Masukkan Email Untuk Update Terkini Dari Ratu KeLi:

Delivered by FeedBurner

Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1)

Makluman Terkini !!!

Perluang Perniagaan KEROPOK LEKOR jenama "AROMA" : Lekor Special KEROPOK LEKOR Keluaran Ainul Agrobased....hubungi kami...untuk info dan peluang niaga...

Ternakan Ikan Keli (Catfish)

Label:

Ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia . Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, sungai kuala dan tasik.

Sekarang ni ikan keli mula diternak di dalam kolam buatan dan dikomersial. Ikan keli menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah.


Ternakan
Ikan keli boleh diternak dalam kolam besar, kanvas atau sekadar dalam kolah. Mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Ikan keli yang diternak di kawasan sawah padi dapat membantu mengawal makluk perosak dengan memakan ulat2, larva cacing dan serangga.

Untuk menjadikan ternakan keli ini sebagai komersial, pengusaha perlu sekurang2nya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Ikan keli di beri makan seperti pellet, daging atau lemak ayam, ikan baja atau roti. Ikan lebih gemar makanan berbentuk pepejal.

Hasil
Hasil ikan keli oleh dikutip selepas 60-90 hari selepas di lepaskan dalam kolam. Purata berat sekitar 200gram sekilo dan dijual sekitar RM3 sekilo. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.

Peluang
Industri ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan. Selain untuk masakan ikan keli boleh juga dip roses dagingnya seperti surimi,ikan salai dan sardin.

Peluang ini boleh dipelajari dari pelbagai agensi antaranya seperti Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) yang banyak bekerjasama dengan JPK, MECD dan LPP. KUAT sering menganjurkan seminar2 asas tani oleh itu jika ada yang berminat boleh la hubungi no berikut:
Aminuddin Mohamad 016-6113413 / siti Azliza 03-20905109

Sumber : Utusan Malaysia Jumaat 26 Oktober 2007 Read More..



Pengalaman Ternakan Ikan Keli Kacuk

dipetik dari : http://ms.shvoong.com

Assalamualaikum.... Disini merupakan pengalaman saya untuk anda semua yang ingin menceburkan diri atau ingin memahami tentang ikan keli kacuk...


1. Cara pembenihan ikan keli.

Terdapat dua cara yang saya telah buat bagi menghasilkan benih ikan keli kacuk yang cukup sihat dan berkualiti. Saya akan menerangkan cara tradisional. Bila kita sebut secara tradisional kita gambarkan ikan itu disenyawakan secara normal. Untuk mencari induk yang betul-betul sesuai adalah dengan cuba mengambil seekor ikan yang beratnya dalam lingkungan 500g hingga 600g sama ada jantan atau betina. Ikan keli kacuk tersebut hendaklah dibuat di dalam kolam tanah mengikut acuan semula jadi habitatnya. Kita tidak boleh mengganggu tempat tinggalnya. Kita hanya boleh memberi makan sahaja dan pergi. Di masa itu juga kita hendaklah meletakkan pelepah kelapa diatas permukaan kolam untuk tujuan apabila ianya bertelur telur ikan tersebut akan melekat pada pelepah tersebut. Kelebihan cara tradisional ini ialah induk dapat digunakan beberapa kali. Biasanya benih ikan akan dijual didalam lingkungan 1 inci hingga 2 inci dan harga bergantung kepada besar ikan tersebut.

2. Cara pembelaan Ikan keli.

Untuk pengetahuan sedara, saya telah menggunakan 2 kaedah tempat pembelaan. Pertama menggunakan kolah batu dan kedua kanvas. Untuk modal kolah batu yang saya buat adalah sekitar dalam RM 4000.00. bagi 7 kolah berukuran 8 x 14 x 3.Manakala untuk kanvas sahaja tidak termasuk tiang untuk menyokong kanvas sekitar RM 400.00 untuk satu kanvas berukuran 8 x 16. Pemakanan yang saya beri adalah menggunakan 2 sumber iaitu dedak dan ikan reject kerana kandungan protein yang tinggi. Ketika peringkat 2 minggu saya akan memberikan dedak. Selepas daripada itu saya akan memberikan makan ikan reject yang telah dikisar untuk pemakanan ikan keli tersebut. Kenapa saya memberi makanan tersebut? Boleh anda fikirkan... Sebenarnya saya telah membuat kajian tentang ini kerana kebanyakan orang suka memberi usus perut bangkai ayam yang mati direban dan lain2 lagi yang tidak dapat sedara fikirkan. Cuba anda membeli ikan keli dipasar-pasar dan buat kajian. Sekiranya pemakanan ikan keli tersebut daripada usus ayam, ikan yang digoreng akan lembik dan ' BENYEK '. Tetapi sekiranya ikan keli kacuk tersebut diberi ikan reject, ikan yang digoreng tidak akan benyek atau lembik dan rasanya lebih lazat. Pengalaman orang kampung tempat saya bela" Mula- mula dia beli sekilo katanya untuk percubaan... selang 2 hari datang lagi tapi kali ni beli 3 kg. Saya bertanya "wah !! banyak beli apa rasenyer... pembeli tadi terus menjwab " Kalu digoreng boleh 'GARING' dan tak ada bau hanyir. Tak macam kalau beli kat pasar mesti lembik kalau digoreng. Dari situ sahaja kita dah dapat tangkap bahawa makanan juga memainkan peranan penting untuk membolehkan mendapat citarasa dihati pelanggan. Seperti manusia juga jika kita makan daripada sumber yang bersih maka akan mendapat kebaikan dan sebaliknya.

Sekian daripada saya.... untuk permulaan Read More..

Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi-4

Label:

Sesi ke-4, Kursus Asas Penternakan Ikan Keli telah selamat di sempurnakan pada 25 Oktober 2008. Permintaan penyertaan kursus kali ini amat diluar jangkaan dimana peserta dari luar kuching ramai yang menyertai dan diluar had ditetapkan. Pada kali ini bilangan peserta kursus meningkat kepada 37 orang. Walaupun agak padat namun,peserta kursus menunjukkan minat yang mendalam dan bersemangat dalam usaha mereka agar berjaya dalam bidang ternakan ikan keli ini.









Read More..

Syabass Buat Peserta Kursus Sesi 4/2008


Gambar kenang-kenangan bersama Pengarah Urusan Ainul Agro Based dan Presiden P.U.B.S

Sesi ke-4 Kursus Asas Penternakan Ikan Keli telah diadakan pada 25 Oktober 2008 bertempat di Aqua Aqademi disertai seramai 37 orang peserta daripada seluruh negeri Sarawak. Berikut merupakan senarai peserta yang telah berjaya menamatkan kursus mereka. Syabasssss..

1. Harun bin Abdul Jabar
2. Abdullah Bin Dris
3. Hitler Mark Solah
4. Amat Anak Jilong
5. Nyutan Anak Ason
6. Noren B. Alias
7. Fred Ak. Megom
8. Hipini Jafar
9. Shukur B. Seman
10. Hamdan Boyong
11. Mohd Kamaruzzaman
12. Bouteflika Ahmad
13. Philip Green Mijal
14. Aini ak Ugi
15. Muhammad Muiz
16. Hj Loju Bin Elai
17. Hj Mut Bin Hj Amat
18. Mohd Taufan Mohd Yassin
19. Chan Anak Gayan
20. Abg Hakim Abg HAmzah
21. Anand Samuel
22. Frankie Deria
23. Mohd. Sharkawie
24. Rapiq Bin Abdullah
25. Razali bin Abdullah
26. Hussein Bin Kamis
27. Abdul Vewizer Jol
28. Gobil Bin Tuah
29. Mazelan B Shahdan
30. Syahmi Jamali
31. Mohd. Fezull Annuar
32. Dzameir Shaffiq Abd Rahman
33. Nurul Huda Bt Abd. Rahman
34. Amin bin Morni
35. Wan Othman bt Ahmad
36. Wan Bosri Wan Mohd Zen
37. Kemaran ak Lanakan
Read More..

P.U.B.S. Membeli RM 5.00 Sekilo Ikan Keli Daripada Ahli

Label:

Kuching - Projek Ternakan ikan keli yang dipelopori oleh Persatuan Usahawan Usahanita Bumiputera Sarawak (P.U.B.S)kepada setiap ahlinya diseluruh Sarawak menawarkan pembelian balik ikan keli dengan harga RM 5.00 sekilo.

Usaha murni ini bagi tujuan meningkatkan ekonomi bumiputera melalui penglibatan ahlinya dalam penternakan ikan keli secara kecil-kecilan sehingga ke paras penglibatan secara komersial. Melalui usaha ini, setiap ahli persatuan mampu keluar daripada paras kemiskinan melalui penternakan ikan keli ini.


Sehubungan dengan itu, Syarikat Ainul Agro Based telah diamanahkan untuk membekalkan anak ikan keli kepada seluruh ahli PUBS di seluruh Sarawak disamping khidmat nasihat dan penganjuran kursus penternakan ikan keli.

Bagi mengetahui maklumat berkenaan persatuan PUBS anda boleh menghubungi Presiden PUBS (019-8587028) dan bagi mengetahui usaha penternakan ikan keli, orang ramai boleh menghubungi En Bollhassan Abdul Latip (012-8801565) dan En. Nazri Bollhassan (012-8896321) atau melayari laman web http://www.pubs2u.net atau www.ratukeli.com
Read More..

