Makluman Terkini !!!
Makluman Kepada Semua
Salam hormat,
Terima kasih kepada pengunjung yang sehingga kini masih menghubungi kami terutama berkenaan khidmat nasihat berkaitan penternakan ikan keli dan kursus yang pernah diadakan.
Kami ingin memaklumkan bahawa blog ini sudah sekian lama tidak di update berkenaan ikan keli dan kursus yang diadakan disebabkan oleh kerana perniagaan ini telah kami hentikan. Kalau tidak silap saya sejak 2010 lagi.
Terima kasih kerana masih mengunjungi blog ini dan moga info yang pernah dicatit disini bermanfaat.
Anda masih boleh mengikuti bisnes yang kami jalankan melalui blog kami di http://NazriBollhassan.com
Read More..
Rabu, September 02, 2015 | 0 Comments
Ini lah caranya buat duit di internet dengan mudah....
Jika anda masih beranggapan untuk buit duit di internet perlu
website sendiri & perlu produk sendiri ~ ANDA SILAP !
Ramai yang tidak tahu bahawa anda boleh buat duit di internet
tanpa produk anda sendiri waima website sendiri.
Bagaimana melakukannya ?
Ketahuilah anda boleh melakukannya melalui AFFILIATE!!!
Saksikan pendedahannya disini sebelum bakal pesaing anda
mengetahuinya.
KLIK
>> Pakar Affiliate |
Buat Duit Di Internet Tanpa Produk Sendiri
Ikhlas,
Nazri Bollhassan dot Com | Let's Make Money Online
Read More..
Sabtu, Januari 26, 2013 | 0 Comments
Keli Juga Yang Meletop !
Sejak kebelakangan ini, jarang kedengaran kursus-kursus keli seperti yang pernah dibuat dulu. Badan kerajaan pun agak senyap juga. Kalau nak ikutkan, Keli Goreng, Penyet Keli, banyak yang meminta nya di kedai makan terutama di semenanjung malaysia.
Moga penternak sedia ada tidak berputus asa. Keli nak pelihara memang tak susah, yang menjadi susah apabila pelihara banyak - banyak dan hendak kaut untung. Untuk dapatkan laba besar, modal perlu besar. Tidak mustahil boleh buat dengan modal kecil, tetapi bersabarlah...sebab dengan modal kecil, banyak sangat kekurangan yang akan ikan dapat. Misal, waktu hujan. Ikan amat sensitif jika cuaca bertukar mendadak kepada suhu rendah. Tanpa modal membeli peralatan memanas, alamatnya mati anak-anak ikan kesejukan. Maka bersabarlah jika yang dipelihara tu tinggal beberapa kerat sahaja.
Sampai jumpa lagi.
Read More..
Rabu, Januari 16, 2013 | 0 Comments
Nasihat Kepada Penternak Ikan Keli
Beberapa bulan kebelakangan ini, merupakan bulan-bulan yang amat mencabar...
Kebanyakkan usahawan penternak bermula dari ‘zero’ dan terburu-buru memulakan penternakan tanpa mendapatkan ilmu yang betul dari penternak-penternak yang telah berjaya. Ramai juga yang telah mengambil nasihat atau tunjuk ajar dari mereka yang juga tidak mahir atau berlandaskan ‘cakap-cakap’ kosong tanpa bukti kukuh.
Anda harus mensasarkan target usaha anda. Anda mesti tahu di mana kedudukan anda samada anda adalah usahawan penternakan ikan keli secara komersil ataupun sekadar usahawan baru bermula atau ‘main-main’ (suka-suka cuba)
Dan yang paling penting adalah pasaran. Inilah faktor yang menyebabkan ramai usahawan penternak baru mengalami keadaan ‘patah jiwa’ kerana menyangkakan dengan sekali usaha (harvest) anda akan terus jadi JUTAWAN IKAN KELI!
Ada baiknya anda membaca keseluruhan artikel dari blog tersebut. Anda boleh melayari blog tersebut di : http://sendikota.wordpress.com/2008/09/22/nasihat-dan-panduan-kepada-usahawan-penternakan-ikan-kel/
Selasa, Mei 18, 2010 | 0 Comments
50 kg Ikan Keli pun tak mencukupi...
