asas
Alhamdulillah, Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi 12 & 13 telah disempurnakan. Kesibukan dek hujan dan banjir telah menyebabkan update bagi perjalanan kursus kali ke-12 (03 Jan 2009) dan ke -13 (17 Jan 2009) sebelum ini tidak dapat di selenggarakan pada masanya. Namun begitu, syukur semua telah berjalan secara lancar.
Kita berharap agar semua peserta kursus mendapatkan sepenuhnya ilmu bagi memulakan usaha menternak ikan keli bagi pembangunan ekonomi diri dan keluarga.
InsyaAllah, setelah siap RENOVATION bagi Pejabat Urusan Ainul Agrobased Sdn Bhd di Jalan Matang Kuching, Kursus Asas akan diadakan di tempat yang lebih selesa untuk peserta disamping peningkatkan input serta praktikal yang lebih jelas dan bermanfaat untuk semua peserta yang hadir.

Ahad, Januari 18, 2009 | 0 Comments
Banjir Kilat..Cubaan Kecekalan..
Dicatat oleh
RaTu KeLi
Tudung tangki PVC alternatif untuk mengapung diri di kala banjir semata untuk melihat keadaan kolam dan ikan..Cobaan banjir tidak mematah semangat untuk meningkatkan hasil keluaran anak benih sasaran 1 juta sebulan pada tahun 2009..Mudahan dipermudah Allah..
Ahad, Januari 11, 2009 | 0 Comments
Banjir Kilat..keli ku di mana?
Dicatat oleh
RaTu KeLi
Syukur keli sudah habis di jual tatkala sebelum banjir kilat melanda.. Salah satu kolam ternakan di masuki air bercampur minyak..nasib baik semua anak ikan sudah dijual.
Ahad, Januari 11, 2009 | 0 Comments
Kursus Ternakan Ikan Keli Umpama Musim Perkahwinan!??
Dicatat oleh
RaTu KeLi
Label:
Info Keli,
Kursus Asas
Alhamdulillah..kesedaran orang Sarawak tentang potensi ikan keli kian rancak. Kursus ternakan pun kian bertambah umpama cendawan di musim hujan. Banyak promosi dan liputan di adakan khusus di dada akhbar tempatan. Yang diharapkan agar bakal peserta kursus bijak memilih input kursus, sokongan khidmat nasihat,pasaran belian balik dan sebagainya agar usaha anda berterusan dan tidak tersekat di tengah jalan. Selamat maju jaya dan moga usaha murni penggerak kursus tidak bermusim spt musim kahwin di cuti sekolah
Selasa, Januari 06, 2009 | 0 Comments
Berapa Banyak Ikan Boleh DiTernak ?
Dicatat oleh
RaTu KeLi
Label:
Info Keli,
Teknologi Ikan Keli
Kaedah bagi membuat pengiraan berapa banyak ikan boleh diternak ada pelbagai. Jika berdasarkan maklumat daripada rakan di jabatan perikan darat setiap 1 meter per segi ikan boleh dimasukkan sebanyak 129 ekor. Ini bermakna jika anda mempunyai kolam berukuran 5 meter lebar dan 5 meter panjang maka ikan boleh dimasukkan sebanyak 5 x 5 x 129 ekor = 3225 ekor.
Ada juga kiraan berdasarkan bagi setiap 1 tan air dapat menampung tumbesaran bagi 1000 ekor ikan. Ini bermakna jika anda menggunakan tangki PVC yang 200 gallon, maka ianya hanya boleh menampung sebanyak lebih kurang 950 ikan sahaja.
Berdasarkan maklumat dari penternak komersial pula (yang kebiasaan nya membuat dalam kiraan kaki) setiap satu kaki persegi, boleh dimuatkan sebanyak 100 ekor ikan keli. Ini bermaksud jika anda mempunyai kolam seluas 10 kaki lebar dan 10 kaki panjang,maka sebanyak 10,000 ekor ikan keli boleh diternak disitu. Dengan erti kata lain pengiraan nya begini 10 x 10 x 100 = 10,000 ekor ikan keli.
Kaedah pengiraan bergantung kepada penternak dan teknologi yang digunapakai. Jika berdasarkan kaedah 129 ekor semeter persegi, maka ikan keli adalah lebih selesa dimana mempunyai ruang yang agak besar. Manakala, jika pengiraan berdasarkan kiraan komersial iaitu 1 kaki persegi 100 ekor, maka ikan akan lebih bermesraan dimana kurang mempunyai ruang.
Namun begitu, sebagai penternak komersial kaedah pengiraan 1 kaki persegi mungkin digunapakai. Bagi mengelakkan ikan kurang selesa, alternatif melalui kaedah pengaliran air boleh digunakan. Ini bagi meningkatkan kandungan oksigen terlarut dalam air dan bagi tujuan pembesaran ikan.