Nasihat dan Panduan Kepada Usahawan Penternakan Ikan Keli

Label:

Dipetik dari http://sendikota.wordpress.com/
September 22, 2008

Kami terus membuktikan bahawa perniagaan dalam penternakan ikan keli ini mempunyai masa hadapan yang amat cerah jika disertakan dengan ilmu penternakan yang betul dan strategi pemasaran yang kukuh. Selepas penyertaan kami di MAHA 2008 di mana kami telah tidak putus-putus didatangi segenap lapisan usahawan dan bakal usahawan penternak yang inginkan maklumat berkenaan dengan penternakan ikan keli, kini ladang Pembenihan kami di Taman Desa Kundang, Rawang tidak menang tangan untuk melayani pelanggan-pelanggan di mana terdapat ramai usahawan penternak samada baru dan lama mula membeli benih-benih ikan keli kami.

Pengalaman sebelum ini dari ratio penternak baru yang dihasilkan dianggarkan dari 10 usahawan penternak baru yang lahir akan menyaksikan hanya 4 usahawan penternak yang kembali membeli anak benih keli dan selebihnya gagal atau ‘patah jiwa’ untuk meneruskan penternakan ikan keli. MENGAPA?

Ini jawapan kami kepada ramai usahawan penternak baru. Atau anda boleh mengambilnya sebagai pesanan atau nasihat ikhlas daripada kami.

1. Kebanyakkan usahawan penternak bermula dari ‘zero’ dan terburu-buru memulakan penternakan tanpa mendapatkan ilmu yang betul dari penternak-penternak yang telah berjaya. Ramai juga yang telah mengambil nasihat atau tunjuk ajar dari mereka yang juga tidak mahir atau berlandaskan ‘cakap-cakap’ kosong tanpa bukti kukuh.

Oleh itu kepada usahawan-usahawan penternakan ikan keli yang baru hendaklah mulakan dahulu dengan banyak bertanya dan melawat ladang-ladang ikan keli yang telah lama beroperasi, contohnya di ladang penternakan Green Vision Sdn Bhd di Bestari Jaya (dahulu dikenali dengan nama Batang Berjuntai), Kuala Selangor; ataupun melawat ladang pembenihan kami (yang sentiasa terbuka kepada anda semua kecuali hari cuti umum dan tamat waktu operasi!).

Ataupun menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh kami dari Koperasi Penternakan Akuakultur Air Tawar Berhad (KOTAWA) yang diiktiraf oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Usahawan. Anda disarankan juga mengambil kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jab Perikanan tetapi selepas itu harus juga melawat atau bertemu dengan penternak atau pengusaha-pengusaha yang telah berjaya. Kemahiran teori tidak 100% benar jika tidak disertai dengan kemahiran impimentasi!

Terdapat banyak kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak tetapi anda hendaklah juga mengambil sedikit masa untuk mengkaji ‘penceramah’ itu samada telah mempunyai pengalaman membuka ladang penternakan sendiri; atau mengkaji saiz perniagaan mereka samada mereka telah mempunyai beratus atau beribu kolam penternakan ikan air tawar terutamanya ikan keli. Ini semua untuk anda juga kerana berbalik kepada kenyataan kami tadi: KEMAHIRAN TEORI TIDAK 100% BENAR JIKA TIDAK DISERTAI DENGAN KEMAHIRAN IMPLIMENTASI ATAU PERLAKSANAAN! Ini adalah pengalaman kami sendiri dan percayalah bahawa kami tidak akan sampai ke sini jika tidak disertai dengan pengalaman menempuh sendiri pelbagai suka-duka menjalankan usaha penternakan dari kolam tanah, kolam tangki, kolam kanvas dan kolam simen. Dan pada hari ini kami boleh mengatakan bahawa ada juga ‘cakap-cakap teori’ tidak boleh digunakan untuk digunakan dalam kerja-kerja penternakan ikan keli!

Anda harus mensasarkan target usaha anda. Anda mesti tahu di mana kedudukan anda samada anda adalah usahawan penternakan ikan keli secara komersil ataupun sekadar usahawan baru bermula atau ‘main-main’ (suka-suka cuba). Sebabnya masalah atau cabaran bagi usahawan yang mempunyai 10 kolam tidak sama dengan usahawan yang bermula dengan 1000 kolam! Bagi kami sekiranya anda bermula dengan 10 atau 50 kolam, ianya masih dianggap kecil dan di tahap ’suka-suka’ atau percubaan. Sebelum bermula buat unjuran ‘cash-flow’ anda kerana setakat ada perkiraan untung-rugi belum cukup sempurna untuk membuat rujukan kepada pembangunan kewangan perniagaan anda. ‘Cashflow’ ibarat peta perjalanan anda. Tetapkan modal anda, sasarkan tempoh pengeluaran dan bila masa anda akan berhadapan dengan ‘kewangan kritikal’; semuanya boleh didapati jika anda membuat unjuran ‘cash-flow’!

