Makluman Terkini !!!
Panduan Ternakan Keli 1 : Jika ada duit RM50, ternak cara RM50
Salam hormat...
Seperti yang dijanjikan, kami akan memberikan panduan secara berkala terutama kepada penternak baru mahupun penternak berpengalaman agar dapat di tambah pengetahuan dan dikongsi bersama. Anda bebas untuk memberi komen dan pandangan jika anda ada kelapangan agar dapat dikongsi bersama..
Perkara pertama yang wajib di di fikirkan terlebih dahulu sebelum menternak adalah berkenaan dengan modal. Kenapa modal ?
Acapkali diwar-warkan dan di dengar bahawa ternakan ikan keli ini kos nya besar, perlu guna kanvas kerana kanvas lebih bagus dan berkualiti, ada yang kata perlu ada sistem pengudaraan, ada pula yang kata perlu guna tangki konkrit dan lain-lain. Secara kesimpulannya, yang dikata orang adalah menternak ikan keli perlukan modal yang besar jika mahu berjaya atau jika mahu menternak. Itu kata orang!!!
Pada hakikat sebenar adalah kita menternak ikan keli, iaitu ikan yang terbiar dan hidup di alam yang tidak mewah seperti dalam parit, longkang, di sawah padi dan dikawasan air bertakung yang lain...jadi kenapa perlua modal yang besar seperti yang sering kita dengar???
Hakikat sebenar adalah untuk menternak ikan keli, modal yang perlu adalah apa yang ada ditangan. Jika ada RM50, maka ternak cara RM50. Bagaimana ???boleh ker??? Berdasarkan apa yang telah kami lakukan dan diikuti oleh kebanyakan penternak yang berhubung dengan kami, kolam ikan keli boleh dibina dengan modal serendah RM8.00 sahaja untuk satu kolam. Selebihnya untuk membeli anak ikan dan makanan ikan.
Bagaimana ? Untuk kolam ikan, belilah plastik yang kebiasaan digunakan untuk pembinaan. Kebiasaan di Kuching, ianya berharga RM8.00 se-kilo. Dan kebiasaan 1 se-kilo panjangnya 10 kaki dengan lebar 8 kaki. Boleh ker? Tahan ker? Berdasarkan pengalaman penternak yang berjaya menternak dengan kaedah tersebut, ianya tidak mendatangkan masalah kerana ikan boleh membesar sehingga saiz 200-250 gram dengan hanya dalam plastik ini. Rangka untuk kolam pula binalah dengan kayu terbuang atau apa sahaja yang dapat menjadikan plastik tersebut dapat menakung air. Kan kah dapat jimatkan kos...
Itu yang dikatakan jika cuma ada modal serendah RM50, maka ternaklah dengan cara RM50. Lainlah jika anda bermodal lebih besar misalnya RM200, anda bolehlah memikirkan untuk membeli kanvas (nipis atau tebal terpulang kepada modal anda) dan jadikan sebagai tempat takungan air..Ya, jadikan tempat takungan air...apabila dimaksudkan tempat takungan air, ianya boleh berbentuk bermacam-macam dan tak perlulah SKEMA sangat nak jadikan ia berbentuk segi empat sahaja. Jika ada modal lebih besar lagi, terpulanglah kepada anda jika hendak guna tong PVC atau tangki konkrit...tetapi yang penting dapat menangkung air dan KOS RENDAH sebab kita nak ternak ikan keli bukan nak beri kediaman mewah kepada ikan keli...hehe..
Selebihnya, gunakan duit yang ada untuk membeli anak ikan dan makanan untuk anak ikan...dan tak lupa beli anti klorin jika anda menggunakan air paip...
Sampai jumpa laigi untuk panduan seterusnya...INGAT, jika ada duit RM50, so ternak cara RM50...tak perlu diikut orang lain yang berbelanja besar...sebab yang penting ikan boleh berenang dan hidup dalam air....
Jika kami telah berjaya dengan cara ini, anda pun boleh...kecualilah anda tak nak....SAMPAI JUMPA LAGI...
0 ulasan: