Masukkan Email Untuk Update Terkini Dari Ratu KeLi:

Delivered by FeedBurner

Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1)

Makluman Terkini !!!

Perluang Perniagaan KEROPOK LEKOR jenama "AROMA" : Lekor Special KEROPOK LEKOR Keluaran Ainul Agrobased....hubungi kami...untuk info dan peluang niaga...

Panduan Ternakan Keli 2 : Antara Kolam & Ikan, mana lebih penting?

Readmore »»
Label:

Selamat bertemu sekali lagi...

Moga Panduan Ternakan Keli 1 yang saya tulis beberapa hari lepas dapat membuka minda anda....

Sekarang ada persoalan yang perlu dimainkan diminda....Antara Kolam & Ikan, mana satu yang penting ? Kolam nya kah.... atau.... Ikan keli nya kah......?????

Kalau diamati kembali dan dikenang-kenang kembali perbualan dengan banyak bakal penternak mahupun penternak yang pernah ditemui, banyak yang lebih merisaukan tentang kolam dan bukannya ikan. Perkara ini lebih ketara kepada bakal penternak yang mencari-cari ilmu dan cara menternak dari mana-mana sumber dan orang yang mereka temui.

Kolam lebih diutama berbanding ikan. Perkara ini lebih ketara dipasaran sekarang lebih-lebih lagi apabila banyak pakej-pakej ternakan ditawarkan. Kesannya, ada yang menyatakan sistem ternakan ini lebih baik, itu kurang elok..Guna kanvas lebih baik, guna kolam simen ikan sejuk...dan macam-macam lagi sehinggakan cerita tentang ikan tidak penting, tetapi cerita kolam dan sistem lebih penting...

Persoalan sekarang adalah ...adakah kita ternak kolam atau kita ternak ikan?????

Ikan keli habitat semulajadinya dalam kolam tanah, sungai, bendang padi, dilopak air atau mana-mana tempat takungan air ....kecuali air terlampau masin....Jadi kenapa perlu soal, kolam mana sesuai, pakej kolam mana lebih bagus...

Jarang benar kedengaran persoalan, "bagaimana hendak mempastikan ikan hidup dan cepat membesar seperti yang dimaklumkan lebih kurang 3 bulan boleh dijual"...Yang selalu didengar, "ok kah ikan dipelihara dalam kolam simen"..."apa jenis kolam yang dipakai"...bagaimana nak buat kolam?...

Persoalan yang kerap didengar seolah-olah macam kolam lebih penting daripada ikan. Memang tidak dinafikan, kolam memainkan peranan dalam mencapai matlamat memelihara ikan keli, tetapi yang merisaukan adalah faktor kolam terlampau dominan sehinggakan pembinaan kolam menjadi batu penghalang bagi tujuan asal memelihara ikan keli. Sepatutnya, penekanan dan persoalan puncak berkisar kepada bagaimana memelihara ikan keli agar hidup dan cepat membesar (tanpa dilupa KeHALALAN ikan keli).

Memandangkan ikan keli adalah ikan yang tahan lasak maka kolam ternakan bukan faktor utama kejayaan ternakan. Waima, plastik lutsinar seperti plastik tempat balutan buku sekolah pun boleh dijadikan kolam ternakan. Inikan pula kalau ada kanvas BIRU OREN dijadikan sebagai kolam, maka ianya lebih tahan lama.

Disini yang kita cuba tekankan adalah IKAN lebih penting berbanding jenis KOLAM. BerFikir tentang bagaimana mempastikan berapa banyak ikan boleh dibeli dan bagaimana mempastikan peratus tinggi jumlah ikan keli boleh hidup adalah kunci kejayaan dan bukannya dengan mengeluarkan MODAL yang amat besar dengan membuat kolam. Ini lah yang menyebabkan ada sesetengah bakal penternak gagal. Ini kerana duit beribu ringgit diguna hanya untuk membuat kolam, akhirnya duit untuk membeli ikan dan makanan ikan tidak difikirkan...

Sampai bertemu lagi...selamat menternak...

http://blog.RATUKELI.com



0 ulasan:

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Powered by  MyPagerank.Net