Makluman Terkini !!!
Jangkitan Kemerahan Pada Ikan
Nak kongsi sedikit pengalaman kami apabila berlakunya kemerahan pada ikan akibat jangkitan kuman/bakteria/kulat .
Sejak sekian lama memelihara ikan keli dalam Kolam Simen, telah 2 kali berlaku kejadian yang sama iaitu kemerahan pada sirip ikan, mata cembung, dan kulit ikan menjadi "timbul-timbul macam buih"-sorry tak tahu perkataan yang sebetulnya. Kita suspek perkara ini berlaku kerana staf-staf kita telah masuk ke dalam kolam semasa mereka bengang ikan tidak dapat ditangkap dalam kolam besar dek kerana ada pelawat yang hendak merasa/membeli ikan dalam kolam berkenaan.
Apabila berlaku sedemikian, kami telah mengasingkan semua ikan yang terkena jangkitan dan masukkan ikan tersebut ke dalam Kolam Kuarantin. Di dalam Kolam Kuarantin kami masukkan garam KASAR sebagai penawar kepada ikan.
Alhamdulillah setelah 24 jam dalam kolam Kuarantin semua ikan selamat dan tiada lagi kemerahan pada ikan.
Moga dapat menjadi panduan kepada penternak sekalian. Jika tuan/puan ada info yang hendak dikongsi bersama berkenaan kaedah merawat ikan yang sakit, sila kongsikan dengan pihak kami. tQ
0 ulasan: