Makluman Terkini !!!
Panduan Ternakan Keli 2 : Antara Kolam & Ikan, mana lebih penting?
Moga Panduan Ternakan Keli 1 yang saya tulis beberapa hari lepas dapat membuka minda anda....
Sekarang ada persoalan yang perlu dimainkan diminda....Antara Kolam & Ikan, mana satu yang penting ? Kolam nya kah.... atau.... Ikan keli nya kah......?????
Kalau diamati kembali dan dikenang-kenang kembali perbualan dengan banyak bakal penternak mahupun penternak yang pernah ditemui, banyak yang lebih merisaukan tentang kolam dan bukannya ikan. Perkara ini lebih ketara kepada bakal penternak yang mencari-cari ilmu dan cara menternak dari mana-mana sumber dan orang yang mereka temui.
Kolam lebih diutama berbanding ikan. Perkara ini lebih ketara dipasaran sekarang lebih-lebih lagi apabila banyak pakej-pakej ternakan ditawarkan. Kesannya, ada yang menyatakan sistem ternakan ini lebih baik, itu kurang elok..Guna kanvas lebih baik, guna kolam simen ikan sejuk...dan macam-macam lagi sehinggakan cerita tentang ikan tidak penting, tetapi cerita kolam dan sistem lebih penting...
Persoalan sekarang adalah ...adakah kita ternak kolam atau kita ternak ikan?????
Ikan keli habitat semulajadinya dalam kolam tanah, sungai, bendang padi, dilopak air atau mana-mana tempat takungan air ....kecuali air terlampau masin....Jadi kenapa perlu soal, kolam mana sesuai, pakej kolam mana lebih bagus...
Jarang benar kedengaran persoalan, "bagaimana hendak mempastikan ikan hidup dan cepat membesar seperti yang dimaklumkan lebih kurang 3 bulan boleh dijual"...Yang selalu didengar, "ok kah ikan dipelihara dalam kolam simen"..."apa jenis kolam yang dipakai"...bagaimana nak buat kolam?...
Persoalan yang kerap didengar seolah-olah macam kolam lebih penting daripada ikan. Memang tidak dinafikan, kolam memainkan peranan dalam mencapai matlamat memelihara ikan keli, tetapi yang merisaukan adalah faktor kolam terlampau dominan sehinggakan pembinaan kolam menjadi batu penghalang bagi tujuan asal memelihara ikan keli. Sepatutnya, penekanan dan persoalan puncak berkisar kepada bagaimana memelihara ikan keli agar hidup dan cepat membesar (tanpa dilupa KeHALALAN ikan keli).
Memandangkan ikan keli adalah ikan yang tahan lasak maka kolam ternakan bukan faktor utama kejayaan ternakan. Waima, plastik lutsinar seperti plastik tempat balutan buku sekolah pun boleh dijadikan kolam ternakan. Inikan pula kalau ada kanvas BIRU OREN dijadikan sebagai kolam, maka ianya lebih tahan lama.
Disini yang kita cuba tekankan adalah IKAN lebih penting berbanding jenis KOLAM. BerFikir tentang bagaimana mempastikan berapa banyak ikan boleh dibeli dan bagaimana mempastikan peratus tinggi jumlah ikan keli boleh hidup adalah kunci kejayaan dan bukannya dengan mengeluarkan MODAL yang amat besar dengan membuat kolam. Ini lah yang menyebabkan ada sesetengah bakal penternak gagal. Ini kerana duit beribu ringgit diguna hanya untuk membuat kolam, akhirnya duit untuk membeli ikan dan makanan ikan tidak difikirkan...
Sampai bertemu lagi...selamat menternak...
http://blog.RATUKELI.com
Selasa, Oktober 27, 2009 | 0 Comments
Hari Terakhir Di Karnival Jualan Mega
Hari ini merupakan hari ke-3 dan terakhir di sini.
