Makluman Terkini !!!
Kerjasama Pengeluaran Baja RATUKELI
BAJA RATUKELI jenis PreStarter dan Starter bakal berada di Pasaran sebaik sahaja pengeluaran pertama sampai di Pejabat Urusan di Batu 4, Jalan Matang, Kuching pada Feb 2009.
Penternak kini mempunyai pilihan dalam memberi makanan kepada Ikan Keli dan makanan HALAL merupakan pilihan wajib bagi penghasilan Ikan Keli bagi menjamin KeHalalan dan KeSuciannya.
Bagi para penternak yang mahu mendapatkan bekalan Makanan HALAL RaTuKeLi ini, anda boleh memperolehinya terus dari Pejabat Urusan Ainul AgroBased ataupun boleh membelinya di Pusat Ternakan Ainul AgroBased di Kampung Semerah Padi.
Bagi Para Penternak yang berminat untuk menjadi AGEN RATUKELI dalam mengedar BAJA RATUKELI di Seluruh Sarawak dan Sabah, anda boleh menghubungi kami bagi tujuan berkenaan.
Jumaat, Januari 30, 2009 | 0 Comments
DAFTAR KURSUS ASAS Secara ONLINE
Jumaat, Januari 23, 2009 | 0 Comments
E-BUKU PANDUAN ASAS TERNAKAN IKAN KELI (SIRI 1)
Dalam E-Buku Panduan Asas ini, para penternak akan mempunyai pengetahuan bagi memulakan perniagaan/penternakan ikan keli daripada asas sehinggalah keperingkat pemasaran.
Sila nantikan kemunculan E-Buku Panduan Asas Ternakan Ikan Keli di Pasaran/Melalui laman web ini..........................tunggu...............
Isnin, Januari 19, 2009 | 0 Comments
KURSUS ASAS PENTERNAKAN IKAN KELI SESI 12 & 13
Kita berharap agar semua peserta kursus mendapatkan sepenuhnya ilmu bagi memulakan usaha menternak ikan keli bagi pembangunan ekonomi diri dan keluarga.
InsyaAllah, setelah siap RENOVATION bagi Pejabat Urusan Ainul Agrobased Sdn Bhd di Jalan Matang Kuching, Kursus Asas akan diadakan di tempat yang lebih selesa untuk peserta disamping peningkatkan input serta praktikal yang lebih jelas dan bermanfaat untuk semua peserta yang hadir.
Ahad, Januari 18, 2009 | 0 Comments
Banjir Kilat..Cubaan Kecekalan..
Ahad, Januari 11, 2009 | 0 Comments
Banjir Kilat..keli ku di mana?
Ahad, Januari 11, 2009 | 0 Comments
Kursus Ternakan Ikan Keli Umpama Musim Perkahwinan!??
Alhamdulillah..kesedaran orang Sarawak tentang potensi ikan keli kian rancak. Kursus ternakan pun kian bertambah umpama cendawan di musim hujan. Banyak promosi dan liputan di adakan khusus di dada akhbar tempatan. Yang diharapkan agar bakal peserta kursus bijak memilih input kursus, sokongan khidmat nasihat,pasaran belian balik dan sebagainya agar usaha anda berterusan dan tidak tersekat di tengah jalan. Selamat maju jaya dan moga usaha murni penggerak kursus tidak bermusim spt musim kahwin di cuti sekolah
Selasa, Januari 06, 2009 | 0 Comments
Berapa Banyak Ikan Boleh DiTernak ?
Ada juga kiraan berdasarkan bagi setiap 1 tan air dapat menampung tumbesaran bagi 1000 ekor ikan. Ini bermakna jika anda menggunakan tangki PVC yang 200 gallon, maka ianya hanya boleh menampung sebanyak lebih kurang 950 ikan sahaja.
Berdasarkan maklumat dari penternak komersial pula (yang kebiasaan nya membuat dalam kiraan kaki) setiap satu kaki persegi, boleh dimuatkan sebanyak 100 ekor ikan keli. Ini bermaksud jika anda mempunyai kolam seluas 10 kaki lebar dan 10 kaki panjang,maka sebanyak 10,000 ekor ikan keli boleh diternak disitu. Dengan erti kata lain pengiraan nya begini 10 x 10 x 100 = 10,000 ekor ikan keli.
Kaedah pengiraan bergantung kepada penternak dan teknologi yang digunapakai. Jika berdasarkan kaedah 129 ekor semeter persegi, maka ikan keli adalah lebih selesa dimana mempunyai ruang yang agak besar. Manakala, jika pengiraan berdasarkan kiraan komersial iaitu 1 kaki persegi 100 ekor, maka ikan akan lebih bermesraan dimana kurang mempunyai ruang.
Namun begitu, sebagai penternak komersial kaedah pengiraan 1 kaki persegi mungkin digunapakai. Bagi mengelakkan ikan kurang selesa, alternatif melalui kaedah pengaliran air boleh digunakan. Ini bagi meningkatkan kandungan oksigen terlarut dalam air dan bagi tujuan pembesaran ikan.
