Makluman Terkini !!!
Gulai Tempoyak Ikan Keli
Bahan-bahan
- Tempoyak (3 sudu)
- Ikan Keli (4 ekor)
- Cili Masak (ditumbuk)
- Bawang Merah dan bawang putih (ditumbuk)
- Serai (dititik)
- Gula dan Garam
- Asam Keping (sekiranya tempoyak tidak cukup masam)
- Air
Cara-cara
- Ikan keli dibersih dan diasingkan
- Tempoyak dimasukkan kedalam periuk yang mengandungi air bersama bahan2 ditumbuk dan serai
- Gaulkan tempoyak dan bahan2 tadi sehingga sebati dan masukkan ikan keli
- Masak gulai dlm api yg sederhana dan masukkan gula dan garam(sekiranya gulai tempoyak kurang masam,boleh la ditambah dgn asam keping)
Selasa, Julai 22, 2008 | 0 Comments
KELI BERSAMBAL TOM YAM
bahan
3 ekor ikan keli~dibersihkan dan dipotong 3(direndam dengan air beras+asam keping+sikit tepung gandum)
1 sudu kunyit
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 sudu gula
1 kiub tom yam~tak taruk pun tak ape tapi kalau buh ia lebih ummmph)
4 helai daun limau purut
1 keping asam keping
bahan
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10 biji cili kering
8 biji cili api ( tak suka pedas boleh kurangkan)
4 batang serai
1 inci halia
Cara
1. Ikan keli dibersihkan dan dilumur garam dan kunyit
2. Goreng ikan sehingga garing.
3. Susun ikan di dalam pinggan.
4. Panaskan minyak(bukan minyak goreng ikan ye) dalam kuali, tumis bahan kisar, garam, daun limau purut dan asam keping hingga naik bau dan sedikit garing
2. Masukkan gula dan biarkan naik minyak.
3. Curahkan sambal ke atas ikan keli goreng tadi. siap.
dipetik dari http://shw.fotopages.com/17530707.html
Read More..
Isnin, Julai 21, 2008 | 0 Comments
ikan keli sambal tumbuk
bahan-bahan
Cili api segenggam,
bawang putih seulas,
bawang merah dua biji,
garam.
Ikan Keli 2 ekor (lagi cantik ikan keli kampung/limbat)
cara-cara membuat:-
gorengkan separuh masak cili, bawang putih, bawang merah
panggang/goreng ikan keli hingga masak.(panggang paling best)
sediakan lesung dan tumbuk bahan-bahan seperti membuat sambal tumbuk (lumat),ikan yg siap dipanggang/digoreng diambil isinya dan dicampurkan(tumbuk sekali separa lumat) hidangan telah siap dan tambahkan garam secukup rasa. Sesuai dimakan seperti makan sambal belacan.
dipetik dari http://www.fishing.net.my/forum
Read More..
Jumaat, Julai 18, 2008 | 0 Comments
Ikan keli masak sambal
Bahan-bahan ( 2 orang )
- 4 ekor ikan keli
- 4 biji bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- 2 biji limau kasturi (air asam pun boleh)
- 1 cm belacan
- 8 sudu makan cili boh (cili kering yang diblend) bagi yang mau le
Cara-cara
- Lumurkan ikan dengan garam and kunyit...perap selama 10 minit
- Then...goreng ikan hingga garing
- Bawang putih & merah dikisar
- Panaskan minyak...tumis bawang yang telah dikisar bersama cili boh...belacan dan bawang besar...tunggu sehingga garing and bawang besar layu
- Tunggu sehingga mendidih...masukkan gula...and chicken cube...kalau mau lebih masin boleh lah ditambah sedikit garam...then masukkan ikan tadi...gaul hingga sebati...masukkan perahan air limau...gaul sekali lagi... angkat dan hidangkan
Khamis, Julai 10, 2008 | 0 Comments
Asam Pedas Ikan Keli
Isi
5-7 Ekor Ikan Keli Hidup
(ikan lain jenama pun boleh) (Resepi ini tidak mengunakan minyak) - sebab ikan keli sudah ada minyak.
