Makluman Terkini !!!
Projek KeLi Bimbingan Ainul AB : En Mahli Di Kpg Semariang Batu
Ternakan yang diusahakan oleh En Mahli adalah dengan menggunakan 3 kaedah iaitu dengan menggunakan Tangki PVC, Kanvas dan Plastik.
En Mahli Di Kawasan Ternakan Ikan Kelinya
Kolam Kanvas Buatan Sendiri
Kolam Plastik
Kolam Ikan Keli Yang Sedang Dikeringkan Untuk Dituai
Sabtu, November 29, 2008 | 0 Comments
Najib Goes Into Catfish Rearing
He revealed that he had taken up rearing the freshwater fish in the compound of his home here.
Speaking at the Hari Raya Aidilfitri gathering of the Farmers' Association here yesterday, Najib, with a smile and to much amusement from those present, said he decided to do it after picking up some points on rearing the fish during his visit to the Malaysian Agriculture, Horticulture and Agro-tourism Show 2008.
"I have eight ponds in the compound of my house and 14,000 catfish fry were released into them," he said in his speech.
Just when everyone thought that he was actually getting his hands dirty, he said the ponds and the catfish were being looked after by his aide from his home here.
"I provided the capital, he does the work and monitors them, and we split the profits," he said, as everyone burst out laughing.
"I want to see how this modern agriculture concept works out."
On a serious note, he said it was about time farmers made it a point to look into and learn to cultivate high-value agriculture products.Among them, he said were the rearing of catfish as well as swiftlets.
Source : NST 26 Oct 2008
Sabtu, November 29, 2008 | 0 Comments
KELI PUN PERLU MAKAN MAKANAN YANG DIJAMIN HALAL
Keistimewaan Baja Ratu Keli
- Jenis Tenggelam (Slow Singking)
- Kompetitif dari segi harga dan kualiti
- Dikilangkan dikilang yang mendapat pengiktirafan dari PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)
- 100% Bahan Mentah HALAL,SUCI & BERSIH
- Menggunakan sumber protein fishmeal terpilih dan adunan pelbagai vitamin & mineral untuk menepati keperluan tumbesaran dan kesihatan ikan keli
- Mengandungi AZOMITE
- Tanpa bahan pengawet
- Tanpa menggunakan sumber protein dari darah & tulang.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau berhajat sebagai pengedar bagi bahagian/negeri/negara masing-masing, sila hubungi Nazri +60128896321, Bollhassan +60128801565, Ismil +60138211586
Read More..Jumaat, November 28, 2008 | 0 Comments
Ikan Keli Yang Sedang Di Tuai (Selepas 3 Bulan)
Ahad, November 23, 2008 | 0 Comments
Belian Balik Ikan Keli Melalui "Contract Farming"
Syarat-Syarat Penyertaan
- Mengikuti kursus asas penternakan ikan keli yang telah dianjurkan oleh Ainul Agro Based atau Ajuran Bersama Ainul Agro Based dengan PUBS atau dengan Badan atau Organisasi lain
- Membeli anak ikan dan bahan makanan daripada Ainul Agro Based
- Mengikut teknik dan kaedah penternakan yang telah ditetapkan oleh Ainul Agro Based
- Kontrak Belian Balik Minima 1 Pusingan atau Maksima 4 Pusingan Mengikut Persetujuan Bersama
Bagi sesiapa yang berminat sila berhubung dengan pihak kami atau boleh terus ke Pusat Ternakan kami di Kampung Semerah Padi.
Borang bagi menyertai "Contract Farming" ini akan mula dibuka pada 06 Disember 2008
Read More..Sabtu, November 22, 2008 | 0 Comments
Biar Ikan Keli Merasai Hidup...
- Ikan keli perlu merasai hidup ??? Ya, Ikan Keli perlu merasai hidup terutama sehingga mempunyai berat diantara 250 gram hingga 300 gram agar wajah-wajah gembira ibu dan bapa terus mekar..Biarkan ikan keli hidup..Biar ianya hidup dari saiz 1 inci sehingga beratnya 250 gram atau 300 gram..agar dapat dijual dipasaran.