Isnin, Januari 05, 2009 | 0 Comments
Pembajaan Air Untuk Ternakan
Dicatat oleh
RaTu KeLi
Label:
Info Keli,
Teknologi Ikan Keli
Terdapat pelbagai kaedah pembajaan air untuk tujuan penternakan ikan keli. Yang paling utama adalah, pastikan air dibaja dahulu sebelum dimasukkan ikan keli.
Pengenalan pertama bagi mengetahui air telah siap sedia untuk dimasukkan anak benih ikan keli adalah AIR TELAH MENGHIJAU "AIR HIJAU"
Antara kaedah bagi pembajaan adalah dengan meletakkan bunga teratai/bunga-bunga yang membiak dalam tasik atau kekadang dalam longkang. Melalui cara ini, air memang akan cepat mengHIJAU tetapi AWAS, sila keluarkan semua bunga-bunga tersebut setelah air menjadi hijau. Ini bagi megelakkan kekurangan oksigen akibat bunga tersebut makin membiak dalam kolam tangki anda.
Selain daripada itu, ada dikalangan penternak menggunapakai Daun Ubi Kayu yang telah di "Blender" kemudian dicampurkan dengan Garam Kasar, Daun Kapal Terbang dan EM.
Malah pembajaan air boleh juga dilakukan hanya meletakkan ikan dalam beberapa hari dan kemudian air akan menjadi hijau (lebih kurang 3 hari)
Yang paling utama dalam pembajaan air adalah, air hendaklah didedahkan dibawah pancaran cahaya matahari. Ini bagi mempercepatkan akitiviti penghijuan air. Stokkan air yang anda telah baja. Ini bagi tujuan penukaran air terutama jika anda tidak menggunakan sistem kitaran air untuk tujuan penternakan.

Ahad, Januari 04, 2009 | 0 Comments
Keli Menetas Secara Semulajadi
Dicatat oleh
RaTu KeLi
Label:
Info Keli,
Pembenihan
Tanggal 30 Disember 2008 yang lepas, buat pertama kalinya, ikan keli induk telah menetaskan telurnya secara semulajadi. Ini merupakan pengalaman kali pertama kami dan tenaga pengajar/penternak kami walaupun sudah 14 tahun menternak ikan keli.
Kebiasaannya, ikan keli akan diberi suntikan bagi merangsangkannya untuk tujuan pembenihan anak ikan keli. Tetapi pada 30 Disember tersebut, tanpa perlukan apa-apa suntikan dan apa-apa persediaan untuk membenih, ikan keli telah dengan sendirinya mengeluarkan telurnya dan menghasilkan anak ikan keli.
Menakjubkan dan moga ini menjadi titik awal bagi permulaan Tahun 2009 ini..

Sabtu, Januari 03, 2009 | 0 Comments
RM560,000 to encourage catfish rearing ventures
Dicatat oleh
RaTu KeLi
Label:
Catfish Potential,
Info Keli,
Keli Jana Ekonomi
Source: nstonline http://new.nst.com.my/
KUANTAN: The Pahang Fisheries Department has allocated RM560,000 as part of its efforts to encourage more people to venture into rearing catfish or ikan keli here.
"To kick-start the project, each participant will receive two fibreglass fish tanks, 6,000 ikan keli fry and fish food worth between RM1,000 and RM1,500," she told New Straits Times yesterday.
Halina said each participant must also attend a one-day course arranged by the department to ensure they possess proper knowledge on rearing the catfish.
"The department hopes this project would attract more people, since it could also help to provide extra income to the households.
The catfish project, which began early this month, was also to attract more people here to eat freshwater fish.
Those interested in the project could obtain further information from the fisheries department in their respective districts.
The department has also launched a bid to promote catfish dishes in the state.
"The department has allocated RM70,000 for the promotional effort where various ikan keli dishes will be prepared for the public to savour."
Khamis, Januari 01, 2009 | 0 Comments
Langgan:
Catatan (Atom)