Sekali lagi agak terkasima kerana walau hanya 50kg Ikan Keli diminta (di order) dan yang dapat diberikan oleh penternak hanya ikan keli yang bercampur beratnya dan masih ada yang kurang 250 gram se-ekor..
Nah, dimana perginya berita yang pasaran ikan keli sudah tiada???
Sekarang, bila diminta cuma 50 kg sahaja, tidak mencukupi dan tidak memenuhi klasifikasi standard pasaran.
Rupanya pasaran ikan keli ada, tapi masih "malu" agaknya....
Bagi yang mempunyai ikan keli yang memenuhi standard kami sila maklumkan agari bila diperlukan mudah kami menghubungi anda untuk membeli....
emailkan ke admin@ratukeli.com untuk memaklumkan stok yang anda ada...
Read More..
Isnin, Mei 03, 2010 | 0 Comments
Admin Ratukeli di Facebook
Telah menjadi trend terkini, perniagaan adalah berteraskan jalinan perkenalan dan saling berkongsi maklumat.
Rabu, Mac 10, 2010 | 0 Comments
Penemuan : Isi Keli Lebih Putih....
Kebelakangan ini, kami lebih banyak membeli daripada menternak ikan keli. Sekarang, kami lebih memberi tumpuan menjadikan ikan keli sebagai produk hiliran seperti keropok lekor, fillet dan lain-lain..sebab tu laah, kebanyakan ikan kami beli terutama dari penternak yang sebelum ini telah membeli anak ikan dan baja makanan daripada pihak kami.
Apabila telah mula memproses produk hiliran sebegini, kami dapati ada perbezaan diantara ikan yang cukup tempoh matang berbanding dengan yang terlampau lambat membesar.
Ikan yang bersaiz 200 gram - 300 gram dalam tempoh 3-4 bulan lebih putih isi nya berbanding dengan ikan bersaiz yang sama tetapi diternak dalam tempoh yang agak panjang. Isi ikan yang jauh lebih tua berbanding beratnya lebih kemerahan. Pemerhatian ini merupakan pemerhatian awal kami setelah membeli ikan daripada penternak di sekitar Kuching - Simunjan. Bagi ikan yang membesar dalam tempohnya (3 - 4 bulan), isinya ketara lebih putih dan lebih sesuai untuk dibuat fillet dan keropok.
Namun begitu, seperti yang dinyatakan tadi ,ini merupakan pemerhatian awal. Mungkin ada faktor lain..anyway, will update you after we done some interview...
Jika anda ada info yang boleh dikongsi bersama, anda adalah amat dialu-alukan....
Read More..
Sabtu, Februari 13, 2010 | 0 Comments
KURSUS ASAS PEMBENIHAN IKAN KELI KE-2
KURSUS ASAS PEMBENIHAN IKAN KELI KALI KE-2 AKAN DIADAKAN PADA
TARIKH : 20-21 FEBRUARI 2010
MASA : 9.00 pagi - 6.00 petang
TEMPAT :
TEORI : PEJABAT URUSAN AINUL AGROBASED SDN BHD
PRAKTIKAL :PUSAT JUALAN & TERNAKAN (SEMERAH PADI)
JUMLAH PESERTA : 20 ORANG SAHAJA
YURAN KURSUS : RM330.00
SILA HUBUNGI BOLLHASSAN 012-8801565, NAZRI 012-8896321, HUSNUL 019-8240091 ATAU SMS : KURSUS PEMBENIHAN
SILA HUBUNGI KAMI SEGERA.....SIAPA CEPAT DIA DAPAT.....
Read More..
Ahad, Februari 07, 2010 | 0 Comments
Aroma - Lekor Special
Ahad, Januari 10, 2010 | 0 Comments
Syukur...Keropok Lekor Kini Telah Dihasilkan selama 1 bln
Jumaat, Januari 08, 2010 | 0 Comments
Kursus Ternakan Ikan Keli 2010
Khamis, Januari 07, 2010 | 0 Comments
Selamat Tahun Baru 2010
Kini tahun baru 2010 telah tiba...