- Tip mempastikan anak ikan keli hidup :
- Pastikan anak ikan yang dibeli dalam keadaan sihat dan aktif
- Pastikan sebelum memindahkan ikan keli ketempat takungan baru, air takungan telah dirawat dan dibaja.
- Pastikan makanan ikan mempunyai protein yang mencukupi (disarankan protein 32% dan keatas)
- Pastikan makanan ikan tidak berlebihan dan menyebabkan ikan kelemasan dek amonia
- Pastikan air ikan diperiksa sentiasa dan ditukar mengikut kesesuaian
- Pastikan ikan di grading agar sama besar dan mengelakkan ikan makan ikan
- Jauhkan kawasan ternakan ikan dari kawasan yang tercemar terutama dengan bahan pembinaan.
Rabu, November 19, 2008 | 0 Comments
Kerja-Kerja Pembinaan Kolam Tambahan & "Contract Farming"
Pada Sesi-8/2008, penyertaan peserta adalah terbuka kepada semua dengan Yuran Kursus telah di tetapkan oleh pengurusan Ainul Agro Based sebanyak RM150 sahaja. Bagi semua peserta kursus bermula dari Sesi 1 adalah berkelayakan untuk menyertai "Contact Farming" bersama Ainul Agro Based. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak kami sama ada melalui telefon ataupun terus ke Pusat Ternakan Kami di Kampung Semerah Padi.
Selasa, November 18, 2008 | 0 Comments
Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi-7
Salah seorang peserta kursus mengemukakan soalan kepada penceramah
Gelagat Peserta Kursus Semasa Sesi Ceramah Diadakan
Read More..Selasa, November 18, 2008 | 0 Comments
Lawatan Ke Projek Ternakan Ikan Keli Di Kampung Debak
Ahad, November 09, 2008 | 0 Comments
Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi-6
- IREMAN BIN BOLLHASSAN
- AHRAS AK MINAH
- CHEK BIN ATEM
- MOHAMAD SAOIEE BIN SAILI
- SYED MOHD HALMI BIN WAN ISMAIL EDRUS
- JAMIAN BIN ALI
- ALAN ANAK SINUI
- KHARONI BIN KHALIK LAMAT
- JOHN RIZAL BIKI
- CHOO EDAN
- WAN KASSIM TKU ALI
- WAN OSMAN YAMANI
- JAPAR BIN KALOK
- MOHD ZIKRI BIN ABDUL KARIM
- MOMAMAD ALI HANAFIAH BIN SEDI
- MOHAMAD ISA BIN JULAIHI
- SHAFIEE TAMBI
- JENNIS ANAK MERAMAT
- BOLLHASSAN B. ABDUL MANAN
- ABDUL HADI B. ABDUL HAMID
- SOBERI B. MOHAMMED BAKAR
- AZIZ B. MURAN
- DOMINIC RAPHAEL ANAK MAIN
- MOHAMMAD SHAHIZAM BIN AZMAN
- REDUAN B. SAHARI
- HAIROL ANNUAR B MAMIN
- KARIM B. JAMIL
- YUSSRI B PAWI
- HARUDI B. KASIMUN
- AWANG KADRI B AWG BULKASIM
- SAINI BIN YASIN
- MOHAMMAD YASIN BIN ABU BAKAR
- HALMAN TING
- SALINA BINTI AHMAD
- BUJANG IBRAHIM
- MARBAN BIN SUUD
- ROZY BIN MAHIAN
Sabtu, November 08, 2008 | 0 Comments
World Catfish Festival 2007
Miss Catfish Winners
Master of Ceremonies, Cham Trotter; Miss Catfish 2006, Mary Cile Glover-Rodgers; Miss Catfish 2007, Erin Virginia Legg; First Alternate, Leah Barger; Second Alternate, Erin Danielle Morgan and Miss Congeniality, Haley Overby.
source : http://www.thebelzonibanner.com/Festival2007.htm
Read More..Isnin, November 03, 2008 | 0 Comments
Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi-5
Ahad, November 02, 2008 | 0 Comments
JIKA anda gemar menikmati juadah tengah hari dengan lauk ikan keli bakar mahupun goreng rangup dengan sambal belacan, apa kata cuba resepi baru Chef Bob iaitu smoked keli yang didatangkan dengan tiga rasa berbeza.
