Masukkan Email Untuk Update Terkini Dari Ratu KeLi:

Delivered by FeedBurner

Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1)

Makluman Terkini !!!

Perluang Perniagaan KEROPOK LEKOR jenama "AROMA" : Lekor Special KEROPOK LEKOR Keluaran Ainul Agrobased....hubungi kami...untuk info dan peluang niaga...

Kedah Rancang Komersialkan Ternakan Ikan Keli

Readmore »»
Label:

dipetik dari Bernama.com
--------------------------------------------------------------------------------
Am 26 Julai, 2008 16:01 PM
Kedah Rancang Komersialkan Ternakan Ikan Keli

ALOR STAR, 26 Julai (Bernama) -- Kedah merancang untuk mengkomersialkan ternakan ikan keli ke pasaran luar negara khususnya negara Timur Tengah pada penghujung tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata kerajaan negeri mempelawa syarikat tempatan yang berminat memasarkan ikan keli secara hidup atau ditinkan yang sehingga kini mendapat permintaan tinggi di Turki.

Selain menjana ekonomi negeri, beliau berkata ternakan itu juga mampu menjana pendapatan isi rumah kerana kos menternak ikan keli adalah murah dan mudah.

"Sesiapapun boleh bela ikan keli sebab ikan ni senang nak jaga, lagipun ternak ikan ni tak perlu bajet yang banyak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan ke-28 Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Kedah di sini hari Sabtu.

Katanya kerajaan sentiasa memberi galakan supaya rakyat Kedah menternak ikan keli di rumah agar mereka boleh menjadi pembekal kepada syarikat yang akan mengkomersialkan ikan itu.

Azizan berkata kerajaan negeri melalui Agro Kedah dan kerjasama syarikat korporat yang lain akan berusaha mempelbagaikan resepi masakan ikan itu untuk diperkenalkan ke luar negara.

Katanya dengan projek yang bakal dilakukan, tidak mustahil satu hari nanti sardin ikan keli dari Kedah akan digunakan oleh Tabung Haji untuk dijadikan makanan rakyat Malaysia yang menunaikan umrah atau haji.

Sementara itu, beliau berkata Kedah sedang mengusahakan projek mega ternakan ikan patin di Tasik Pedu, Kuala Nerang yang menelan perbelanjaan RM15 juta dan pelabur dari Amerika Syarikat telahpun menunjukkan minat.

-- BERNAMA



0 ulasan:

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Powered by  MyPagerank.Net