Makluman Terkini !!!
Nasihat Kepada Penternak Ikan Keli
Beberapa bulan kebelakangan ini, merupakan bulan-bulan yang amat mencabar...
Kebanyakkan usahawan penternak bermula dari ‘zero’ dan terburu-buru memulakan penternakan tanpa mendapatkan ilmu yang betul dari penternak-penternak yang telah berjaya. Ramai juga yang telah mengambil nasihat atau tunjuk ajar dari mereka yang juga tidak mahir atau berlandaskan ‘cakap-cakap’ kosong tanpa bukti kukuh.
Anda harus mensasarkan target usaha anda. Anda mesti tahu di mana kedudukan anda samada anda adalah usahawan penternakan ikan keli secara komersil ataupun sekadar usahawan baru bermula atau ‘main-main’ (suka-suka cuba)
Dan yang paling penting adalah pasaran. Inilah faktor yang menyebabkan ramai usahawan penternak baru mengalami keadaan ‘patah jiwa’ kerana menyangkakan dengan sekali usaha (harvest) anda akan terus jadi JUTAWAN IKAN KELI!
Ada baiknya anda membaca keseluruhan artikel dari blog tersebut. Anda boleh melayari blog tersebut di : http://sendikota.wordpress.com/2008/09/22/nasihat-dan-panduan-kepada-usahawan-penternakan-ikan-kel/
Selasa, Mei 18, 2010 | 0 Comments
50 kg Ikan Keli pun tak mencukupi...
Sekali lagi agak terkasima kerana walau hanya 50kg Ikan Keli diminta (di order) dan yang dapat diberikan oleh penternak hanya ikan keli yang bercampur beratnya dan masih ada yang kurang 250 gram se-ekor..
Nah, dimana perginya berita yang pasaran ikan keli sudah tiada???
Sekarang, bila diminta cuma 50 kg sahaja, tidak mencukupi dan tidak memenuhi klasifikasi standard pasaran.
Rupanya pasaran ikan keli ada, tapi masih "malu" agaknya....
Bagi yang mempunyai ikan keli yang memenuhi standard kami sila maklumkan agari bila diperlukan mudah kami menghubungi anda untuk membeli....
emailkan ke admin@ratukeli.com untuk memaklumkan stok yang anda ada...
Read More..
Isnin, Mei 03, 2010 | 0 Comments
Admin Ratukeli di Facebook
Telah menjadi trend terkini, perniagaan adalah berteraskan jalinan perkenalan dan saling berkongsi maklumat.
Rabu, Mac 10, 2010 | 0 Comments
Penemuan : Isi Keli Lebih Putih....
Kebelakangan ini, kami lebih banyak membeli daripada menternak ikan keli. Sekarang, kami lebih memberi tumpuan menjadikan ikan keli sebagai produk hiliran seperti keropok lekor, fillet dan lain-lain..sebab tu laah, kebanyakan ikan kami beli terutama dari penternak yang sebelum ini telah membeli anak ikan dan baja makanan daripada pihak kami.
Apabila telah mula memproses produk hiliran sebegini, kami dapati ada perbezaan diantara ikan yang cukup tempoh matang berbanding dengan yang terlampau lambat membesar.
Ikan yang bersaiz 200 gram - 300 gram dalam tempoh 3-4 bulan lebih putih isi nya berbanding dengan ikan bersaiz yang sama tetapi diternak dalam tempoh yang agak panjang. Isi ikan yang jauh lebih tua berbanding beratnya lebih kemerahan. Pemerhatian ini merupakan pemerhatian awal kami setelah membeli ikan daripada penternak di sekitar Kuching - Simunjan. Bagi ikan yang membesar dalam tempohnya (3 - 4 bulan), isinya ketara lebih putih dan lebih sesuai untuk dibuat fillet dan keropok.
Namun begitu, seperti yang dinyatakan tadi ,ini merupakan pemerhatian awal. Mungkin ada faktor lain..anyway, will update you after we done some interview...
Jika anda ada info yang boleh dikongsi bersama, anda adalah amat dialu-alukan....
Read More..
Sabtu, Februari 13, 2010 | 0 Comments
KURSUS ASAS PEMBENIHAN IKAN KELI KE-2
KURSUS ASAS PEMBENIHAN IKAN KELI KALI KE-2 AKAN DIADAKAN PADA
TARIKH : 20-21 FEBRUARI 2010
MASA : 9.00 pagi - 6.00 petang
TEMPAT :
TEORI : PEJABAT URUSAN AINUL AGROBASED SDN BHD
PRAKTIKAL :PUSAT JUALAN & TERNAKAN (SEMERAH PADI)
JUMLAH PESERTA : 20 ORANG SAHAJA
YURAN KURSUS : RM330.00
SILA HUBUNGI BOLLHASSAN 012-8801565, NAZRI 012-8896321, HUSNUL 019-8240091 ATAU SMS : KURSUS PEMBENIHAN
SILA HUBUNGI KAMI SEGERA.....SIAPA CEPAT DIA DAPAT.....
Read More..
Ahad, Februari 07, 2010 | 0 Comments
Aroma - Lekor Special
Ahad, Januari 10, 2010 | 0 Comments
Syukur...Keropok Lekor Kini Telah Dihasilkan selama 1 bln
Jumaat, Januari 08, 2010 | 0 Comments
Kursus Ternakan Ikan Keli 2010
Khamis, Januari 07, 2010 | 0 Comments