Masukkan Email Untuk Update Terkini Dari Ratu KeLi:

Delivered by FeedBurner

Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1)

Makluman Terkini !!!

Perluang Perniagaan KEROPOK LEKOR jenama "AROMA" : Lekor Special KEROPOK LEKOR Keluaran Ainul Agrobased....hubungi kami...untuk info dan peluang niaga...

Selamat Tahun Baru 2010

Label: ,

Kini tahun baru 2010 telah tiba...

Tahun 2010 merupakan tahun yang banyak dinantikan oleh banyak pihak...

Tahun yang diharap-harapkan...

Moga Tahun Baru 2010 ini memberikan sinar baru kepada semua terutama kepada penternak ikan keli....

Bersempena Tahun 2010, Kursus Asas Ternakan Ikan akan diteruskan dengan tambahan info dan yuran yang lebih mesra pengguna. Produk berasaskan ikan keli akan terus digiatkan dan akan menemui pengguna di Pasaraya Terkemuka Di Negeri Sarawak

Moga Kita Maju Jaya...

"Selamat Tahun Baru 2010" Read More..



Ikan Keli...oh Ikan Keli....lagi...

Label: ,

Kebelakangan ini, agak sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk UPDATE maklumat di blog ini. Almaklum baru berpindah ke rumah baru dan produk baru "keropok lekor" sedang giat di kilang dan diedarkan...

Dalam bulan 12 nie, banyak panggilan telefon diterima dan tidak kurang email bertanyakan sama ada pihak kami mahu membeli ikan penternak yang tidak membeli anak ikan/baja RatuKeli/mengikut kontrak...Jawapan kami mudah, jika kami memerlukan, kami akan beli (kerana tiada ikatan diantara syarikat dengan penternak)...Ini bergantung juga kepada sama ada ikan yang diternak makan makanan palet dan dipelihara dalam kolam selain kolam tanah...Jika ikut spesifikasi diatas, insyaAllah kami beli seperti mana kami telah membeli ikan-ikan dari daerah Simunjan dan ikan-ikan yang diternak tanpa kontrak dengan pihak kami.

So bagaimana? Adakah perlu menghentikan ternakan ikan keli?????

Jangan begitu...

Potensi ikan keli amat luas...

Yang tinggal adalah sama ada hendak mahupun tidak dan yang paling penting jangan bergantung harapan dengan mana-mana pihak (mengharap ikan dibeli dan terjual tanpa usaha untuk menjual/bersusah payah)

Mungkin ada yang masih tidak peka bahawa, ada dikalangan bumiputera telah menjual ikan keli di restoran-restoran di daerah kuching dengan harga RM6.00 sekilo dan penternak tersebut kekurangan ikan untuk dibekalkan...

Ikan keli salai pun masih kurang dipasarkan....so kenapa masih ternganga tidak tahu kemana hendak dijual ikan keli ???

Memang dalam tahun kebelakangan ini, ikan keli merupakan projek kerajaan dalam membantu mengurangkan kemiskinan terutama diluar bandar. Masalah sekarang adalah, apabila ikan sudah besar,...tidak tahu kemana hendak dijual....Nah....jadi masalah pula......Permasalahan utama adalah kerana mengharapkan agar ikan yang dijual dibeli....bukan salah kerajaan...tetapi masalah sikap.....mengharap agar dapat duit mudah....

Bagi mempelbagai penjanaan pendapatan melalui ikan keli, ikan keli hendaklah dijadikan END PRODUCT...Ya, jadikan barangan lain seperti PEKASAM, Ikan Salai, Fish Fillet, dll...
Disemenanjung Malaysia perkara ini telah agak lama telah diusahakan dan inilah peluang untuk melipat gandakan keuntungan melalui ikan keli...Jangan asyik mengharap ada pembeli datang hendak membeli ikan keli hidup sahaja...

Dipihak kami, bagi penternak ikan keli yang memelihara ikan keli dalam kolam selain kolam tanah dan ikan keli makan pelet....bersaiz 300 gram....anda boleh menjual kepada kami yang telah dibuang kepala dan perut pada harga RM4.30 sekilo... Peluang untuk anda menjual ikan keli kepada kami..."first come first serve"...

Hubungi Nazri 0128896321 untuk makluman lanjut.. Read More..

AROMA : LEKOR Special


Read More..

Keropok Lekor Di Pasaran

Label:


Read More..

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Powered by  MyPagerank.Net