Masukkan Email Untuk Update Terkini Dari Ratu KeLi:

Delivered by FeedBurner

Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1)

Makluman Terkini !!!

Perluang Perniagaan KEROPOK LEKOR jenama "AROMA" : Lekor Special KEROPOK LEKOR Keluaran Ainul Agrobased....hubungi kami...untuk info dan peluang niaga...

Penternakan Ikan Keli - Jalan Keluar Dari Kemiskinan Tegar

Readmore »»

Realiti atau Fantasi ?
 
Realiti penternakan ikan keli sebagai jalan keluar dari kemiskinan tegar mungkin dianggap sebagai Fantasi oleh segolongan masyarakat walhal alternatif itu mampu dilaksanakan. Melalui projek penternakan ikan keli yang diusahakan oleh Persatuan Usahawan Usahanita Bumiputera Sarawak (PUBS) dengan kerjasama Syarikat Ainul Agro Based, perkara ini bakal terlaksana. Sasaran utama adalah bagi mengeluarkan rakan-rakan usahawan bumiputera dari kategori kemiskinan tegar dengan usaha pembelian balik ikan keli yang diternak oleh ahlinya dengan harga tetap iaitu RM5.00 sekilo bagi ikan bersaiz 250 gram - 300 gram.
 
Melalui kaedah ini, ahli yang terlibat bakal mempunyai pendapatan purata dalam lingkungan RM1000 sebulan melalui penternakan 4000 ekor anak ikan keli dalam takungan kanvas/plastik/tangki. Syakait Ainul Agro Based membekalkan anak ikan keli dan memberikan khidmat nasihat penternakan kepada setiap ahlinya. Kaedah penternakan alternatif dengan kos yang minima turut diketengahkan bagi mengurangkan kos dan meningkatkan hasil jualan ahli PUBS. Melalui kaedah ini, setiap ahlinya mampu untuk berdikari selepas 1 - 2 kali tuaian.
 
Bagi mengetahui kaedah penternakan ikan keli dan peranan Syarikat Ainul Agro Based dalam usaha ini, maklumat lanjut boleh diperoleh di laman www.ratukeli.com atau menghubungi En Bollhassan Abdul Latip (012-8801565) atau En Nazri Bollhassan (012-8896321)
 
 



0 ulasan:

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Powered by  MyPagerank.Net