RESPON DAN JUALAN ANAK IKAN DAN IKAN DEWASA AMAT BAGUS SEKALI.
Datanglah ke booth kami di No 10, perkarangan Plaza Astana.
Ahad, Oktober 25, 2009 | 0 Comments
Temui Kami Di Karnival Jualan MEGA di perkarangan PLAZA ISTANA
Di Karnival Jualan MEGA kali ini kami menawarkan harga menarik untuk barangan keperluan ternakan ikan keli disamping diskaun untuk kursus asas ternakan siri 28 pada 31 Oktober 2009.
TEMUI ANDA DI PERKARANGAN PLAZA ISTANA, JALAN ASTANA,KUCHING SARAWAK
Sabtu, Oktober 24, 2009 | 0 Comments
Panduan Ternakan Keli 1 : Jika ada duit RM50, ternak cara RM50
Salam hormat...
Seperti yang dijanjikan, kami akan memberikan panduan secara berkala terutama kepada penternak baru mahupun penternak berpengalaman agar dapat di tambah pengetahuan dan dikongsi bersama. Anda bebas untuk memberi komen dan pandangan jika anda ada kelapangan agar dapat dikongsi bersama..
Perkara pertama yang wajib di di fikirkan terlebih dahulu sebelum menternak adalah berkenaan dengan modal. Kenapa modal ?
Acapkali diwar-warkan dan di dengar bahawa ternakan ikan keli ini kos nya besar, perlu guna kanvas kerana kanvas lebih bagus dan berkualiti, ada yang kata perlu ada sistem pengudaraan, ada pula yang kata perlu guna tangki konkrit dan lain-lain. Secara kesimpulannya, yang dikata orang adalah menternak ikan keli perlukan modal yang besar jika mahu berjaya atau jika mahu menternak. Itu kata orang!!!
Pada hakikat sebenar adalah kita menternak ikan keli, iaitu ikan yang terbiar dan hidup di alam yang tidak mewah seperti dalam parit, longkang, di sawah padi dan dikawasan air bertakung yang lain...jadi kenapa perlua modal yang besar seperti yang sering kita dengar???
Hakikat sebenar adalah untuk menternak ikan keli, modal yang perlu adalah apa yang ada ditangan. Jika ada RM50, maka ternak cara RM50. Bagaimana ???boleh ker??? Berdasarkan apa yang telah kami lakukan dan diikuti oleh kebanyakan penternak yang berhubung dengan kami, kolam ikan keli boleh dibina dengan modal serendah RM8.00 sahaja untuk satu kolam. Selebihnya untuk membeli anak ikan dan makanan ikan.
Bagaimana ? Untuk kolam ikan, belilah plastik yang kebiasaan digunakan untuk pembinaan. Kebiasaan di Kuching, ianya berharga RM8.00 se-kilo. Dan kebiasaan 1 se-kilo panjangnya 10 kaki dengan lebar 8 kaki. Boleh ker? Tahan ker? Berdasarkan pengalaman penternak yang berjaya menternak dengan kaedah tersebut, ianya tidak mendatangkan masalah kerana ikan boleh membesar sehingga saiz 200-250 gram dengan hanya dalam plastik ini. Rangka untuk kolam pula binalah dengan kayu terbuang atau apa sahaja yang dapat menjadikan plastik tersebut dapat menakung air. Kan kah dapat jimatkan kos...
Itu yang dikatakan jika cuma ada modal serendah RM50, maka ternaklah dengan cara RM50. Lainlah jika anda bermodal lebih besar misalnya RM200, anda bolehlah memikirkan untuk membeli kanvas (nipis atau tebal terpulang kepada modal anda) dan jadikan sebagai tempat takungan air..Ya, jadikan tempat takungan air...apabila dimaksudkan tempat takungan air, ianya boleh berbentuk bermacam-macam dan tak perlulah SKEMA sangat nak jadikan ia berbentuk segi empat sahaja. Jika ada modal lebih besar lagi, terpulanglah kepada anda jika hendak guna tong PVC atau tangki konkrit...tetapi yang penting dapat menangkung air dan KOS RENDAH sebab kita nak ternak ikan keli bukan nak beri kediaman mewah kepada ikan keli...hehe..