Dan yang paling penting adalah pasaran. Inilah faktor yang menyebabkan ramai usahawan penternak baru mengalami keadaan ‘patah jiwa’ kerana menyangkakan dengan sekali usaha (harvest) anda akan terus jadi JUTAWAN IKAN KELI! Kenyataannya kita (usahawan penternak ikan keli bumiputera) masih jauh untuk mengatasi pengeluaran ikan keli dari ladang-ladang pengusaha bukan bumiputera. Hakikatnya mereka menguasai pasaran dan kekadang melambakkan produk mereka di pasar borong. Harga mereka juga jauh lebih murah iaitu sekadar RM1.80 ke RM2.5 sekg! Sedangkan kebanyakkan usahawan penternak bumiputera tahu kita tidak boleh menjual di bawah harga RM3.20 sekg! Kenapa mereka boleh jual murah?

a. Jumlah pengeluaran mereka yang besar menyebabkan mereka boleh untung kecil dari setiap kg tetapi masih boleh untung kerana jumlah kuantiti penjualan mereka besar. Terdapat lebih dari 10 penternak ladang besar yang dimiliki oleh bukan bumiputera dan kadar pengeluaran setiap ladang bermula dari 5 tan sehari sehingga 10 tan sehari. Setakat ini dari penyelidikan dan pengamatan kami hanya Green Vision dari Bestari Jaya sahaja yang mampu mengeluarkan sehingga 3 tan sehari!

b. Kos makanan yang murah kerana mereka juga adalah penternak ayam dan khinzir. Oleh itu segala bahan buangan termasuk najis, organ dalaman ayam dan khinzir yang sepatutnya dibuang dapat dijadikan ‘multiple income’ kepada mereka. Jadi, mereka bukan sahaja melaksanakan penternakan ikan keli, sebaliknya income besar mereka adalah dari ayam dan khinzir dan kos buangan pula boleh disalurkan kepada kolam ikan keli yang juga menambah keuntungan mereka! Sedangkan penternak kita kebanyakkannya membeli makanan ikan pellets yang dibeli dari kilang atau kedai-kedai yang kini semakin mahal.

c. Jaringan perniagaan yang sudah lama wujud menyebabkan mereka dapat menjual ikan keli di pasar-pasar borong, hypermarket dan pasar-pasar malam. Malah FAMA juga membantu mereka memasarkan ikan-ikan keli di seluruh negara termasuk Kelantan dan Terengganu!

Namun begitu Tuhan itu Maha adil! Kita mampu menerjah pasaran ini di mana KUALITI ikan keli yang diternak oleh kebanyakkan penternak kita yang menggunakan makanan 100% pellet adalah LEBIH ENAK DAN SEDAP dari ikan keli dari ladang bukan bumiputera. Walaupun kami belum boleh mengiktiraf semua produk ikan keli kita adalah KELI ORGANIK, tetapi memadailah kita mempunyai jalan keluar kepada masalah utama ini.

Kami menasihatkan kepada penternak-penternak bumiputera yang mempunyai kurang dari 50 kolam agar meneroka sendiri pasaran ke kedai-kedai makanan orang kita yang memang inginkan ikan-ikan keli kita kerana lebih sedap dari ikan keli dari pasar borong. Dan yang pentingnya kita boleh menjual pada kadar harga dari RM4.50 ke RM5.00 sekg.

Bagi usahawan-usahawan penternak ikan keli secara komersil, adalah penting utk mereka mendapatkan dahulu pembeli-pembeli ikan keli samada untuk diesksport, diproses atau dihantar ke kilang-kilang Keli Sardin dan Keli Smoke atau kilang-kilang industri hiliran berasaskan ikan.

Yang paling penting untuk semua usahawan-usahawan penternak ikan keli, ingatlah pesanan jujur ini dari kami:

DON’T COMPETE: LETS COMPLETE EACH OTHER!

Kami akan huraikan maksud perkataan ini di posting yang lain. Selamat menternak. Salam akhir Ramadhan dan SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI kepada semua pelanggan-pelanggan dan sahabat-sahabat kami dan pohon ampun dan maaf ke atas segala kesilapan, ketelanjuran atau kebiadapan semasa kita berhubungan di dunia perniagaan ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua.

p.s. Kursus Penternakan Asas Ikan Keli Di Negeri Sarawak Boleh Di Ikuti Melalui Syarikat Ainul Agro Based. Untuk Maklumat lanjut sila layari blog www.ratukeli.com Read More..

Penyakit Ikan Keli dan Kaedah Rawatan

Label:

Secara umum terdapat dua jenis penyakit yang menyerang ikan keli iaitu dikenali dengan istilah endotern dan eksotern. Penyakit yang menyerang bahagian dalaman tubuh seperti jantung,hati atau usus dikenali dengan istilah endotern. Manakala,penyakit yang menyerang bahagian luar tubuh ikan keli seperti sirip,dikenali sebagai eksotern.

Untuk mengelakkan ikan keli daripada mengalami penyakit yang tersebut diatas,beberapa langkah pencegahan berikut perlu diambil perhatian :

1. Sebelum pemeliharaan,kolam (tanah) perlu dikeringkan dan dikapurkan untuk membunuh kuman pembawa penyakit.

2. Kawasan kolam mesti dijaga,misalnya kualiti air yang baik.

3. Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang telah ditetapkan dimana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.

4. Proses pengumpulan dan pengambilan mesti dilakukan dengan baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalamai kecederaan.

5. Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.

6. Asingkan ikan yang berpenyakit daripada kolam agar tidak berlaku jangkitan keatas ikan lain

7. Tidak memasukkan tangan kedalam air takungan ikan (bagi mengelakkan pemindahan kuman dan bahan kimia dimasukkan dalam air) terutama bagi kaedah penternakan dalam PVC/Kanvas/Tangki

Gejala serangan penyakit dan langkah pencegahan:

Gejala Penyakit

Jenis penyakit

Langkah Pencegahan

1

Pendarahan pada kulit,hati,ginjal dan limpa. Terdapat kudis pada kulit

Bakteria - Psedomonas

Menjaga kualiti air. Jika terjadi,ikan keli direndam dalam larutan oxytetracyclin dengan dos 25-30 mg/kg ikan sehari. Ia dilakukan selama 7-10 hari secara berterusan

2

Warna ikan berubah menjadi gelap,kulit kasar dan terdapat pendarahan.Penafasan ikan terganggu,pergerakan lemah dan pendarahan pada hati,ginjal dan limpa

Bakteria – Aeromanas hydrophiladan

Menjaga kualiti air. Berikan suntikandengan terramycine 25-30 mg/kg ikan, 3 kali sehari. Makanan ikan juga dicampurkan dengan bahan yang sama sebanyak 50 mg/kh ikan sehari selama 7-10 hari. Selain itu, 100 mg/kg ikan sulphanamide digunakan sehari selama 3-4 hari

3

Hilang selera makan. Jangkitan pada kulit kepala,kulit bahagian belakang badan,insang,sirip dan bahagian lain.

Bakteria – Aeromanas punctata

Menjaga kualiti air. Ikan perlu direndam dengan copper sulfat sebanyak 1-200 ppm selama 1-20 minit.Perendaman dengan oxytetracyclin 10 mg/kg berat ikan dilakukan selama 30 minit

4

Pergerakan ikan sangat lemahdan selalu berada dipermukaan air. Terdapat bintik-bintik putih pada kulit,sirip dan insang.Ikan kelikelihatan seing menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras

Parasit – Bintik Putih

Ikan keli diletakkan pada air yang mengalir. Jumlah ikan yang ditebarkan perlu dikurangkan. Ia direndam di dalam larutan formalin sebanyak 25 ml/m³ air dan ditambah dengan 0.1 gram/ m³ Oxalate selama 12-24 jam.

5

Ikan keli semakin kurus. Terdapat parasit terlekat pada kulit,sirip dan insang dan bekasnya kelihatan kemerah-merahan

Parasit – Kutu ikan(argulus)

Pencegahan dilakukan dengan menyaring air yang dimasukkan ke dalam kolam. Ikan yang dijangkiti perlu direndam dengan larutan garam/NaCI 20 gram/liter (2%) selama 5 minit

6

Tubuh ikan berubah menjadi gelap. Kadang-kadang matanya bengkak. Terdapat pendarahan pada pangkal sirip bahagian dada. Terdapat juga benjolan pada badan ikan

Parasit – Edward Siella

Menjaga kualiti air. Pencegahan boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu dengan menggunakan sulphanamide sebanyak 100-200 mg/kg/hari diberikan sehingga hari keempat secara berterusan. Ikan keli yang dijangkiti perlu dibunuh segera dengan cara dibakar atau ditanam

7

Bintik-bintik putih merah-kemerahan kelihatan pada insang

Parasit – Myxoperansisi (myxobolus sp.)

Kolam dikeringkan dan kapur diletakkan dengan dos 200 gram/ m³ lalu dibiarkan selama 1-2 minggu. Air yang masuk harus disaring melalui penyaring pasir dan kerikil.