Isnin, Januari 05, 2009 | 0 Comments
Pembajaan Air Untuk Ternakan
Pengenalan pertama bagi mengetahui air telah siap sedia untuk dimasukkan anak benih ikan keli adalah AIR TELAH MENGHIJAU "AIR HIJAU"
Antara kaedah bagi pembajaan adalah dengan meletakkan bunga teratai/bunga-bunga yang membiak dalam tasik atau kekadang dalam longkang. Melalui cara ini, air memang akan cepat mengHIJAU tetapi AWAS, sila keluarkan semua bunga-bunga tersebut setelah air menjadi hijau. Ini bagi megelakkan kekurangan oksigen akibat bunga tersebut makin membiak dalam kolam tangki anda.
Selain daripada itu, ada dikalangan penternak menggunapakai Daun Ubi Kayu yang telah di "Blender" kemudian dicampurkan dengan Garam Kasar, Daun Kapal Terbang dan EM.
Malah pembajaan air boleh juga dilakukan hanya meletakkan ikan dalam beberapa hari dan kemudian air akan menjadi hijau (lebih kurang 3 hari)
Yang paling utama dalam pembajaan air adalah, air hendaklah didedahkan dibawah pancaran cahaya matahari. Ini bagi mempercepatkan akitiviti penghijuan air. Stokkan air yang anda telah baja. Ini bagi tujuan penukaran air terutama jika anda tidak menggunakan sistem kitaran air untuk tujuan penternakan.
Ahad, Januari 04, 2009 | 0 Comments
Keli Menetas Secara Semulajadi
Kebiasaannya, ikan keli akan diberi suntikan bagi merangsangkannya untuk tujuan pembenihan anak ikan keli. Tetapi pada 30 Disember tersebut, tanpa perlukan apa-apa suntikan dan apa-apa persediaan untuk membenih, ikan keli telah dengan sendirinya mengeluarkan telurnya dan menghasilkan anak ikan keli.
Menakjubkan dan moga ini menjadi titik awal bagi permulaan Tahun 2009 ini..
Sabtu, Januari 03, 2009 | 0 Comments
RM560,000 to encourage catfish rearing ventures
Source: nstonline http://new.nst.com.my/
KUANTAN: The Pahang Fisheries Department has allocated RM560,000 as part of its efforts to encourage more people to venture into rearing catfish or ikan keli here.
"To kick-start the project, each participant will receive two fibreglass fish tanks, 6,000 ikan keli fry and fish food worth between RM1,000 and RM1,500," she told New Straits Times yesterday.
Halina said each participant must also attend a one-day course arranged by the department to ensure they possess proper knowledge on rearing the catfish.
"The department hopes this project would attract more people, since it could also help to provide extra income to the households.
The catfish project, which began early this month, was also to attract more people here to eat freshwater fish.
Those interested in the project could obtain further information from the fisheries department in their respective districts.
The department has also launched a bid to promote catfish dishes in the state.
"The department has allocated RM70,000 for the promotional effort where various ikan keli dishes will be prepared for the public to savour."
Khamis, Januari 01, 2009 | 0 Comments
Bertani menjanjikan pendapatan lumayan
source : Utusan Malaysia Online (27/10/2008)
KOTA SAMARAHAN 26 Okt. - Golongan belia di Sarawak disaran supaya membabitkan diri dalam bidang pertanian yang bakal menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Mohd. Naroden Majais (gambar) berkata, kecenderungan belia untuk berhijrah ke bandar bagi mencari peluang pekerjaan membuatkan bidang pertanian ini masih dipelopori golongan yang sudah berumur.
Beliau berkata, golongan belia seharusnya sedar bahawa bidang pertanian juga menjanjikan pendapatan lumayan sekiranya diusahakan secara serius berikutan krisis ekonomi dunia yang menyebabkan kenaikan harga makanan.
Katanya, perkembangan ekonomi semasa pada masa ini membuka banyak peluang kepada golongan belia untuk menceburi bidang pertanian berikutan pengeluaran makanan utama seperti beras semakin berkurangan.
''Pada masa yang sama, permintaan terhadap produk pertanian seperti beras ini tidak pernah berkurangan dan ia bakal menjamin masa depan kepada petani," katanya di sini.
Beliau berkata demikian pada penutupan seminar peluang niaga tani peringkat Bahagian Samarahan di Dewan Suarah di sini.
Seramai 178 peserta menghadiri seminar sehari itu yang dianjurkan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
Naroden yang juga Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak berkata, selain pertanian, golongan belia juga boleh membabitkan diri dalam bidang penternakan ikan keli secara komersial.
Menurutnya, ikan keli matang dalam masa tiga bulan dan ia boleh dijadikan pelbagai produk seperti ikan sardin dan minyak Omega 3 yang terdapat dalam badan ikan keli boleh dijadikan ubat untuk melawan penyakit.
''Kejayaan menternak ikan keli secara komersial juga telah dibuktikan secara komersial oleh usahawan bumiputera tempatan," katanya.
Naroden berkata, golongan belia yang berminat untuk bertani boleh mendapatkan pelbagai bantuan daripada kerajaan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang menyediakan pinjaman sehingga RM50,000 tanpa cagaran bagi membolehkan usahawan bumiputera memulakan perniagaan.
Beliau berkata, selain itu, bagi belia yang berminat menjadi usahawan boleh menghubungi Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera bagi membincangkan peluang perniagaan yang boleh diceburi.
Rabu, Disember 31, 2008 | 0 Comments