Selebihnya, gunakan duit yang ada untuk membeli anak ikan dan makanan untuk anak ikan...dan tak lupa beli anti klorin jika anda menggunakan air paip...
Sampai jumpa laigi untuk panduan seterusnya...INGAT, jika ada duit RM50, so ternak cara RM50...tak perlu diikut orang lain yang berbelanja besar...sebab yang penting ikan boleh berenang dan hidup dalam air....
Jika kami telah berjaya dengan cara ini, anda pun boleh...kecualilah anda tak nak....SAMPAI JUMPA LAGI...
Read More..
Sabtu, Oktober 24, 2009 | 0 Comments
Booth RATUKELI Di PLAZA ASTANA, Kuching
Makluman...
Pihak kami akan mulai membuka booth di hadapan Plaza Astana, Kuching... mulai esok 23-25 Oktober 2009.
Anda boleh mendapatkan bekalan anak ikan keli dan bekalan baja makanan ikan keli HALAL di sana dengan harga istimewa...
Bagi yang belum mengikuti kursus, peluang untuk anda menghadiri kursus pada harga diskaun di berikan.
Datanglah beramai-ramai ke booth kami...
Read More..
Jumaat, Oktober 23, 2009 | 0 Comments
KURSUS ASAS TERNAKAN SIRI 28 DITUNDA
Jumaat, Oktober 23, 2009 | 0 Comments
kursus asas ternakan
Kami ingin memohon maaf diatas perkara berikut.
Jika anda berminat untuk mengikuti kursus ini anda boleh menghubungi kami
Kursus bertempat di Pejabat Urusan Ainul Agrobased bermula pada jam 8 pagi.
Bagi yang berminat, anda boleh mula untuk mengisi borang permohonan ONLINE mulai sekarang DAFTAR KURSUS. Bagi mengenalpasti lokasi kursus, sila Klik LOKASI KAMI
DISKAUN RM50 akan diberikan kepada PELAJAR IPT dan PESARA KERAJAAN diberikan bagi Kursus Siri-28 kali ini...Sila bawa kad pelajar/kad pesara anda semasa mendaftar...
Khamis, Oktober 15, 2009 | 0 Comments
Panduan Ternakan
Mulai Oktober 2009, Panduan Ternakan ikan keli secara Simple & Step-t0-Step akan disiarkan dilaman blog ini setiap minggu bagi merancakkan lagi minat dan bagi memberikan maklumat berguna kepada pembaca laman blog ini.
Panduan 1 akan disiarkan pada 07 Oktober 2009 dan panduan seterusnya akan disusuli setiap isnin, insyaAllah...
Anda digalakkan untuk berinteraksi dengan memberikan komen pada setiap panduan yang diberikan agar pihak kami dan rakan-rakan lain di internet yang mempunyai input lebih bagus dapat memberikan respons dan tunjuk ajar.
Moga panduan yang bakal dilancarkan kelak dapat membantu semua penternak baru mahupun yang sedia ada telah menternak...
Read More..
Isnin, Oktober 05, 2009 | 0 Comments
KURSUS ASAS TERNAKAN
Bagi yang berminat, anda boleh mula untuk mengisi borang permohonan ONLINE mulai sekarang DAFTAR KURSUS. Bagi mengenalpasti lokasi kursus, sila Klik LOKASI KAMI
DISKAUN RM50 akan diberikan kepada PELAJAR IPT dan PESARA KERAJAAN diberikan bagi Kursus Siri-28 kali ini...Sila bawa kad pelajar/kad pesara anda semasa mendaftar...
Ahad, Oktober 04, 2009 | 0 Comments