Rasa unik smoked keli atau keli salai dengan sos cili api, kari dan teriyaki pasti memberikan kelainan dalam hidangan penggemar ikan keli kali ini.Tidak mustahil bagi yang pernah merasa resipi baru Chef Bob ini akan terpikat dengan rasa smoked keli dan menjadikan ia sebagai menu harian menggantikan ikan keli bakar atau goreng.
Lebih istimewa, aroma harum smoked keli kekal lama kerana ia diasapkan menggunakan bahan bakar daripada kayu pokok epal yang diimport khas dari Australia dan China selama 25 minit pada suhu 25 darjah Celcius.
Bagi yang berminat dan teringin untuk mencuba kelazatan smoked keli, mereka kini boleh mendapatkannya pada harga RM8 untuk satu pek seberat 500 gram mengikut harga jualan premis di pasar-pasar tani seluruh Selangor dan pasar raya besar.
Smoked keli merupakan projek kerajaan negeri Selangor dan dilaksanakan oleh MAIS Food Indutries Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Kilang pemprosesan smoked keli yang beroperasi awal bulan ini itu terletak di Kawasan Perindustrian Kuala Selangor.
Chef Bob atau nama sebenarnya Mustaffa Ibrahim menjangkakan smoked keli bakal mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan kerana rasa enak dan uniknya selain mengandungi Omega 3.
“Smoked Keli ini bukan sahaja sesuai dimakan dengan nasi, tetapi juga boleh dinikmati dengan roti dan juga biskut,” katanya ketika ditemui dalam lawatan media ke kilang itu baru-baru ini.
Beliau yang berperanan sebagai pengurus, penyelia, pencipta resipi dan juga tukang masak di kilang itu memberitahu, kilang memerlukan 1,500 kilogram (kg) ikan keli segar setiap hari daripada penternak tempatan untuk menghasilkan kira-kira 3,000 pek smoked keli sehari.
“Proses pemilihan ikan keli segar hanyalah di kalangan penternak yang mengamalkan pemeliharaan Omega 3 dari Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Rawang,” ujarnya.
Menceritakan tentang proses penyediaan smoked keli, beliau menjelaskan, sebanyak 1,500 kg ikan keli segar akan dimatikan di dalam bilik sejuk dengan suhu -15 darjah Celcius sebelum disiang dan dibersihkan.
“Selepas dibersihkan dengan asam dan garam, ikan keli akan dipotong mengikut kesesuaian saiz pek seterusnya diperap,” jelasnya.
Kemudian katanya, ikan yang telah dipotong akan disalai dengan melalui tiga peringkat iaitu pengeringan dengan suhu 75 darjah Celcius selama 1 jam 45 minit, diasapkan menggunakan kayu epal pada suhu 100 darjah Celcius selama 25 minit dan proses menterbalikkan untuk mengeluarkan asap selama lima minit.
“Dalam keadaan panas itu, ikan akan terus disejukkan dalam peti ais dengan suhu -45 darjah Celcius seterusnya dipek dengan berat 500gram beserta sos,” katanya.
Tambahnya, pelanggan yang mahu mencuba kelazatan resepinya hanya perlu merebus smoked keli yang dipek dalam plastik bersama sosnya di dalam air menggelegak selama tiga minit sebelum boleh dihidang.
“Cuba rasa sekali dan saya pasti anda akan berpuas hati dengan rasanya yang lazat dan keharuman aromanya yang pasti memikat hati,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad berkata, smoked keli kini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan dan dijangkakan projek itu bakal mengaut keuntungan sehingga RM20,000 sehari.
“Selepas ia diperkenalkan di pasaran tempatan, kerajaan negeri bercadang untuk mengeksport smoked keli ke luar negara seperti Taiwan dan Dubai setanding dengan keluaran smoked salmon,” ujarnya.
Tambahnya, kilang ikan keli salai PKPS yang bernilai RM1.5 juta itu akan diperbesarkan mengikut kehendak pasaran akan datangSabtu, November 01, 2008 | 0 Comments