Makluman Terkini !!!
Kursus Asas Ternakan Ikan Keli Sesi Ke-19
Kursus Sesi Ke-19 telah diadakan mengikut Jadual Di Bangunan Martabat, Bintulu. Peserta yang hadir dari pelbagai daerah serta ada yang terbang khas dari LABUAN bagi mengikuti kursus kali ini. Seramai 35 orang peserta kursus telah dengan jayanya mengikuti kursus asas di Bintulu. Syabas untuk semua peserta dan moga berjaya dalam usaha ternakan ikan keli di Bintulu.
Selasa, Mac 31, 2009 | 0 Comments
Lesen Untuk Kolam Ternakan
Info Kolam Ternakan:
Bagi penternak di Sarawak, kini selain daripada Kolam Tanah, para penternak juga perlu mendapatkan lesen bagi ternakan dalam Kanvas, Tong PVC, Kolam Konkrit.
Read More..
Rabu, Mac 25, 2009 | 0 Comments
Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi-18
Selasa, Mac 24, 2009 | 0 Comments
LPP Sasar Eksport 180 Tan Ikan Keli Ke China, Dubai
Ketua Pengarah LPP, Datuk Abd Rahim Ahmad, berkata penerokaan pasaran antara bangsa ikan keli itu membuktikan produk tempatan kini mempunyai nilai komersial selain mendapat tempat di kalangan pengguna negara terbabit.
Katanya, eksport ikan keli itu akan dilakukan secara kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan syarikat tempatan, Bani Tani Akuatik Sdn Bhd, yang bertindak sebagai pengedar ke pasaran terbabit.
“Syarikat tempatan itu menjadi pembeli kontrak yang bekerjasama dengan PPK yang membekalkan ikan keli, sebelum dipasarkan kepada dua pasaran berkenaan.
“Syarikat itu memerlukan 240,000 ikan keli hidup (60 tan) untuk pasaran China dan 480,000 ikan keli beku (120 tan) bagi pasaran Dubai yang akan direalisasikan melalui kerjasama dimeterai.
“Kejayaan ini akan menjadikan Bani Tani Akuatik, syarikat tempatan pertama di Pantai Timur atau mungkin di Malaysia menerokai pasaran ikan keli ke pasaran terbabit,” katanya.
Beliau memberitahu media selepas majlis perjanjian persefahaman (MoU) bagi pemasaran ikan keli antara PPK Tanah Merah dengan Bani Tani Akuatik di sini, semalam.
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PPK Tanah Merah, Abdullah Nawi manakala Bani Tani Akuatik diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kassim Ahmad.
Perjanjian itu disaksikan Abd Rahim dan Pengarah LPP negeri, Shamsuddin Mat Rani. Ia bagi membolehkan PPK Tanah Merah membekalkan ikan keli kepada Bani Tani Akuatik untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Abd Rahim berkata, LPP akan mengembangkan kegiatan menternak ikan keli ke PPK lain di negeri ini dengan menjadikan PPK Tanah Merah sebagai payung industri berkenaan.
“LPP akan mengembangkan kegiatan ini kepada 20 PPK lain di negeri ini memandangkan ikan keli mempunyai nilai pasaran yang tinggi sama ada dalam negeri atau antarabangsa,” katanya.
Kassim berkata, eksport ke pasaran China dijangka bermula dalam masa terdekat ini dengan penghantaran pertama 15 tan seminggu ikan keli hidup untuk makanan di restoran negara itu.
Katanya, permintaan dijangka meningkat sehingga 60 tan sebulan di negara itu kerana mereka tidak mempunyai bekalan ikan keli, selain ia menjadi hidangan makanan kesihatan.
“Untuk pasaran Dubai, ia akan dimulakan April ini dengan membekalkan ikan keli yang sudah dibekukan dan permintaannya ialah empat tan sehari atau 120 tan sebulan.
“Pasaran Dubai juga menjadi landasan untuk menembusi pasaran Iraq yang dilihat mempunyai permintaan tinggi bagi bekalan makanan berasaskan ikan,” katanya.
Ahad, Mac 15, 2009 | 0 Comments
Vietnamese Firm to Make Biodiesel from Catfish Fat
The state-run Tien Phong (Vanguard) newspaper quoted Ho Xuan Thien, the chief engineer of the project, as saying the firm planned to build a 10,000-tonne-per-year (about 3 million gallons) factory in 2007 to mass produce the fuel for domestic markets.
Thien said a kilogram of catfish fat could produce 1.13 liters of biodiesel. Vietnam produces around 30,000 tonnes of catfish annually, mainly for exports to the United States and Europe.