8

Ikan keli kelihatan besar tetapi sebenarnya kurus. Kulitnya gelap.Sirip kelihatan luruh daripada ekornya.Ikan keli akan selalu menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras.Penutup insangnya juga tidak normal.

Parasit – Cacing kecil pada kulit,sirip dan insang

Pelepasan ikan dikurangkan.Larutan formalin digunakan untuk perendaman sebanyak 250 ml/ m³ air selama 15 minit. Methylene Blue turut digunakan 3 gram/ m³untuk perendaman dalam tempoh 24 jam.

9

Terdapat garisan-garisan seperti benag bewarna putih keperangan pada badan ikan keli. Selalu menyerang pada bahagian kepala,penutup insang,sirip dan bahagian lain.

Parasit- Saprolegiasis

Menjaga kebersihan kolam dan kualiti air. Menjaga ikan keli daripada terluka akibat proses yang dijalankan.Jika dijangkiti ia boleh direndamka didalam Malachite Green Oxalate (MGO) sebanyak 3 gram/ m³ air elama 30 minit

Rujukan : penternakan ikan keli secara intensif,terbitan synergy media books


Read More..

Penternakan Ikan Keli - Jalan Keluar Dari Kemiskinan Tegar

Realiti atau Fantasi ?
 
Realiti penternakan ikan keli sebagai jalan keluar dari kemiskinan tegar mungkin dianggap sebagai Fantasi oleh segolongan masyarakat walhal alternatif itu mampu dilaksanakan. Melalui projek penternakan ikan keli yang diusahakan oleh Persatuan Usahawan Usahanita Bumiputera Sarawak (PUBS) dengan kerjasama Syarikat Ainul Agro Based, perkara ini bakal terlaksana. Sasaran utama adalah bagi mengeluarkan rakan-rakan usahawan bumiputera dari kategori kemiskinan tegar dengan usaha pembelian balik ikan keli yang diternak oleh ahlinya dengan harga tetap iaitu RM5.00 sekilo bagi ikan bersaiz 250 gram - 300 gram.
 
Melalui kaedah ini, ahli yang terlibat bakal mempunyai pendapatan purata dalam lingkungan RM1000 sebulan melalui penternakan 4000 ekor anak ikan keli dalam takungan kanvas/plastik/tangki. Syakait Ainul Agro Based membekalkan anak ikan keli dan memberikan khidmat nasihat penternakan kepada setiap ahlinya. Kaedah penternakan alternatif dengan kos yang minima turut diketengahkan bagi mengurangkan kos dan meningkatkan hasil jualan ahli PUBS. Melalui kaedah ini, setiap ahlinya mampu untuk berdikari selepas 1 - 2 kali tuaian.
 
Bagi mengetahui kaedah penternakan ikan keli dan peranan Syarikat Ainul Agro Based dalam usaha ini, maklumat lanjut boleh diperoleh di laman www.ratukeli.com atau menghubungi En Bollhassan Abdul Latip (012-8801565) atau En Nazri Bollhassan (012-8896321)
 
 
Read More..

Kedah Rancang Komersialkan Ternakan Ikan Keli

Label:

dipetik dari Bernama.com
--------------------------------------------------------------------------------
Am 26 Julai, 2008 16:01 PM
Kedah Rancang Komersialkan Ternakan Ikan Keli

ALOR STAR, 26 Julai (Bernama) -- Kedah merancang untuk mengkomersialkan ternakan ikan keli ke pasaran luar negara khususnya negara Timur Tengah pada penghujung tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata kerajaan negeri mempelawa syarikat tempatan yang berminat memasarkan ikan keli secara hidup atau ditinkan yang sehingga kini mendapat permintaan tinggi di Turki.

Selain menjana ekonomi negeri, beliau berkata ternakan itu juga mampu menjana pendapatan isi rumah kerana kos menternak ikan keli adalah murah dan mudah.

"Sesiapapun boleh bela ikan keli sebab ikan ni senang nak jaga, lagipun ternak ikan ni tak perlu bajet yang banyak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan ke-28 Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Kedah di sini hari Sabtu.

Katanya kerajaan sentiasa memberi galakan supaya rakyat Kedah menternak ikan keli di rumah agar mereka boleh menjadi pembekal kepada syarikat yang akan mengkomersialkan ikan itu.

Azizan berkata kerajaan negeri melalui Agro Kedah dan kerjasama syarikat korporat yang lain akan berusaha mempelbagaikan resepi masakan ikan itu untuk diperkenalkan ke luar negara.

Katanya dengan projek yang bakal dilakukan, tidak mustahil satu hari nanti sardin ikan keli dari Kedah akan digunakan oleh Tabung Haji untuk dijadikan makanan rakyat Malaysia yang menunaikan umrah atau haji.

Sementara itu, beliau berkata Kedah sedang mengusahakan projek mega ternakan ikan patin di Tasik Pedu, Kuala Nerang yang menelan perbelanjaan RM15 juta dan pelabur dari Amerika Syarikat telahpun menunjukkan minat.

-- BERNAMA Read More..

Gambar Sepanjang Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi 3/2008

Label:

Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi 3/2008 Telah Selesai Disempurnakan Pada 18 Oktober 2008.




Read More..

Ternakan Ikan Keli Kanvas, Peluang Baru Yang Perlu Diterokai.

Label:

Dipetik daripada : http://usahawantani-kelantan.blogspot.com

Pertanian
Monday, March 12, 2007
Ternakan Ikan Keli Kanvas, Peluang Baru Yang Perlu Diterokai.

Maaf diatas kelewatan menghantar maklumat mengenai kertas kerja seminar(Contoh KERTAS KERJA PROJEK IKAN KELI ada dimasukkan dalam ruangan download kertas kerja) dan info mengenai ikan keli. Berikut adalah beberapa note ringkas berkaitan ikan ternakan ikan keli kanvas.


Jika ada sesiapa yang berminat ingin mengusahan projek ternakan ikan keli ini saya cadangan agar mengikuti kursus singkat (2 hari,hujung minggu) di Pusat Ternakan Ikan Air Tawar, Machang.


Banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh dapati. Terutamnya cara ingin menghasilkan anak ikan keli, buat makanan, binaan kanvas dll secara sendiri (sudah pasti ia dapat menjimatkan kos projek kan) dan secara tak langsung ia dapat meningkatkan margin keuntungan projek.


Harap note diatas dapat membantu kepada semua yang berminat dalam sektor perikanan.

* Utk melihat dengan lebih jelas, kena 'double clik' di gambar tersebut. TQ


Maklumat berkaitan Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas

Kandungan Omega 3 terdapat dalam ikan keli, biasanya minyak ini
hanya terdapat dalam ikan di laut dalam.


Di Kelantan ada satu syarikat buat sardin keli.
Kepada sesiapa yang hendak mengetahui tentang ternakan ikan keli ni boleh berhubung terus dengan satu syarikat ni .

PENDAPAT PERIBADI SAYA TTG PROJEK INI:

Salam,

Shbt2 peminat dan penternak ikan keli:

ada berberapa perkara yang saya ingin bangkitkan sebagai renungan dan pandangan saya diatas pertanyaan dan pendapat shbt2;

ada berberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum anda semua ternak ikan keli dalam kanvas:

1. kesesuai habitat keli - yg suka duk dalam lumpur.

- andaikata dibela juga dalam kanvas, ia memang boleh. tapi akhirnya ia akan menyebabkan ikan keli tersebut menjadi lebih kecil dan lambat membesar(lambat membesar dikira kos... kerana kena bagi makan-dedak), yg besar menjadi dominan dan yang keli kecil menjadi kelompok minoriti dalam kanvas yang kecil akhirnya mati!

2. kos makanan yang tinggi,

- bila guna kanvas, tiada jalan lain nak kena bagi makan kecuali makan dedak. kerana jika bagi perut ayam or agro waste yang lain, menyebabkan kolam menjadi busuk, berpenyakit dan menyebabkan kos tinggi untuk menyalin air kanvas(air mahal skrg ni - kec. gali telaga sendiri - tapi elektrin pula) setiap kali bagi mknn mcm diatas.

- kesudahannya, shbt2 semua tetap kena bagi dedak. harga dedak ikan skrg cukup2 tinggi? mampukah kita semua nak tampung kos makanan tersebut, yg akhirnya akan mengurangkan margin keuntungan yang patut kita terima setiap bulan?


3. kos kanvas yang mahal - rm1200-1500 per unit--- ini jika di KB, jika ditempat lain. saya pasti harganya lebih mahal.

1 buah kanvas mampu menampung paling maksimum 700 ekor ikan keli. agak2nya brapa kanvaskah yang mampu tingkatkan produktiviti dan penggunaan sumber secara efisyen?
20 buah utk skala komersil biasanya.

20 buah x 1500=rm30,000 untuk kanvas shja sdr sudah belanjakan. ia tidak termasuk dgn kos paip, enjin air, jaring, promosi, kenderaan-minyak, upah pekerja dll.

last2 skali siapa yang untung agaknya??

penjual dedak
penjual benih ikan keli
penjual kanvas
penjual batang paip
penjual enjin air

shbt2 semua mcmn?

makin hari makin cerut perut sebab modal kena keluar makin besar, sebab kena tanggng kos makanan yang makin hari makin meningkat. kos makanan merupakan kos operasi terbesar dalam projek ikan keli kanvas(selain dari kos tetap spt kanvas dll)

bila nak jual, tiada permintaan dan tiada pemborong nak beli? sebab apa?

mereka nak beli semua barang dgn harga murah. andaikata shbt2 jual dgn harga mahal(sebab kena tanggung kos operasi yg tinggi), sudah pasti mereka tidak akan membelinya daripada shbt2.

cadangan saya;

1. teknologi ini baik hanya untuk pengusaha kawasan bandar yg tiada kawasan atau tanah untuk dibuat kolam sahaja. andaikata ingin buat, kena buat secara komersil, baru dapat meningkatkan produktiviti.

