Masukkan Email Untuk Update Terkini Dari Ratu KeLi:

Delivered by FeedBurner

Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1)

Makluman Terkini !!!

Perluang Perniagaan KEROPOK LEKOR jenama "AROMA" : Lekor Special KEROPOK LEKOR Keluaran Ainul Agrobased....hubungi kami...untuk info dan peluang niaga...

Penduduk sekitar Sri Aman digalak ternak ikan keli

Readmore »»
Label: ,

source : http://www.utusan.com.my (Sabah & Sarawak)

SIMOI Peri menyampaikan sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta (kiri) Kursus Keusahawanan dan Pengendalian Lepas Tuai Ikan Keli di Sri Aman, semalam.


SRI AMAN 17 Dis. - Penduduk tempatan di sekitar bahagian Sri Aman terutamanya di Lingga digalakkan untuk menceburi bidang penternakan ikan keli yang semakin mendapat permintaan di pasaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, Simoi Peri berkata, penglibatan dalam bidang tersebut secara tidak langsung menggalakkan penduduk di kawasan ini terbabit dalam bidang keusahawanan yang memberi peluang kepada masing-masing untuk meningkatkan pendapatan.

Menurutnya, penglibatan penduduk khususnya kaum bumiputera dalam bidang penternakan ikan keli juga dilihat sebagai langkah awal dalam melibatkan diri dengan dunia perniagaan yang boleh dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

''Penduduk tidak perlu risau dengan pasaran ikan keli ini kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) boleh membantu untuk memasarkan hasil-hasil ternak tersebut di seluruh negeri ini.

''Malah, projek penternakan ikan keli ini tidak melibatkan kos pengendalian yang tinggi, maka adalah bagi penduduk di kawasan luar bandar untuk menceburi bidang terbabit," katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Penutupan Kursus Keusahawanan dan Pengendalian Lepas Tuai Ikan Keli di sebuah restoran tempatan di bandar Sri Aman di sini semalam.

Simoi berkata, beliau yakin penduduk di kawasan Sri Aman mampu melangkah lebih jauh dalam bidang penternakan ikan keli memandangkan belum terdapat mana-mana pihak yang menceburi bidang terbabit secara serius di daerah berkenaan.

Katanya, para penduduk perlu sedar bahawa ikan keli mempunyai pasaran luas malah menjadi hidangan makanan kegemaran orang ramai di restoran-restoran di bandar utama di Sarawak.

Sehubungan itu tambahnya, beliau meminta pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan ketua kaum di daerah ini mengenalpasti para penduduk yang berminat untuk menceburi penternakan ikan keli itu.

''Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak bertanggungjawab khususnya Jabatan Pertanian sekiranya berminat untuk memulakan bidang ini," ujarnya.

Dalam pada itu, seramai 42 peserta telah menamatkan kursus anjuran Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera, Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera Bahagian Sri Aman dan FAMA.



0 ulasan:

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Powered by  MyPagerank.Net