Siang Ikan dan potong 2.
Basuh beberapa kali sampai hanyir hilang, guna asam jawa, limau atau tepung gandum.
gerenti hanyir hilang.
Bahan -bahan A
Lengkuas 1 cm
Halia 1 cm
Kunyit Hidup 1 cm
Serai 3 batang
Cili Kering 10-15 batang - kalau nak pedas tambah lebih sikit lah.
Bawang Putih 2 - 3 ulas.
Bawang Merah Besar 1 - 2 biji.
Blender Bahan-bahan A -sampai betul hancur.
Bahan Tambahan.
Asam keping 4 -5 keping.
Daun limau Purut - daun sahaja.
Daum Kesom -daun sahaja
Kalau perlu tomota boleh juga 1-2 biji.
Garam dan (ajinomoto , kalau nak lah)
Cara Memasak.
Masukkan ikan dalam periuk.
Masukkan bahan-bahan A. (sudah di blender).
Tambah Sedikit air.
Panaskan.
Bila Mendidih sikit, tambah sikit air dan jgn terlalu banyak, nanti rasa kureng enakkkkk....
Baru masukkan Bahan - Bahan Tambahan tadi satu persatu.
dipetik dari http://www.mymesra.com.my
Read More..
Rabu, Julai 09, 2008 | 0 Comments
Ikan Keli Masak Lemak Cekur
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dipotong menjadi 2 bahagian
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
10 biji cili api (ikut suka)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Biji Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.
4 helai daun limau purut
asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
1 mangkuk santan kelapa
Cara menyediakannya:
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.
3. Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.
4. Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.
5. Masukkan daun limau purut & masak di atas api sampai menggelegak.
Note :
Pada sesiapa yang rajin sikit, Ikan keli tersebut di panggang dulu. Dan dimasukkan kedalam kuah sekiranya kuah dah menggelegak. Tak perlu dimasukkan awal2 nanti ikan tu hancur. Cara ni lagi menyelerakan.
dipetik dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1346.0
Read More..
Selasa, Julai 08, 2008 | 1 Comments
Ikan Keli Berlada
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dikelar badannya
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
Minyak utk menggoreng
4 biji cili masak (boleh juga ditambah dgn Cili api kalau suka extra pedas)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit halia
asam jawa, gula, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
Cara menyediakannya:
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian digoreng sampai gareng.
3. Blendkan cili masak, bawang merah & putih juga halia. Tumiskan sampai naik bau.
4. Masukkan Air asam jawa, gula, garam & ajinomoto secukupnya.
5. Kalau suka dgn sambal yg agak berkuah tambahkan air & biarkan menggelegak.
6. Masukkan pula bawang besar yg dihiris sampai layu.
7. Akhir sekali masukkan la ikan keli yg dah digoreng & terbalik2kan. Cepat2 la tutup api nanti ikan jadi lembik.
dipetik daripada http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1346.0
Read More..
Isnin, Julai 07, 2008 | 0 Comments
Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan
1 kilo ikan keli [dipanggang]
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi)
1 mangkuk santan pekat
sedikit santan cair
sedikit buah cekur
hirisan daun cekur
sedikit garam
sedikit perasa
Cara-cara memasaknya
1. Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih,
dan buah cekur sehingga lumat.
2. MAsukkan ikan keli dalam periuk. PAstu campurkan
dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
3. MAsukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang
sederhana.
4. Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat,
gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi..
dipetik dari http://www.anjungcafe.com/viewcontent/3069
Ahad, Julai 06, 2008 | 0 Comments
Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi
Kiriman: Rehana
Bahan-Bahan:
| 1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah) 1 biji kelapa - asingkan pati 50 biji cili padi dua biji pisang muda (sederhana besar) 5 ulas bawang merah | 3 ulas bawang putih ½ inci kunyit Limau kasturi Garam secukup rasa |
Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) bersama sedikit santan.
Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan santan cair. Kacau, jangan bagi pecah minyak. Masukkan garam. Setelah ikan masak masukkan pati santan. Tutupkan api, perahkan limau. Bolehlah dihidang
Cadangan Hidangan:
Hidangkan semasa panas.
Tambahan:
Cili padi memang banyak, tak pedas sebab ada pisang dan limau. Kalaau nak lagi pedas boleh tambah lagi. Pisang tu tak perlu dibuang kulit. Masakan ni akan berwarna kehijauan dan agak pekat berbanding gulai biasa. Jangan kacau terlalu kuat sebab ikan senang hancur. Selamat memasak.
credit to http://resepi.mesra.net/Detailed/3569.shtml
Read More..
Sabtu, Julai 05, 2008 | 0 Comments
Ikan Keli Masak Serum
Kiriman: Mastika Hj. Mohd Salih
Sumber: Ibu Mertua
Bahan-Bahan:
Ikan Keli Cili api 13 biji
Bunga Kantan 2 kuntum
Serum tumbuk (buah perah) (ikut citarasa)
Halia - sebesar ibu jari
belacan - sebesar ibu jari
Garam
Gula
Ikan 2 ekor
Cili api (ikut citarasa) ditumbuk lumat bersama serum, garam & gula
Bunga kantan dihiris-hiris kasar
Cara:
Masak di dalam periuk berisi air sebanyak 2 cawan. Adunkan semua ramuan sehingga mendidih dan masukkan ikan keli. Letakkan sedikit garam & gula mengikut citarasa.
Cadangan Hidangan:
Enak dimakan bersama nasi panas
Tambahan:
Buah perah boleh ditemui dipinggir hutan dan perlu dibersih drp. kulit dan dikeringkan sebelum ditumbuk
Credit to http://resepi.mesra.net/Detailed/4885.shtml
Read More..
Jumaat, Julai 04, 2008 | 0 Comments
Pecel LELE
Bahan-bahan ( 3 orang )
- 4 ekor ikan keli - dibersihkan dan dicuci dgn air asam jawa terlebih dahulu dan digoreng / di salai
- 15 tangkai cili padi - ditumbuk ( ikut suka pedasnya )
- 4 ulas bawang putih - ditumbuk
- 10 biji cekur ( kalo besarnya sebesar guli ) - ditumbuk
- 2 cawan air
- 200ml pati santan
- air asam jawa- ( ikut suka masamnya, saya agak2 jer )
- gula dan garam secukup rasa
- daun cekur - dihiris halus mcm bunga rampai
Cara-cara
- panaskan periuk beserta air dan bahan yg telah ditumbuk sehingga mendidih di atas api sederhana
- masukkan air asam jawa, santan dan daun cekur, kacau hingga sebati
- setelah mendidih masukkan ikan, akhir sekali perasakan dgn gula dan garam kacau sehingga sederhana pekat kuahnya. Sedia untuk di makan.
Khamis, Julai 03, 2008 | 0 Comments
Ikan Keli Masak Belanda
6 ekor ikan keli dicuci dan dibersihkan kemudian dikelar
2 batang serai diketuk
3 keping asam gelugur
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak yang secukupnya untuk menggoreng dan menumis.
BAHAN DIKISAR:
7 biji cili merah
150 gram cili padi
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah dilumurkan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng sehingga ia masak atau garing. Tos minyak dan masukkan di dalam pinggan hidangan.
3. Panaskan satu cawan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar, serai dan asam keping.
4. Kacau rata hingga garing dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Tuangkan ke atas ikan keli yang telah siap dihidangkan di dalam pinggan hidangan
dan taburkan dengan bawang besar yang telah dihiris nipis.
dipetik dari http://www.mk-portal.org/forum/showthread.php?t=4081
Selasa, Julai 01, 2008 | 0 Comments