2. guna sistem kolam tanah scra sistematik- tgk balik apakah kelemahan sistem kolam? adakah ia lebih baik atau sebaliknya?.

bagi saya ia adalah lebih baik dari sistem keli kanvas yang diperkenalkan sekarang. kerana ia lebih menjimatkan dan 'mesra rakyat';

- bina 1 kolam yg boleh memuatkan 30,000 ekor keli hanya perlu upah orang gali dalam rm1500 shaja/2day. tambah rm500 lagi untuk jaring dan itu sahaja. berbanding dgn kos RM1,200 hanya untuk 1 kanvas sahaja yg memuatkan maksimum 700 ekor shja? mana lebih jimat?

- kos makanan? murah dan menjimatkan, cuma ambil FREE perut2 ayam, ikan lebih, nasi2 lebih dsbnya dan bagi ikan2 keli anda makan... semuanya adalah percuma dan boleh diperolehi dgn mudah. boleh dikatakan anda tidak perlu mengeluarkan langsung untuk kos makanan, kalo keluar pun hanya untuk minyak dan beli sikit dgn harga yg cukup2 murah.

- tiada kos untuk UTILITI - air, elektrik, mesin pam, tangki, dll.

- ikan keli cepat membesar, sesuai dgn habitatnya dan lebih mesra alam - kitar semula hasil pertanian.

3. andaikata nak usaha juga projek ini, sdr2 kena fikirkan teknologi untuk mengetinkan ikan keli, jadi IKAN KELI SARDIN dan lawan sardin cap ayam dsbnya. jual dgn harga yg kompetetif dan masuki pasaran halal. ia secara langsung dapat menjimatkan kos bg ikan makan, kerana selepas 40 hari... ikan keli sudah cukup besar dan makan BANYAK.

4. cuba lihat prospek jual anak keli - kosnya lagi murah dan menguntungkan. harga pasaran tahun lepas, rm0.20 seekor bagi seekor anak keli yang saiznya cuma 2cm. mcmn? menarik bukan?

5.kena wujud rantaian makanan semua penternak ikan keli di Malaysia... dari

- buat Dedak - benih - kolam - pemborong -restoran/hotel-pemasaran dan akhirnyta kepada pengguna.

barulah dapat untung banyak dan dapat kurangkan kos.

harap dapat membantu sahabt2 semua, padangan saya ini hanya berbentuk cadangan dan bukan niat saya untuk mengkritik mana2 pihak.

hanya skdr padangan untuk meneutralkan kegelojohan kita semua. bagi saya, shbt2 semua kena teliti dan analisis sebaik mungkin semua aspek mana2 projek yg sdra ingin jalankan. supaya ia bedaya saing dan menguntungkan semua pihak.

jangan buat hanya semata2 disebabkan trend. kerana sejarah sudah membuktikan. ayam serama sudah hilang warna, ikan flower horn sudah karam dilautannya, arnab entah kemana dan banyak lagi projek2 baru diperkenalkan sudah tengelam dll.

buatlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga anda, masyarakat dan negara. perhatikan betul2... kerana anak2 anda sedang menanti 'rezeki' datang dari anda.


all the best! harap pandangan ini dapat membantu.

buatlah solat istiqharah dulu sebelum buat pilihan, insyaAllah Allah bersama-mu. sy sentiasa mendoakan kejayaan shbt2 saya :)

syam ghaz.

Labels: Ikan Keli


posted by ShamGz _ Nimz at 5:18 PM Read More..

KURSUS ASAS PENTERNAKAN IKAN KELI SARAWAK

Label:

Sesi 3 dan 4 Kursus Asas Penternakan IKan KEli di Negeri Sarawak akan diadakan pada

Tarikh : 18 Oktober 2008 (Sesi 3)
Tarikh : 25 Oktober 2008 (sesi 4)

Tempat : Lot 961, Jalan Tan Sri Abg Ikhwan, Kpg Semerah Padi, Petra Jaya Kuching

Jumlah Peserta untuk setiap sesi 20 orang

Yuran Penyertaan : RM115.00 bagi ahli PUBS

Keterangan lanjut Hubungi : En Bollhassan : 012-8801565
En Nazri : 012-8896321 Read More..

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Powered by  MyPagerank.Net