According to the Energy Information Administration, Vietnam has 600 million barrels of proven oil reserves. Crude oil production averaged 370,000 barrels per day (bpd) in 2005, down somewhat from the 403,000 bbl/d level achieved in 2004. Although it is a significant oil producer, Vietnam remains reliant on imports of petroleum products due to a lack of refining capacity. Most of Vietnam’s crude oil is exported to refiners in Japan, Singapore, and South Korea.
Jumaat, Mac 13, 2009 | 0 Comments
Fresh Catfish Fillets For Sale
Khamis, Mac 12, 2009 | 0 Comments
Get More Omega 3 From Catfish
By Hazelen Liana Kamarudin
KOTA BAHARU, Sept 4 (Bernama) -- If you are among those who love freshwater fish dishes, then a catfish cooking may be one of the favourites in your daily menu.
Now in the market, there is a type of catfish named 'Omega 3 catfish' that has higher content of the Omega 3 fatty acid as compared to the other catfish variety.
According to the operations manager of the fisheries graduates group, Nik Mohd Firdaus Nik Daud, the Omega 3 content of Omega 3 catfish is about 2.3-2.5 percent as compared to only 0.02 percent in the other catfish breeds.
"The Omega 3 catfish is different as we formulated ourselves its feed by using a special mix of fish feed, starch pellets, soya bean, fish oil and a mix of minerals, vitamins and palm oil," he told BERNAMA here recently.
Nik Mohd Firdaus said the group collaborates with the Universiti Malaysia Terengganu (UMT) in conducting research to improve the quality of Omega 3 catfish.
This catfish is reared at the fish breeding centre in Bukit Belah, Machang near here.
FATTY ACID
The Omega 3 catfish has a high concentration of Omega 3 fatty acid that comes from phytoplankton.
Nik Mohd Firdaus said the Omega 3 fatty acid can also be found in walnut oil, marine plankton and high-fat content fish.
"Omega 3 fatty acid can reduce the risk of contracting cancer and heart problems. The fish oil in Omega 3 catfish reduces heart fibrillations," he said.
"Hence, this fatty acid can reduces the possibility of heart attacks by reducing the blood cholesterol content and blood clots," Nik Mohd Firdaus said.
Apart from that, the Omega 3 catfish is good for brain and child growth due to its DHA content.
"The human brain needs more than 20 gm of DHA. A low DHA level means a low serotonin level and this can cause emotional stress," said Nik Mohd Firdaus.
CANVAS PONDS
The Omega 3 catfish is reared in canvas ponds, a new method formulated by the group with assistance from the Kelantan Fisheries Department.
This breeding concept, which entails easy handling with low costs, is capable of providing good income for aquaculture farmers. Kelantan is the pioneer for this fish-breeding method and the Omega 3 catfish is the first aquaculture product to be produced via this technology.
Via this method, only 90 days are needed for the fish to be harvested and ready for the market.
The wholesale price of Omega 3 catfish is RM3 a kg. It retails at RM6 a kg. The Omega 3 catfish also appears in the market in the form of meat floss and fish balls.
-- BERNAMA
Read More..
Rabu, Mac 11, 2009 | 0 Comments
Kursus Asas Ternakan Ikan Keli Sesi Ke-17
Untuk Sebarang Khidmat Nasihat Berkenaan Ternakan Ikan Keli, Semua Peserta Dialukan Untuk Mendapatkannya Dari Pihak Ainul AgroBased Dan Akan Dibimbing Sehingga Beroleh Kejayaan.
Kursus Kali Ke-17 Diadakan Di PUSTAKA MIRI
Read More..
Isnin, Mac 09, 2009 | 0 Comments
Kursus Asas Ternakan Ikan Keli Sesi Ke-16
Isnin, Mac 09, 2009 | 0 Comments
Baja RATUKELI di Pasaran...
Selasa, Mac 03, 2009 | 4 Comments
Link Ke eBook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (siri 1)
Link untuk tempahan eBook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli akan di maklumkan pada masa terdekat melalui laman www.ratukeli.com.
Harap bersabar...
Read More..
Isnin, Mac 02, 2009 | 0 Comments
Jumlah Air Dalam Kolam Kanvas ?
Ada dikalangan peminat ikan keli yang menelefon berkenaan perkara ini. Tidak pula dapat dipastikan sama ada sudah berkursus ataupun belum. Musykil.....
Didalam kursus yang telah dianjurkan, sukatan bagi jumlah air dalam kolam kanvas telah dimaklumkan. Kandungan air adalah pada ketinggian 0.45 m.
Jika tuan/puan hendak meningkatkan jumlah air sebanyak 3/4 daripada ketinggian kolam, tuan/puan perlu mempastikan bahagian tepi kolam di letakkan kayu atau "sapat". Ini bagi mempastikan kanvas tidak mengelembung.
Sekian.
Read More..
Isnin, Mac 02, 2009 | 0 Comments