Masukkan Email Untuk Update Terkini Dari Ratu KeLi:

Delivered by FeedBurner

Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1)

Makluman Terkini !!!

Perluang Perniagaan KEROPOK LEKOR jenama "AROMA" : Lekor Special KEROPOK LEKOR Keluaran Ainul Agrobased....hubungi kami...untuk info dan peluang niaga...

Keropok Lekor Keluaran Ainul Agrobased

Untuk makluman semua, pihak kami akan memulakan pemprosesan & pengeluaran Keropok Lekor berasaskan Ikan Keli dan berasaskan ikan-ikan lain yang terpilih mulai Disember 2009. Disamping itu juga, pelbagai produk lain turut akan dihasilkan berasaskan ikan keli.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar KEROPOK LEKOR di seluruh Malaysia amnya, Sabah & Sarawak Khususnya, anda dialu-alukan dan boleh menghubungi kami mulai 1 Disember 2009.

Hubungi Bollhassan 012-8801565, Nazri 012-8896321 Husnul 019-8240091 Ema 013-5647042

Jadilah pengedar yang awal.

Salam hormat.

Nazri
www.ratukeli.com Read More..



YEAR END PROMOTION (Baja RATUKELI)

HARGA RUNTUH (NOV - 31 DIS 2009)

HARGA ISTIMEWA BAJA RATUKELI (FIRST COME FIRST SERVE)
Untuk Warga Sarawak

bagi

PEMBELIAN 3 GUNI & KEATAS

PRE-STARTER (2o Kg) = RM58.00
40% Protein


STARTER (20 kg) = RM55.00
32% Protein

Sila ke Pejabat Urusan Kami untuk mendapatkan stok pada harga tersebut..

CEPAT SEMENTARA STOK MASIH ADA
Read More..

Diskaun Untuk Pelajar IPTA & IPTS bagi yang mengikuti Kursus Asas Siri-29


Read More..

KURSUS ASAS TERNAKAN IKAN KELI SIRI-29

Label:

InsyaAllah, sekali lagi kita akan mengadakan Kursus Asas Ternakan Ikan Keli yang Siri Ke-29 pada

Tarikh : 21 November 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Pejabat Urusan, Ainul Agrobased Sdn. Bhd (belakang E-Mart Kuching)
Yuran : RM150.00
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh memohon dengan mengisi borang permohonan secara online.
Read More..

Panduan Ternakan Keli 3 : Anak Ikan Lambat Membesar ka atau Penternak Yang Tak Tahu Nak Membesarkan Anak Ikan ???

Label:

Kini kita beralih kepada perkara ke-3 yang perlu kita ambil tahu. Anak Ikan lambat membesar kah? atau kita yang tak pandai membesarkan anak ikan ?

Ada banyak dikalangan penternak gagal membesarkan anak ikan pada masanya iaitu masa matang dalam tempoh 3 bulan. Apabila ikan lambat membesar, maka kos ternakan pun secara langsung akan turut meningkat. Ini lebih parah jika dalam 3 bulan ikan masih bersaiz 100-150 gram sahaja... Dan sekaligus........akan terngiang-ngiang ditelinga dan terpapar diminda penternak dek bisikan negatif....dan mulalah terpikir "anak ikan yang aku beli nih pasti jenis baka yang tak bagus nih, nyesal aku beli dari si XX or si YY, aku kena tipu nih."

Inilah kata-kata yang selalu didengar daripada penternak yang kecewa @ gagal dek kerana ikan masih kecil. Orang lain pelihara cepat besar, dia pulak pelihara tak besar-besar...Dan mulalah dia melarang orang lain dari membeli anak ikan dari si XX atau dari si YY atau akan menasihat orang lain agar jangan memelihara ikan keli.

Kenapa ini berlaku ? Salah ikan kah atau salah pemelihara ikan?

Memang ada benar nya ada juga baka ikan yang jenis lambat membesar dek kerana kawin adik beradik @ dari spesis yang berketurunan sama mahupun dari induk yang kurang matang. Tapi kebanyakan kes, bukan disebabkan oleh baka tetapi oleh kerana ikan kurang makanan yang boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan badannya.

Ikan Keli akan mudah membesar apabila kandungan makanannya mempunyai kadar protin yang tinggi (selain daripada banyaknya makanan semulajadi dalam kolam). Jika kadar protin makanan cuma 5% atau 18%, memang patutpun anak ikan tidak membesar seperti yang diharapkan. Ini berlaku acapkali kerana penternak terlampau berjimat cermat dalam memberi makanan sehingga mengorbankan faktor pertumbuhan badan ikan. Memang protin yang tinggi dalam makanan mempunyai harga yang agak tinggi berbanding dengan makanan yang berprotin rendah. TETAPI, kadar pertumbuhannya adalah jauh lebih cepat.

Sanggupkah kita mengorbankan masa ternakan dek kerana harga makanan berprotin tinggi hanya berbeza dalam beberapa sen atau ringgit. Jika sanggup, maka hendaklah sanggup menternak ikan keli dalam tempoh jauh lebih lama berbanding penternak lain.

Maka kerana itu, perlu dipastikan protin dalam makanan ikan keli berada pada paras minima 32% dan keatas. Semakin tinggi protin semakin cepat ikan membesar. Ini disokong lagi jika dalam makanan ikan terdapat AZOMITE yang membantu meningkatkan lagi kadar pertumbuhan.

Selain daripada itu, faktor air ternakan juga memainkan peranan selain daripada faktor peratus protin makanan yang diberi. Air ternakan hendakalah dipastikan mempunyai hidupan akuatik yang optima sebagai makanan semulajadi ikan. Semakin mencapai paras optima makanan semulajadi dalam kolam, semakin bagus untuk pertumbuhan ikan.

Untuk itu, sila beri ikan anda makanan berprotin tinggi dan sila pastikan air ternakan mempunyai sumber makanan semulajadi yang optima. Perlu diberi perhatian bahawa, semakin rendah kandungan protin dalam makanan maka jangkamasa anda memelihara ikan keli anda akan jauh lebih lama berbanding penternak lain dan semakin lama anda menternak maka semakin bertambah kos yang anda tanggung.

Sampai jumpa lagi..fikir-fikirkan...

nazri
www.ratukeli.com Read More..

Kursus Asas Ternakan Siri-28


Alhamdulillah, kursus siri-28 telah berjaya dilaksana pada 31 Oktober 2009.

TAHNIAH kepada semua yang hadir dan moga sukses.

Untuk sebarang bantuan lanjutan dan nasihat berkenaan dengan ternakan sila hubungi kami.

Read More..

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Powered by  MyPagerank.Net