Blog ini merupakan koleksi info yang diperoleh dari pelbagai web & blog bagi memudahkan pengusaha ikan keli mendapatkan info secara terus. Kredit harus diberikan kepada web & blog yang terlibat.
Disamping itu juga, pihak kami berusaha mendapatkan maklumat dari luar internet untuk dikongsi bersama bagi meningkatkan kefahaman penternak ikan keli khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam industri ini.
Moga blog ini dapat menjadi sumber informasi berguna untuk penternak dan peminat ikan keli.
Selain itu juga, blog ini merupakan penghubung perniagaan khusus kepada para penternak dan petani yang mahu memasarkan produk mereka. Informasi yang dipanjangkan melalui blog ini merupakan perkongsian pintar bagi memajukan usaha pertanian kita menuju kepada PERTANIAN adalah PERNIAGAAN.
Moga segala informasi sama ada yang datang asli dari kami mahupun yang dikumpul melalui laman-laman web/blog diseluruh dunia dapat membantu kita bersama bagi membuka mata dan meningkatkan pengeluaran.
Siapa Kami ??
Kami merupakan usahawan bumiputera muslim yang mengusahakan perniagaan berkaitan Pertanian & Perikanan dari segi latihan penternakan ikan, pemprosesan hasil pertanian dan perikanan, serta memasarkan produk pertanian dan perikanan dipasaran sebagai sumber ekonomi melalui perniagaan kami Syarikat AINUL AGROBASED
Produk Kami
Produk Berasas Pemprosesan:
1. Keropok Lekor "AROMA" Lekor Special
2. "AROMA" Tempura Fish Fillet
3. "AROMA" Salted Fish
4. "AROMA" Baked Fish Fillet
5. Baja Makanan Ikan Keli jenama "RATUKELI"
Produk Berkaitan Pemeliharaan Ikan:
1. Membekalkan Anak Benih Ikan Keli Bersaiz dari 1 inci hingga 3 inci (harga setiap inci = RM0.10)
2. Membekalkan Ikan Keli Dewasa Di Pasaran Basah Dan Kedai Makan Serta Restaurant
3. Memberikan Khidmat Nasihat Berkaitan Penternakan Ikan Keli
4. Membekalkan Baja HALAL Jenama "RATUKELI" Ke Seluruh Borneo Mulai Januari 2009
5. Menawarkan Pembelian Balik Ikan Keli Melalui KONTRAK PERLADANGAN (Dihentikan seketika-Kuota Penuh)
Sesi/Tarikh Kursus: Sesi seterusnya berdasarkan permintaan minima 30 orang untuk satu sesi (sesi yang terakhir adalah sesi ke-28). Untuk makluman jumlah peserta kursus yang telah berjaya mengikuti kursus dengan pihak kami hampir 1000 orang. Untuk yang berminat menganjurkan kursus kepada penduduk ditempat anda, anda boleh menghubungi kami untuk tujuan jemputan memberi ceramah.
Tempat (Kuching):
Bilik Latihan, Pejabat Urusan Ainul AgroBased Sdn Bhd
Hari 1 : 4.00 pm - 8.00 pm Hari 2 : 9.00 am - 1 pm
Jumlah Peserta bagi setiap sesi:
Maksima : 10 orang
Yuran Kursus:
RM450 terbuka kepada semua
Bagaimana Memohon Kursus
Sila DAFTAR secara ONLINE di Laman WebSite Ini (Sila KLIK DISINI) atau Download Borang Kursus di Ruangan Download . Kemudian Sila emailkan ke admin@ratukeli.com atau anda boleh hantar terus ke Pejabat Kami di Tingkat 1, Sublot 31 (Survey Lot 9741), Batu 4, Jalan Matang Kuching atau di Pusat Ternakan kami di Kpg Semerah Padi
Kursus Merangkumi Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang, Buku Nota, Sijil Penyertaan Dan "Contract Farming" Juga Disediakan Bagi Peserta Yang Berminat
Bagisesiapa yang berminat sila buat pengesahan dan bayaran awal selewat-lewatnya sehari sebelum kursus bermula.tQ
0 ulasan: