Makluman Terkini !!!
Penemuan : Isi Keli Lebih Putih....
Kebelakangan ini, kami lebih banyak membeli daripada menternak ikan keli. Sekarang, kami lebih memberi tumpuan menjadikan ikan keli sebagai produk hiliran seperti keropok lekor, fillet dan lain-lain..sebab tu laah, kebanyakan ikan kami beli terutama dari penternak yang sebelum ini telah membeli anak ikan dan baja makanan daripada pihak kami.
Apabila telah mula memproses produk hiliran sebegini, kami dapati ada perbezaan diantara ikan yang cukup tempoh matang berbanding dengan yang terlampau lambat membesar.
Ikan yang bersaiz 200 gram - 300 gram dalam tempoh 3-4 bulan lebih putih isi nya berbanding dengan ikan bersaiz yang sama tetapi diternak dalam tempoh yang agak panjang. Isi ikan yang jauh lebih tua berbanding beratnya lebih kemerahan. Pemerhatian ini merupakan pemerhatian awal kami setelah membeli ikan daripada penternak di sekitar Kuching - Simunjan. Bagi ikan yang membesar dalam tempohnya (3 - 4 bulan), isinya ketara lebih putih dan lebih sesuai untuk dibuat fillet dan keropok.
Namun begitu, seperti yang dinyatakan tadi ,ini merupakan pemerhatian awal. Mungkin ada faktor lain..anyway, will update you after we done some interview...
Jika anda ada info yang boleh dikongsi bersama, anda adalah amat dialu-alukan....
0 ulasan: