Masukkan Email Untuk Update Terkini Dari Ratu KeLi:

Delivered by FeedBurner

Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1)

Makluman Terkini !!!

Perluang Perniagaan KEROPOK LEKOR jenama "AROMA" : Lekor Special KEROPOK LEKOR Keluaran Ainul Agrobased....hubungi kami...untuk info dan peluang niaga...

Projek KeLi Bimbingan Ainul AB : En Mahli Di Kpg Semariang Batu

Label:

29 November 2008 - KRU Ainul AB telah melawat tapak projek salah seorang peserta kursus asas penternakan ikan keli yang dianjurkan oleh Ainul AB. Projek Ternakan Ikan Keli yang diusahakan oleh En Mahli telah boleh dituai setelah lebih daripada 3 bulan menceburi dalam bidang penternakan ikan keli. Projek ternakan ikan keli beliau bertempat dikawasan bawah rumahnya di Kampung Semariang Batu, Kuching Sarawak. Keseluruhan ternakan beliau berjumlah 16,000 ekor dan akan ditingkatkan dari masa kesemasa.

Ternakan yang diusahakan oleh En Mahli adalah dengan menggunakan 3 kaedah iaitu dengan menggunakan Tangki PVC, Kanvas dan Plastik.

Kaedah Kolam yang digunapakai adalah yang paling minima dimana Plastik yang berharga RM16 digunapakai sebagai alternatif bagi kolam penternakan. Malah Kolam Kanvas turut dibina sendiri.
Melalui kaedah pembinaan sendiri kolam kanvas ini, En Mahli telah berjaya mengurangkan kos bagi setiap kolam beliau lebih kurang sebanyak RM600 berbanding yang dibeli dipasaran ..
Tahniah En Mahli...

En Mahli Di Kawasan Ternakan Ikan Kelinya

Kolam Kanvas Buatan Sendiri

Kolam Plastik

Kolam Ikan Keli Yang Sedang Dikeringkan Untuk Dituai

Read More..



Najib Goes Into Catfish Rearing

Label:

PEKAN: Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, it seems, has also been bitten by the agriculture bug as he has taken up catfish rearing.

He revealed that he had taken up rearing the freshwater fish in the compound of his home here.

Speaking at the Hari Raya Aidilfitri gathering of the Farmers' Association here yesterday, Najib, with a smile and to much amusement from those present, said he decided to do it after picking up some points on rearing the fish during his visit to the Malaysian Agriculture, Horticulture and Agro-tourism Show 2008.

"I have eight ponds in the compound of my house and 14,000 catfish fry were released into them," he said in his speech.

Just when everyone thought that he was actually getting his hands dirty, he said the ponds and the catfish were being looked after by his aide from his home here.

"I provided the capital, he does the work and monitors them, and we split the profits," he said, as everyone burst out laughing.

"I want to see how this modern agriculture concept works out."

On a serious note, he said it was about time farmers made it a point to look into and learn to cultivate high-value agriculture products.Among them, he said were the rearing of catfish as well as swiftlets.

Source : NST 26 Oct 2008
Read More..

KELI PUN PERLU MAKAN MAKANAN YANG DIJAMIN HALAL

InsyaAllah dalam sedikit masa lagi, Ainul Agro Based akan memasarkan baja dengan jenama kita sendiri iaitu Baja "Ratu Keli" terutama bagi pasaran Negeri Sarawak Dan Negeri/Negara Berdekatan. Ini bagi menyahut seruan kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai HUB-HALAL dan menyambut peluang Projek HALAL PARK di Tanjung Manis, Sarawak

Keistimewaan Baja Ratu Keli

  • Jenis Tenggelam (Slow Singking)
  • Kompetitif dari segi harga dan kualiti
  • Dikilangkan dikilang yang mendapat pengiktirafan dari PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)
  • 100% Bahan Mentah HALAL,SUCI & BERSIH
  • Menggunakan sumber protein fishmeal terpilih dan adunan pelbagai vitamin & mineral untuk menepati keperluan tumbesaran dan kesihatan ikan keli
  • Mengandungi AZOMITE
  • Tanpa bahan pengawet
  • Tanpa menggunakan sumber protein dari darah & tulang.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau berhajat sebagai pengedar bagi bahagian/negeri/negara masing-masing, sila hubungi Nazri +60128896321, Bollhassan +60128801565, Ismil +60138211586

Read More..

Ikan Keli Yang Sedang Di Tuai (Selepas 3 Bulan)















Read More..

Catfish Harvest

Label:


Read More..

Belian Balik Ikan Keli Melalui "Contract Farming"

Label:

"Contract Farming" yang dikendalikan oleh Ainul Agro Based terbuka kepada semua usahawan dan usahanita yang berminat dalam penternakan ikan keli sebagai usaha meningkatkan taraf ekonomi keluarga terutama bagi meyahut seruan kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010.

Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Mengikuti kursus asas penternakan ikan keli yang telah dianjurkan oleh Ainul Agro Based atau Ajuran Bersama Ainul Agro Based dengan PUBS atau dengan Badan atau Organisasi lain
  2. Membeli anak ikan dan bahan makanan daripada Ainul Agro Based
  3. Mengikut teknik dan kaedah penternakan yang telah ditetapkan oleh Ainul Agro Based
  4. Kontrak Belian Balik Minima 1 Pusingan atau Maksima 4 Pusingan Mengikut Persetujuan Bersama

Bagi sesiapa yang berminat sila berhubung dengan pihak kami atau boleh terus ke Pusat Ternakan kami di Kampung Semerah Padi.

Borang bagi menyertai "Contract Farming" ini akan mula dibuka pada 06 Disember 2008

Read More..

Biar Ikan Keli Merasai Hidup...

Perjalanan sebagai penternak ikan keli adakalanya pelbagai liku dan drama...adakala wajah-wajah gembira tergambar terutama wajah ibu dan bapa apabila melihat ikan keli kian membesar dan boleh dipasarkan...memang wajah-wajah gembira ini sukar digambarkan dengan kata-kata..Kekadang adakalanya wajah berduka dan gelisah mereka terbayang bila ikan keli tercungap-cukap dipermukaan air dan ikan keli mulai longlai kelemasan didalam air...itulah lumrah usahawan, ada masanya gembira dan adakalanya kesedihan...
  • Ikan keli perlu merasai hidup ??? Ya, Ikan Keli perlu merasai hidup terutama sehingga mempunyai berat diantara 250 gram hingga 300 gram agar wajah-wajah gembira ibu dan bapa terus mekar..Biarkan ikan keli hidup..Biar ianya hidup dari saiz 1 inci sehingga beratnya 250 gram atau 300 gram..agar dapat dijual dipasaran.
  • Tip mempastikan anak ikan keli hidup :
  1. Pastikan anak ikan yang dibeli dalam keadaan sihat dan aktif
  2. Pastikan sebelum memindahkan ikan keli ketempat takungan baru, air takungan telah dirawat dan dibaja.
  3. Pastikan makanan ikan mempunyai protein yang mencukupi (disarankan protein 32% dan keatas)
  4. Pastikan makanan ikan tidak berlebihan dan menyebabkan ikan kelemasan dek amonia
  5. Pastikan air ikan diperiksa sentiasa dan ditukar mengikut kesesuaian
  6. Pastikan ikan di grading agar sama besar dan mengelakkan ikan makan ikan
  7. Jauhkan kawasan ternakan ikan dari kawasan yang tercemar terutama dengan bahan pembinaan.
Read More..

Kerja-Kerja Pembinaan Kolam Tambahan & "Contract Farming"

Label:

Kerja-kerja pembinaan kolam tambahan telah dilakukan bermula pada 16 November 2008. Oleh kerana itu, Kursus Asas Penternakan Ikan Keli telah ditangguhkan sementara dan akan diteruskan pada 06 Disember 2008. Sebanyak 2 kolam baru sedang dalam pembinaan berukuran 16 kaki x 18 kaki setiap satu.

Pada Sesi-8/2008, penyertaan peserta adalah terbuka kepada semua dengan Yuran Kursus telah di tetapkan oleh pengurusan Ainul Agro Based sebanyak RM150 sahaja. Bagi semua peserta kursus bermula dari Sesi 1 adalah berkelayakan untuk menyertai "Contact Farming" bersama Ainul Agro Based. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak kami sama ada melalui telefon ataupun terus ke Pusat Ternakan Kami di Kampung Semerah Padi.
Pembinaan Kolam Tambahan Di Kawasan Belakang Kolam Sedia Ada

Pembinaan Kolam Di Tapak Baru
Read More..

Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi-7

Label:

Kursus Sesi-7 telah berjaya dilaksanakan pada 15 November 2008. Seramai 35 peserta telah ikut serta yang terdiri dari peserta Daerah Kuching, Beladin, Asajaya, Igan, Limbang, Kota Samarahan dan Mukah.


Sesi Taklimat Dan Praktikal

Salah seorang peserta kursus mengemukakan soalan kepada penceramah

Gelagat Peserta Kursus Semasa Sesi Ceramah Diadakan

Read More..

Lawatan Ke Projek Ternakan Ikan Keli Di Kampung Debak

09 Nov 2008. Projek ternakan peserta kursus d Kpg Debak telah di lawati dan membuka minda masyarakat kpg. Walaupun menghadapi kematian ikan pada peringkat awal namun terus bersemangat untuk berusaha. Melalui Lawatan ini, masalah dikenalpasti & cadangan tindakan disaran agar ikan yg di pelihara mdnpunyai kadar hidup tinggi..Tahniah Cikgu Sarkawi.
Read More..

Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi-6

Label:








Kursus sesi-6,2008 telah berjaya disempurnakan pada 08 November 2008. Semangat peserta kursus terutama yang datang dari jauh semata untuk mendapatkan ilmu amat dihormati. Syabass..kepada semua yang mengikuti kursus terutama yang datang dari jauh seperti dari Bintulu, Mukah, Samarahan, Limbang, Miri..
Peserta Kursus Sesi-6:
  1. IREMAN BIN BOLLHASSAN
  2. AHRAS AK MINAH
  3. CHEK BIN ATEM
  4. MOHAMAD SAOIEE BIN SAILI
  5. SYED MOHD HALMI BIN WAN ISMAIL EDRUS
  6. JAMIAN BIN ALI
  7. ALAN ANAK SINUI
  8. KHARONI BIN KHALIK LAMAT
  9. JOHN RIZAL BIKI
  10. CHOO EDAN
  11. WAN KASSIM TKU ALI
  12. WAN OSMAN YAMANI
  13. JAPAR BIN KALOK
  14. MOHD ZIKRI BIN ABDUL KARIM
  15. MOMAMAD ALI HANAFIAH BIN SEDI
  16. MOHAMAD ISA BIN JULAIHI
  17. SHAFIEE TAMBI
  18. JENNIS ANAK MERAMAT
  19. BOLLHASSAN B. ABDUL MANAN
  20. ABDUL HADI B. ABDUL HAMID
  21. SOBERI B. MOHAMMED BAKAR
  22. AZIZ B. MURAN
  23. DOMINIC RAPHAEL ANAK MAIN
  24. MOHAMMAD SHAHIZAM BIN AZMAN
  25. REDUAN B. SAHARI
  26. HAIROL ANNUAR B MAMIN
  27. KARIM B. JAMIL
  28. YUSSRI B PAWI
  29. HARUDI B. KASIMUN
  30. AWANG KADRI B AWG BULKASIM
  31. SAINI BIN YASIN
  32. MOHAMMAD YASIN BIN ABU BAKAR
  33. HALMAN TING
  34. SALINA BINTI AHMAD
  35. BUJANG IBRAHIM
  36. MARBAN BIN SUUD
  37. ROZY BIN MAHIAN
Read More..

World Catfish Festival 2007

Label:

Miss Catfish 2007
Erin Virginia Legg




Miss Catfish Winners

Master of Ceremonies, Cham Trotter; Miss Catfish 2006, Mary Cile Glover-Rodgers; Miss Catfish 2007, Erin Virginia Legg; First Alternate, Leah Barger; Second Alternate, Erin Danielle Morgan and Miss Congeniality, Haley Overby.

source : http://www.thebelzonibanner.com/Festival2007.htm

Read More..

Kursus Asas Penternakan Ikan Keli Sesi-5

Label:

Pemberian sijil kepada salah seorang peserta kursus daripada Pusa, Saribas

Gambar semasa kursus berlangsung

Gambar semasa kursus berlangsung
Gambar Kenangan Selepas Penerimaan Sijil
Kursus Asas Penternakan Kali Ke-5 telah dengan jayanya disempurnakan pada 1 November 2008. Peserta terdiri daripada seluruh pelusok negeri Sarawak. Tahniah untuk semua peserta kursus.


Senarai Peserta Kursus :


Align Left01. Othman bin Abdul Rahman
02. Abdul Rahman bin Hassan
03. Wan Mohamad Akbar bin Wan Moss
04. Dandan Setia bin Hanapi
05. Sheila anak Michael
06. Abdul Taib bin Yusup
07. Kamaruddin bin Ahmed Junaidi
08. William Nyipa Paso
09. Sabri bin Bujeng
10. Carol Florence ak Misak
11. Jaafar bin Sahar
12. Ellem binti Narawi
13. Rheena Sallang
14. Mohamad Sabri bin Iskandar
15. Mohamadairulhelmi bin Su'aidi
16. Joseph anak Paul Muing
17. Awang Suhai bin Awang Seleman
18. Juita @ Mariah anak Kiat
19. Yaman bin Yahya
20. Clarance anak Eden
21. Hamdan bin Sahari
22. Faizal Salleh
23. Manzalan Mohd Merikan
24. Alwi bin Alli
25. Saifuddin bin Mahidi
26. Sabki bin Bujang
27. Stelly anak Alini
28. Joseph Thong
29. Ronnie Jack
30. Bojeng bin Drahman
31. Raha bt Hassan
32. Mohamad Aswaat Rupni
33. Hamdan bin Sahari
Read More..

Label:

dipetik dari http://www.kosmo.com.my

JIKA anda gemar menikmati juadah tengah hari dengan lauk ikan keli bakar mahupun goreng rangup dengan sambal belacan, apa kata cuba resepi baru Chef Bob iaitu smoked keli yang didatangkan dengan tiga rasa berbeza.

Rasa unik smoked keli atau keli salai dengan sos cili api, kari dan teriyaki pasti memberikan kelainan dalam hidangan penggemar ikan keli kali ini.

Tidak mustahil bagi yang pernah merasa resipi baru Chef Bob ini akan terpikat dengan rasa smoked keli dan menjadikan ia sebagai menu harian menggantikan ikan keli bakar atau goreng.

Lebih istimewa, aroma harum smoked keli kekal lama kerana ia diasapkan menggunakan bahan bakar daripada kayu pokok epal yang diimport khas dari Australia dan China selama 25 minit pada suhu 25 darjah Celcius.

Bagi yang berminat dan teringin untuk mencuba kelazatan smoked keli, mereka kini boleh mendapatkannya pada harga RM8 untuk satu pek seberat 500 gram mengikut harga jualan premis di pasar-pasar tani seluruh Selangor dan pasar raya besar.

Smoked keli merupakan projek kerajaan negeri Selangor dan dilaksanakan oleh MAIS Food Indutries Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Kilang pemprosesan smoked keli yang beroperasi awal bulan ini itu terletak di Kawasan Perindustrian Kuala Selangor.

Chef Bob atau nama sebenarnya Mustaffa Ibrahim menjangkakan smoked keli bakal mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan kerana rasa enak dan uniknya selain mengandungi Omega 3.

“Smoked Keli ini bukan sahaja sesuai dimakan dengan nasi, tetapi juga boleh dinikmati dengan roti dan juga biskut,” katanya ketika ditemui dalam lawatan media ke kilang itu baru-baru ini.

Beliau yang berperanan sebagai pengurus, penyelia, pencipta resipi dan juga tukang masak di kilang itu memberitahu, kilang memerlukan 1,500 kilogram (kg) ikan keli segar setiap hari daripada penternak tempatan untuk menghasilkan kira-kira 3,000 pek smoked keli sehari.

“Proses pemilihan ikan keli segar hanyalah di kalangan penternak yang mengamalkan pemeliharaan Omega 3 dari Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Rawang,” ujarnya.

Menceritakan tentang proses penyediaan smoked keli, beliau menjelaskan, sebanyak 1,500 kg ikan keli segar akan dimatikan di dalam bilik sejuk dengan suhu -15 darjah Celcius sebelum disiang dan dibersihkan.

“Selepas dibersihkan dengan asam dan garam, ikan keli akan dipotong mengikut kesesuaian saiz pek seterusnya diperap,” jelasnya.

Kemudian katanya, ikan yang telah dipotong akan disalai dengan melalui tiga peringkat iaitu pengeringan dengan suhu 75 darjah Celcius selama 1 jam 45 minit, diasapkan menggunakan kayu epal pada suhu 100 darjah Celcius selama 25 minit dan proses menterbalikkan untuk mengeluarkan asap selama lima minit.

“Dalam keadaan panas itu, ikan akan terus disejukkan dalam peti ais dengan suhu -45 darjah Celcius seterusnya dipek dengan berat 500gram beserta sos,” katanya.

Tambahnya, pelanggan yang mahu mencuba kelazatan resepinya hanya perlu merebus smoked keli yang dipek dalam plastik bersama sosnya di dalam air menggelegak selama tiga minit sebelum boleh dihidang.

“Cuba rasa sekali dan saya pasti anda akan berpuas hati dengan rasanya yang lazat dan keharuman aromanya yang pasti memikat hati,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad berkata, smoked keli kini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan dan dijangkakan projek itu bakal mengaut keuntungan sehingga RM20,000 sehari.

“Selepas ia diperkenalkan di pasaran tempatan, kerajaan negeri bercadang untuk mengeksport smoked keli ke luar negara seperti Taiwan dan Dubai setanding dengan keluaran smoked salmon,” ujarnya.

Tambahnya, kilang ikan keli salai PKPS yang bernilai RM1.5 juta itu akan diperbesarkan mengikut kehendak pasaran akan datang
Read More..

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Powered by  MyPagerank.Net