Tahun 2010 merupakan tahun yang banyak dinantikan oleh banyak pihak...
Tahun yang diharap-harapkan...
Moga Tahun Baru 2010 ini memberikan sinar baru kepada semua terutama kepada penternak ikan keli....
Bersempena Tahun 2010, Kursus Asas Ternakan Ikan akan diteruskan dengan tambahan info dan yuran yang lebih mesra pengguna. Produk berasaskan ikan keli akan terus digiatkan dan akan menemui pengguna di Pasaraya Terkemuka Di Negeri Sarawak
Moga Kita Maju Jaya...
"Selamat Tahun Baru 2010"
Read More..
Khamis, Disember 31, 2009 | 0 Comments
Ikan Keli...oh Ikan Keli....lagi...
Kebelakangan ini, agak sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk UPDATE maklumat di blog ini. Almaklum baru berpindah ke rumah baru dan produk baru "keropok lekor" sedang giat di kilang dan diedarkan...
Dalam bulan 12 nie, banyak panggilan telefon diterima dan tidak kurang email bertanyakan sama ada pihak kami mahu membeli ikan penternak yang tidak membeli anak ikan/baja RatuKeli/mengikut kontrak...Jawapan kami mudah, jika kami memerlukan, kami akan beli (kerana tiada ikatan diantara syarikat dengan penternak)...Ini bergantung juga kepada sama ada ikan yang diternak makan makanan palet dan dipelihara dalam kolam selain kolam tanah...Jika ikut spesifikasi diatas, insyaAllah kami beli seperti mana kami telah membeli ikan-ikan dari daerah Simunjan dan ikan-ikan yang diternak tanpa kontrak dengan pihak kami.
So bagaimana? Adakah perlu menghentikan ternakan ikan keli?????
Jangan begitu...
Potensi ikan keli amat luas...
Yang tinggal adalah sama ada hendak mahupun tidak dan yang paling penting jangan bergantung harapan dengan mana-mana pihak (mengharap ikan dibeli dan terjual tanpa usaha untuk menjual/bersusah payah)
Mungkin ada yang masih tidak peka bahawa, ada dikalangan bumiputera telah menjual ikan keli di restoran-restoran di daerah kuching dengan harga RM6.00 sekilo dan penternak tersebut kekurangan ikan untuk dibekalkan...
Ikan keli salai pun masih kurang dipasarkan....so kenapa masih ternganga tidak tahu kemana hendak dijual ikan keli ???
Memang dalam tahun kebelakangan ini, ikan keli merupakan projek kerajaan dalam membantu mengurangkan kemiskinan terutama diluar bandar. Masalah sekarang adalah, apabila ikan sudah besar,...tidak tahu kemana hendak dijual....Nah....jadi masalah pula......Permasalahan utama adalah kerana mengharapkan agar ikan yang dijual dibeli....bukan salah kerajaan...tetapi masalah sikap.....mengharap agar dapat duit mudah....
Bagi mempelbagai penjanaan pendapatan melalui ikan keli, ikan keli hendaklah dijadikan END PRODUCT...Ya, jadikan barangan lain seperti PEKASAM, Ikan Salai, Fish Fillet, dll...
Disemenanjung Malaysia perkara ini telah agak lama telah diusahakan dan inilah peluang untuk melipat gandakan keuntungan melalui ikan keli...Jangan asyik mengharap ada pembeli datang hendak membeli ikan keli hidup sahaja...
Dipihak kami, bagi penternak ikan keli yang memelihara ikan keli dalam kolam selain kolam tanah dan ikan keli makan pelet....bersaiz 300 gram....anda boleh menjual kepada kami yang telah dibuang kepala dan perut pada harga RM4.30 sekilo... Peluang untuk anda menjual ikan keli kepada kami..."first come first serve"...
Hubungi Nazri 0128896321 untuk makluman lanjut..
Read More..
Selasa, Disember 29, 2009 | 0 Comments